Tuesday, March 31, 2009

BiLa si-'kEToT' suDa teRdeSaK, BeLiaU saNgguP buaT aKsi beRaNi MaTi!



Korang kenal ni ape? Nie namanya tong gas yang diletak kat atas meja.


Nie gambar dari angle jauh.



Ekhh, nie kaki sape pulak ni? Nak bunuh diri ke beliau ni??



Haha! Sebenarnya tu aku. Aku tengah nak tukar mentol lampu tu. Mentol tu dah terbakar. Nak buat cemane.. dah dasar ketot + bantut + rendang + renek.. Gamble ajer laaaa.. yang penting rumah aku terang.. lalala~










Pi/es: jangan tiru aksi ni kalau rasa2 ada penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, batuk berdarah, Aids, cikukunya, bla bla bla dan bla bla bla lagi..

Monday, March 30, 2009

BeRjoGgiNg iTu BuKan saJa siHaT TaPi juGa MamPu BuaT kORaNg gLaMeR TaHu ? TaK peRcaYa ??

Semalam aku pegi jogging dgn member aku kat kebun bunga istana. Sesape yang duduk JB sure tau la kat mana kebun bunga istana tu. Sebelah je dgn zoo.

Sebenarnya dah lama aku tak berjogging. Tak ingat bila kali terakhir aku gi jogging sebelum ni.

Disebabkan aku dah lama tak berjogging dan member aku tu pulak memang bukan spesis yang rajin bersenam, maka kitorang pun konon2 fight la. Nak tengok sape lagi banyak stamina. Kitorang pakat jogging untuk satu round and tengok sape sampai dulu.

Memula tu aku lead. Ceh..kekonon cam nak tunjuk banyak stamina laa..tapi baru suku round aku dah pancit. Member aku dapat pintas aku dgn muka kerek. Ciss!! Ini tak bole jadik!

Disebabkan rasa tak puas hati dgn kepantasan member aku, aku pun mulakan strategi. Aku masukkan baju dalam seluar track. Kekonon bajet bila baju dah masuk dalam seluar, badan jadi lebih ringan la and aku pun bole la speed laju sket.. haishh..sape punyer teori tah yang aku ikut ni.. (sila jangan cuba2 untuk buang masa tiru aksi ini sebab ia cuma ajaran sesat semata-mata yang tak beri apa2 faedah langsung). Lepas tu aku pun menambah speed aku untuk kejar member aku yg dah jauh ke depan.

Ekhh?? Ni nak berjogging ke atau nak lumba lari 200 meter?? Ah, apaper jer lah. Yang penting kuar peluh. Lalala~

Tapi tetiba jer aku jadik heran. Lepas je member aku pintas aku and aku masukkan baju dalam seluar, tetiba aku rasa macam aku jadik glamer. Tetiba jek macam ramai la pulak orang minat kat aku. Tiap kali ada sesape especially lelaki la yang pintas aku, sure diorang akan toleh and senyum kat aku. Hampir sumer lelaki la buat macam tu. Haisshhh..ni dah betul2 ajaib! Seksi sangat ke body aku ni? Hmmmm..tak pasal2 aku jadik perasan and termalu2 kucing sepanjang jogging. Sekaligus menaikkan stamina aku dan speed aku pun makin bertambah tiap kali ada yang senyum kat aku. Hehe..perasan gila babeng ahh!

Tiba kat satu selekoh dah dekat nak sampai our finish point, aku berjaya pintas member aku. Ni sumer berkat senyuman mamat2 tadi la ni. Aku dengan bangga plus riak campur takbur potong member aku dgn bergaya sekali. Lepas tu aku lari laju2 tamau bagi dia potong aku balik. Member aku dah terjerit2 panggil aku kat belakang tapi aku buat bodo jer. Aku tau mesti dia buat trick nak soh aku berenti and tunggu dia la tu. Ahh, aku takkan tertipu dgn dia.

Aku sampai dulu kat tempat kitorang mula tadi. Puas giler hati aku. Kira berjaya jugak la ajaran sesat aku tadi..masukkan baju dalam seluar utk menambah speed larian. Hehh!

5 minit lepas tu baru member aku sampai. Sampai2 jer kat aku dia terus jerit:

“Oit, aku panggil tadi kau buat pekak jer ehh. Apasal tak benti? Ape daaa..”

