Monday, April 6, 2009

TePat puKuL 1550h PTg seMaLaM..

Hujan turun tiba-tiba. Makin lama makin lebat. Lebat giler.. Ahh, sudah! Ni kalau lama ni kompem banjir lagi karang rumah aku (kata hati aku la ni..). Kilat, petir, guruh, guntur (ini vivi yang panggil..yang mana dah berjaya buat aku teringatkan abah aku..) dok bersambung-sambung macam tengah perang. Time tu aku tinggal berdua je dgn adik. Mak keluar pegi jemputan kenduri doa selamat + yassin. Cuak memang cuak la kan.. Aku tutup tingkap-tingkap yang kena tempias hujan. Matikan TV. Cabut semua plug. Offkan main suis. Takut kena sambar petir. Kitorang dok dalam gelap. Dalam hati aku tak berenti doa harap-harap hujan cepat teduh. Harap-harap rumah tak banjir lagi..

Lepas 20 minit, hujan takde jugak tanda-tanda nak teduh. Tiba-tiba..

“Assalamualaikum.. Nak, bukak pintu. Mak balik ni..”

Ekhh?? Aku jenguk kat tingkap yang memang sengaja tak ditutup supaya rumah tak gelap sangat. Mak dah basah kuyup kat luar rumah.

“Laaa…mak nape balik ni. Ujan tengah lebat ni mak. Bahaya..”

“Mak risau anak-anak mak ni. Tinggal berdua je kat umah. Tadi lepas habis baca yassin mak terus balik. Tak sempat diorang nak suruh makan pun. Mak risau la”

“Laa…mak takyah la risau. Kan orang ada. Orang tau la cemane nak handle umah. Mak balik tengah-tengah ujan ni naik motor. Kang kena sambar petir kang caner?”

“Mak risau la nak. Takpe, kengkawan boleh carik kat memana. Anak tak boleh. Kengkawan bila-bila pun ada…”




Aku speechless. Serius!




Dalam hati terdetik, “mak…..mak….sayangnya dia kat anak-anak”






Nota tahpape: aku taip ni kat ms word (takut terlupa) bertemankan kelkatu sebab internet macam setan kat kg aku ni. Tau ape kelkatu? Alaa..yg terbang2 ske kat lampu tu laa.. Tak tau jugak? Haihh..korang google la sendirik..

11 comments:

Monkey D Luffy said...

ko yg AMAT DIRISAUKAN tu ;p

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

hahhahahaha...aku kasi satu nama buru pny...Buyah..hik..hik...kelkatu la tu...

leena said...

waa~
naluri keibuan...

ieNn ZaZa said...

dh besaq pnjg pn mak still lg risau kn..itulaa..kasih syg mak tak bebelah bagi..

qishie said...

mak memang suka berperangai comel kan?


wuwuwuwuwuwu..

windu mak..

ieNn ZaZa said...

qishie

btol2..mak memg comel..

eliza said...

kiss mak sikit..hehehe


err kelkatu? kalkulator aku tau la...hehehe

akuxbiadab said...

ko tau 'keling kiak' tu ape???

A a D i I ? said...

Monkey D Luffy,
erkkkk... =)



a.k.u.p.e.n.t.o.i,
buyah? bahasa ape tu weh?




leena,
=)




ieNn ZaZa,
tau x pe..nama pun EMAK kan.. =)
err..btolkan sket.. da besar ketot la..bkn da besar panjang. haha!




qishie,
bkn takat perangai comel, mak mmg comel pn.. =)
rindu mak? nt bln 7 ko blik kn?





ieNn ZaZa,
=)





eliza,
ko tatau kelkatu? kesian ko.. da google? haha!




akuxbiadab,
keling kiak tu ape wei? kalo cengkiak tu aku tau lerrr....

penjenayah.merah.jambu. said...

mak?
huhu..mmg dorang syg anak lebih dari kawan2..
lebih dari nyawa sendiri!
huu..esok aku jadik mak cemna la ye..

A a D i I ? said...

penjenayah.merah.jambu,
aku doakan ko nt jadik mak yang berperangai comel.. =)