Thursday, September 24, 2009

spill 23: rekod masih bertahan.

raya.
dah berlalu. eh, belum. belum habis lagi. tengah berlalu.

keadaan masih sama.
orang2 yang di-rai-kan masih sama.

makanan masih sama.
lemang. ketupat. rendang. kuah kacang. lodeh.

kuih2 masih sama. yang dulu yang lama.
bau-lu. bau-gua. bau-kau. bau-aku. bau-dia.
ah merepek!
baulu. dodol. samprit. rempeyek. maruku.
almond london. tart nenas. cornflakes madu. badam sugee.

rutin sebelum raya masih sama.
kemas rumah. pasang langsir. tukar sarung kusyen.
kacau dodol. anyam ketupat. sembelih ayam. potong daging.

aktiviti hari pertama raya masih sama.
pakai baju baru. bermaaf-maaf. ziarah kubur abah.



dan..


nasib aku juga masih sama tiap2 kali raya.
masih jugak dapat duit raya.
belum pernah miss.
belum pernah terlepas.
belum lagi pecah rekod.
selalu jer mereka2 salah agak umur aku.

"owh ini yang masih sekola tu kan?" kata makcik.
"haa.. ni la yang blajar lagi kat U tu" kata pakcik.
"blaja mana skang?" tanya sedara belah abah.
"ni dah keje ke blaja lagi?" tanya sedara belah emak.

yang pasti, duit raya tetap dihulur.
aku cuma senyum.
rezeki tu kan..
tak baek menolak.


ah, macam mana laa aku tak rasa bahagia tiap kali tiba hari raya.
walau umur dah nak beranjak ke senja.
jadi, senyummmmmmm jerrr lerrr.. =)



Friday, September 11, 2009

spill 22: tak suke tak ape.

dan2 la pulak kepala otak asyik dok terngiang2 lagu ni..

"jikalau orang tak suka tak apa
tuhan lebih menyayangi ku
moga suatu hari akan tiba
jodoh buatku dengan insan yang ikhlas cintanya.."

- screen? sting? scoin? apaper jer laa.. -




haihhh.. terasa mata suda masuk pasir daa..


Wednesday, September 9, 2009

spill 21: sikit ter-cuit.

rasa sakit yang paling sakit ialah bilamana..

diri kita dah terbiasa rasa kosong tanpa sesape. dan secara tiba2 muncul seseorang dan mula mengambil-dan-menimbang-berat tanpa disuruh sesape. time tu diri sendiri akan rasa hepi. tipu la kalau ada yang kata dia tak hepi kalau ada orang ambik tau hal dia.. hidup dia.. makan minum dia.. sedih gembira dia.. dan secara otometik hati rasa sikit terisi..

tapi.....

tanpa apa sebab. tanpa apa alasan. tanpa apa2 pun yang silap dan tak kena, dia hilang. sepi. senyap. takde khabar. takde berita. tanpa apa2. kita tertanya2 kenapa. kita tertanya2 dia dimana. kita tertanya2 apa silapnya. kita tertanya2 siapa penyebabnya. dalam diri tertanya2, hati yang sikit rasa terisi mula terasa kosong sikit demi sikit. time tu kita terasa sakit. sakit yang amat. walaupun cuma sikit yang terisi. tak penuh. tak sampai separuh. suku pun tak cecah. tapi rasa sakit yang ditanggung Tuhan jer yang tau.

dan.....

bukan la satu perkara yang mudah nak biasakan diri macam sebelum2 ni. nak kembali biasakan diri sama macam masa kita terbiasa dengan rasa kosong tanpa sesape bukan senang. pujuk hati. makan masa. sakit. perit. makan usia.

makanya disini.....

tabahkan hati. jangan rasa menyesal. jangan putus asa. banyakkan bersabar. Tuhan tu menguji. mungkin kita ada buat silap di mana2. mungkin kita pernah buat salah kat sesape. Tuhan tu maha penyayang. Dia sekadar menegur. supaya kita lebih beringat.


"kita sering mahukan hari yang CERAH
tetapi Allah lebih mengetahui
hakikatnya HUJAN perlu diturunkan
kita sering inginkan KESERONOKAN
jauh sekali KESUSAHAN
tetapi Allah lebih MENGETAHUI
kesusahan itulah yang mengajar KEHIDUPAN
kita sering menginginkan KETENANGAN
hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN
tetapi manusia tidak dapat lari daripada KESILAPAN
semua itu bukanlah HUKUMAN
tetapi sebagai tanda KASIH SAYANG Allah
agar kita lebih BERIMAN.."

---- k.a.a ----
terima kasih.

Thursday, September 3, 2009

spill 20: oke tak oke.

perjalanan hidup aku biasa jer sebenarnya. tapi entah la. aku suka betul buat life aku sendirik kacau bilau. haishh..teruk betul laa..

apa yang aku pikir sebenarnya? entah. aku keliru. aku tatau apa yang aku patut pikir. aku tatau nape aku tak benti pikir benda yang sebena-nyer tak termampu untuk aku pikir. yang sebena-nyer bukan untuk dipikir tapi diusahakan.

usaha??

oke, aku tau aku selalu nafikan. aku tau aku slalu pura2 tak suka. aku cuba untuk tolak jauh2 apa yang sebena-nyer yang hati aku nak. aku sengaja ignore rasa kat dalam ni. sesaja buat macam tader apaper pun yang mampu usik hati aku. tapi hakikatnya?


makan dalam!