“Hurhh? Apsal pulak nak kena benti? Aku tau kau saje nak buat trick kat aku kan? Kau saje tamau bagi aku menang kan?”

“Apehal pulak.. Bukan la mangkuk!! Ni yang kau masukkan baju dalam seluar ni apehal? Belakang seluar kau koyak ngok! Besa giler!!”

“Hurhhh???”

Cilakak!! Malu gilak aku. Serius punya malu lah. Aku tatau cemane nak cover malu aku nih. Rasa macam nak sembunyik kat dalam poket seluar member aku jek. Kalau la muat kan…. Aku lupa yang seluar aku ni belakang dia berlubang. Lubang kalo kecik takpe gak.. tapi lubang sebesar duit syiling 50sen. Bukan satu tapi ada dua pulak tu lubangnya!! Patut la brader2 yang pintas aku tadi sumer toleh kat aku pastu senyum miang yang amat. Mati2 aku ingat sebab body aku seksi. Tapi rupa-rupanya……… Citt! Eh, tapi betul la seksi tu kan?

Haishhh..lepas jer member aku kata gitu, aku terus menonong tuju ke kereta. Langsung tak buat warm-down.. langsung tak toleh kiri kanan.. langsung tak bercakap dgn member aku. Sambil2 tu aku doa harap2 mamat2 tadi tak terserempak dgn aku lagi. Sampai kat keta, aku terus start enjin and blah dgn member aku. Malu giler seyy!!

Dalam hati aku kata; “Harhh, hambik kau! Padan dengan muka aku!!”







Pi/es: aku nekad takkan pakai seluar ni lagi. Lepas ni confirm aku buang terus seluar track aku ni. dan aku takkan amalkan lagi ajaran sesat yg btul2 dah berjaya menyesatkan aku tuh! heeee~

Friday, March 27, 2009

juMaaT yg suPeR peNaT taHaP iNdOn keJe KonTRaK TeNgaH buaT coNcReTinG

*Amaran!! entry ini mengandungi unsur2 lucah dan pencarutan yg agak keterlaluan !


Perrghhh!! penat giler siot! setengah hari buat keje housekeeping. Transfer file2 & document2 dari ofis lama ke ofis baru. giler punya banyak! 3 trip lori nak angkut sume barang. pengsan!!



okeh, sebenarnyer yg aku nak citer kat sini bukanla pasal penat punggah barang. aper barang nak citer pasal tuuu! tapi aku nak gebang pasal sorang budak merangkap one of da staff la kat opis ni yg macam ca-ya-bai. sebab ape aku kate dia camtu? sebab aku bengkerk giler sama dia !!


"oit budak! lu jangan macam2 dgn kitorang ekhh.. lu tu takat budak akaun jer tau. bukan taraf manager or board of director or principal or apa2 jawatan penting yang buat kitorang ni kena ikut telunjuk lu. gua tau la lu kesayangan hencik boss-tiga-ketul tu tapi tu tak bermakna lu bole suka-suki-ikut-kepala-otak-lu-dan-mak-bapak-lu nak arah2 kitorang buat itu ini tapi lu sedap2 goyang kaki sambil makan biskut cecah air kat bilik lu. budak manager pun turun gak buat keje tau. ni lu bole sedap2 lepak buat2 bizi pulak tapi padahal macam la gua taktau yang lu bukan byk keje pun. bengang tahap tenuk gua arini. orang lain sumer penat2 angkut kotak turun naik tangga tapi lu bole rilek2 buat bodo jek tengok kitorang. perrrhhh..tader kesedaran fizik eh salah sivik langsung! hurhhh!! pegi la mim-alip-mim-poss!!"


hmmmm..sebenarnya aku tak paham la dgn perangai manusia ni. kat mana2 pun mesti ada kes double-standard. macam kes company aku ni, yg aku cukup perasan laa.. ada diskriminasi kaum. okey la, to make it clear, hencik-bos-tiga-ketul aku tu tiga2 ca-ya-nun-alip dan si budak akaun yg sengal tu pun spesis yg same gak mcm diorang. ca-ya-nun-alip gak. so, korang nampak tak kat sini apa yg aku nak kate? diskriminasi beb! budak tu bole lepak2 goyang kaki kat bilik dia time kitorang sibuk2 buat keje tapi si hencik-bos-tiga-ketul tu buat tak nampak je. buat bodo jer dgn budak tu. haihhh..memang bengang giler lah. berbakul2 la sumpah seranah kitorang tadi sepanjang buat keje. memang serius la aku tak ikhlas langsung buat keje tadi. haihhhh..rugi pahala hari jumaat aku. ciss!!

ni baru aku citer yg pasal arini. selama2 ni berbakul2 kes double-standard yg kitorang dapat. kes beza gaji between us (ni kes pilih kasih ikut races la ni. kaum diorang even buat keje macam tahik pun basic gaji ngalahkan orang yg da ada experience keje 2-3 tawun), kes dapat facility best2 bagi kaum diorang (yang ni pulak pasal budak ca-ya-nun-alip yg baru masuk keje sebulan dua tapi dapat laptop & kemudahan internet sorang sebijik tapi kitorang yg dah keje 2-3 tawun ni setakat dapat pc buruk without any internet connection). ada gak kes baru keje tapi dah dapat pegang projek besa (yang ni pun kaum diorang jugak la yang sapu. baru keje tak sampai 6 bulan tapi bos da bagi dia pegang oversea's project. perhh!! aku tau la budak tu same spesis-makan-bakuteh macam korang, tapi man2 la sket. ramai lagi budak yang da keje lagi lama dari dia yg lebih layak la. mentang2 la kitorang ni sume spesis makan sambal belacan, korang pandang rendah kat kitorang. hampeh!). macam ga-mim-pang kan?

wallaweh, dah la. malas la aku nak mencarut banyak2. da la hari jumaat. patutnya banyakkan ber-zikir ke, ber-tasbih ke.. ni tak pasal2 arini aku dok keje menyumpah seranah orang jek dari pagi tadi. haishhhh.....

.

.

.

nampak gaya kena sembayang sunat taubat aku malam ni. lalala~

.

.

pi/es: aku doa2 makhluk2-spesis-makan-bakuteh tak jumpa & tak bace blog aku ni. aminnn..

Thursday, March 26, 2009

EnTRy kE-100..

kamu kenal haiwan ini?
.
.
okeh, persoalannya:
macam mana nak tau yang mana satu tangan dan yang mana satu kaki beliau?
.
.
.
.
.
------------------------------
sempena entry yg ke-100 aku, sebenarnya aku ada sumthink utk korg tapi disebabkan aku skg masih lagi dalam keadaan emosi yg tak bape nak stabil, plus mood swing, kepala pulak tgh ting-tong, ditambah dgn otak yg masih wenk.. maka aku kansel laa apa yg aku nak buat tu.
.
.
jadi, sekarang ini aku tengah dalam proses berhibernasi untuk me-neutral-kan balik otak+emosi aku. harap bersabar.
.
.
sila doakan supaya asid & alkali dlm badan aku segera bertindakbalas supaya proses pe-neutral-an emosi aku berjalan dgn kadar 210km/j. kalau speed tu tak bape laju, sila bacakan yassin juga dan apa2 surah yg perlu utk menambah meter kelajuan proses luluhawa (eh, ape kaitan?? sukati gua la nak tulis ape pun. lalala~) tersebut.
.
.
sila rajin2kan otak jugak utk tolong fikirkan jawapan bagi persoalan di-atas. ini kerana aku sedang membantu kawan aku mencarik saudara dia yg terpisah sbg balasan (oit budak panjang, aku tgh tolong ko carik suku-sakat famili ko nih!) kerana dia telah bersusah payah tolong carikan saudara aku yg terpisah sebelum ni. (cinabeng! famili aku bukan suku sakat mentibang la weh! :D)
.
.
.
.
kawan aku: oitt, kau reti emo ke? wakaka..lawak dowh! poyo..
.
aku: aku pun pempuan jugak, sengal !!
.
.
.
makanya disini,
adalah sangat normal bagi sorang pempuan untuk menghadapi tahap ke-tak-stabilan-emosi secara tiba2 walaupun pada ketika itu beliau-tidak-berada-di-musim-pelepasan-telur-dari-ovum (eh, ovum ke ovari yg kuakan telur arr? kompiush suda.. haihh, kantoi aku failed subjek bio dulu)
.
.
nama pun pempuan. kan ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pi/es: bengang siot KJ menang pemilihan calon smlm! ekhhh.. sejak bila pulak aku eksaited pasal politik ??

Wednesday, March 25, 2009

Ha. Ha. wUT a LOseR A a D i I ??

sila senyap !! aku sekarang tengah berperang tahu ? perang dengan diri sendirik.. cissss !! ni yang malas kalau masuk bab2 layan-jiwa-jiwang-karat-hati-lara-ntah-pape-bole-blah nie.. leceh~
.
.


si otak: apsal dengan kau ni hati? serabut jer aku tengok dari tadi.. nape? ada prob?


si seketol hati: aku rasa tak best la arini..


si otak: apsal? pasal petang tadi? pasal tu ke?


si seketol hati: mungkin kot..


si otak: rilex la weh. tak yah arr dok layan sangat. buat tatau jer. so, kau oke tak ni?


si seketol hati: entah lah. aku pon tatau apa yg aku rasa skg ni. bengang pun ada.. sakit hati pun menimbun.. jeles pun terasa gak..


si otak: jeles?? kau masih ada rasa sayang kat dia lagi ke? kau jgn buat hal weh! dia da ada gefren tau..


si seketol hati: sayang?? tak ah. manader weh.. kalau dia nak kat aku balik pun, aku rasa aku da tamau dah. kau pun tau kan cemane kitorg dulu.. cuma.. aku rasa aku jeles bukan sbb aku masih sayang kat dia & nak kat dia lagi laa.. tapi sebab laen..


si otak: sebab ape?


si seketol hati: kau rasa sebab ape?


si otak: aku rasa aku bole agak kot sebab ape.. aku rasa kau jeles sebab dia dah ada aweq tapi kau still gak macam ni..solo.. then lagi satu, aku rasa sebab gefren dia sepuluh kali lagi cun dari kau. betul kan?


si seketol hati: hmmmmmm..aku sedey la weh. nape aku mesti ada rasa jeles eh? aku ingatkan aku dah btol2 kuat. benci arr.. aku tak ske rasa camni.. sakitt!


si otak: rileks oke.. kau da penah maki dia kan? then, kita dah sama2 pakat maafkan dia & accept dia as fren semula kan? kita dah buat decision camtu, walau apa jadi pun kena redah gak. so, kuatkan semangat oke.. kitorang sume ada..aku, iman, jiwa.. kitorang support kau oke..


si iman: ekhhh? hati, kau kenapa nangis? apsal ni?


si otak: petang tadi.. kan kita g jumpa si-hencik-sesibu-merah tu. then, masa nak balik tadi, kan dia tunjuk gamba aweq dia. sebab tu la si hati ni jadik camni. jiwa kacau..


si jiwa: oitt.. ape sebut2 nama aku ni? ekhhh..apsal ni??


si iman: owhhhh.. aku faham. tapi hati, kau tak bole nak salahkan dia jugak. kau yg beriya2 nak tengok tadi kan? takpe lah.. benda dah jadi pun kan.. sekarang kita kena fikir cara mcm mana nak setelkan masalah si hati ni. kau masih sedey lagi ke ni, hati? bawak byk2 istighfar.. doa mintak dikuatkan semangat, ditabahkan hati, dan lagi satu.. aku ada satu doa bagus utk diamalkan ni.. aku baru dapat semalam..


si jiwa: apa dia weh?


si iman: camni, "YA ALLAH, AKU TAK MINTA KAU RINGANKAN BEBAN KU. CUMA AKU MINTA, KAU BERILAH AKU BAHU YANG KUAT UNTUK AKU MENANGGUNG SEGALA BEBAN KU INI"

.

si hati: aku rasa aku ni betul2 loser..


si iman: jgn cakap mcm tu. ingat hati.. everythings happened for a reason. dan lagi, kitorang semua ada untuk support kau..


si jiwa: betul tu hati.. jangan bikin aku lara lagi. kau kena kuat. baru aku bole kuat. kau tempat sokong aku. kita sama2 kena kuat untuk lalui semua ni. kalau dulu kita kuat terima apa je sikap dia.. sanggup je telan semua rasa sakit.. sekarang ni kita semua mesti bole hadapi menda ni. kan?


si otak: betul betul betul.. jangan sedey2 lagi eaa.. nanti kitorang semua pun tak hepi..


si hati: thanks korang..








si A a D i I ?:

ADAKAH AKU SEORANG LOSER ??

loser ke aku kalau aku still make fren with him after broke-up (juz a fren. not more than that) ?


loser ke aku kalau aku still sudi maafkan dia even dia dah totally buat aku down giler b4 this ?


loser ke aku kalau aku still lagi bole senyum bila dia tunjuk gamba gefren baru dia kat aku ?


LOSER ke aku kalau aku still lagi bole buat baik kat dia even dia la punca aku dah mati rasa nak ada boifren lagi skg ni ??





e n t a h .

aKu cUkuP meNyamPaH kaLaU..


situasi 1: SMS..

org giler: kat ane? wat pe tu?

aku: erk..ni sape yek? sori, no. ni x de dlm simpanan la. tukar henpon aritu, then no. byk ilang. ni sapekah?

org giler: eh, sape plak ni? i fahmi k. pulai. nape?

aku: eh? fahmi? awk yg send msg kt saye dulu td. ermm, x pe la. maybe td awk salah send kot.

org giler: ni sape ek?

aku: siti @ dijot jr.

org giler: ct?? umo bape ni?

aku: adeiii.. umo dah 85 tawun cu..

org giler: wah mak nenek ek? nak kenal nenek leh tak?

aku: hurhh?? dengan nenek pun nak kawan gak ke? iskh3...

org giler: bole gak. apa salahnyer. sama gak manusia, btol x? keje ke?

aku: malas layan kau~!


takyah sesusah nak sms aku memula & buat2 mcm kenal tapi lepas tu baru la nak kate tak kenal. pastu kekonon tanya itu-ini pasal aku kira mcm nak kenal2 la. memang la aku tak layan.





situasi 2: SMS gak..

budak sengal: bleh saya tau awk ni sape?

aku: eh? sape ni? i'm dijot jr.

budak sengal: cakap la btul2 awk ni sape n duduk mane?

aku: hek-elee.. btol la. org panggil aku dijot. ko ni sape? mane dapat nombor aku ni?

budak sengal: oo ye ke.. awk duduk mane tu?

aku: skang ni tengah dok kat atas lantai. nape?

budak sengal: senyap terus~!


jangan nak buat kerja sewel dgn sms & tanya sape aku. ko dah kenape? ko yg sms pastu nak tanya aku sape pulak. tah pape.. org2 yg mcm tu mmg la selamat aku balas sms kau dgn jawapan yg bukan2. saja nak bagi kau sakit hati. aku pedulik ape..!





situasi 3: CALL..

si senget: hello, ni sape?

aku: hello, awak nak cakap dengan sape?

si senget: ni sape ni?

aku: awak ni sape dan nak cakap dgn sape?

si senget: awak ni sape?

aku: ek-ehh..ko yang tipon aku pastu ko tanya pulak aku ni sape dah kenape?

si senget: hung-up ~!


yg ni paling aku bengkerk! kau yg tipon aku pastu kau pulak yg tanya aku sape. then bila aku tanya kau sape & nak cakap dgn sape, kau tamau bagitau. kau ni sengal or vangang? nasib baik la kau ni dalam tpon je. kalo kat depan aku, dah lama aku bagi kau sepakan penalti kau tau?? ba-wau-dal-wau btoll la..








moral of the situation:

silap orang la kalau nak memain dgn aku. aku memang tak ske. aku bukan spesis senang2 bole pecaya orang okeh! kau main2 dgn aku, sepuluh kali aku main2kan kau balik. pak-kal je la aku bukan spesis ske maki hamun orang dgn kata2 berunsur lucah or nama2 haiwan (kate vivi). hehh, nasib laa kan sape yg terkena tu..

Tuesday, March 24, 2009

HaRi Nie haRi JaDi MaK !!

hari ni, 24 Mac 2009
besday mak..
.
.
"HAPPY BIRTHDAY MAK !!"
sayang mak!


Monday, March 23, 2009

TaG HeueR Ke pE Ke JaDaH ?

1. How old are you?

- lu tengok muka gua, lu nampak gua mcm umo bape? umo gua da 62 tawun sengah beb! tu gua pakai botox jer tu. jgn tertipu. lalala~








2. Are you single?

- eh tak. ni boipren gua yg latest. ensem hurhh??







.
.
3. At what age do you think you’ll get married?
- gua ingat besok gua nikah je la terus. amacam? huiii..gelojos tak hengat !!


4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?

- errr..tak kot. gua rasa gua dah jatuh chenta sama si hencik gaban nih. beliau nampak cool..

.
.
.
.
.
.
.
.
5. If not, who do you want to marry?

- walaupon gua jatuh chenta sama hencik gaban, tapi gua rasa gua lagi prefer kawin sama hencik optimus prime kot. sebab gua rasa beliau lagi gagah. sila jgn pertikaikan. lalala~

.
.
.
.

dan yang pasti bukan beliau ni yang akan gua pilih.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
6. Who will be your bridesmaid & bestman?

- errr...kalo soh diorang ni, agak2 diorang nak tak ekk?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?

- gua nak kawin kat sini weh !! bole ker ?
.
.
.
.
.
.
.
.
8. Where do you plan to go on honeymoon?

- kalo kat sini agak2 sengal sangat tak?

.
.
.
.
.
.
9. How many guests do you think you’ll invite?

- jemput diorang ni jer da cukup kot. lagipun buat kat planet kan.. cemane korang nak datang kalo aku invite pon..
.
.
.
.
.
.
10. Will that include your exes?

- owh mesti! memula gua nak invite ex-gua yang 1st ni. dia ni akan jadik driver gua nanti.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
- dan gua nak jemput ex-gua yang ni jugak. dia gua lantik jadik chif-cuci-pinggan-mangkuk. hehh~
.
.
.
.
.
.
11. How many layers of cake do you want?

gua kan TUAN TANAH KEDAUN, jadi gua rasa sebijik cupcake cukup kot. untuk gua makan sorang..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
12. When do you want to get married, morning or evening?

- time sun rise??


.
.
.
.
.
.
13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding

- gua rasa nanti gua nak layan lagu NEGARA-KU jer la..


14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

- makan pakai ni oke kot. seni sket..
.
.
.
.
.
.
.

15. Champagne or red wine?

red bean ajer suda bah !!


.
.
.
.
.
.
16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- sejurus lepas makan honey dew, aci tak??
.
.
17. Money or household items?

- duit is better. hoho~
.
.
.
.
.
.
.
.
18. How many kids would you like to have?

- ramai2 pon taper kot. ramai sket superhero kat bumi ni. lalala~
.
.
.
.
.
.
.
.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?

nak ke tanak? nak ke tanak? nak ke tanak?
.
.
20. Whose wedding plan would you like to know ?
- sume orang yang bace entry ni, DIWAJIBKAN jawap jugak. aku tak kira !! lalala~
.
.
.
.
*abis suda tag dari hencik qish & cik ieNn. adeiii..penat siot~

aPa yaNg akaN aDa diFikiRaN koRanG kaLaU..

di malam pertama menjadi isteri,
si suami berdengkur mengalahkan bunyik traktor tengah bajak sawah,
di rumah sendiri (rumah keluarga si suami) ?



mesti korang akan fikir,
iskh3.. macam mana laa wife dia nak tido sepanjang umur dgn lelaki tu yer..

mungkin korang ada terfikir yg ni juga,
kesian wife dia.. mesti terseksa zahir & batin tahan telinga spjg tido..

mungkin jugak ada yg terfikir mcm ni,
kalau la aku yg jadik wife dia, dah selamat dah mamat ni aku sumbat mulut dia dgn kuali..





tapi,

apa pulak yang akan korang fikir kalau..
.
.
.
.

sebagai seorang isteri yg datang dan bermalam di rumah keluarga mentua,
bersama suami dan anak2,
tidur berdengkur mengalahkan bunyik enjin helikopter ?


mesti ada yg akan fikir,
hurhh?? pempuan tido berdengkur mcm bunyik enjin heli?
dasat ahh!!

mungkin ada pulak yg fikir mcm ni,
perhhh..kalau la mak mentua dia kasi bocor rahsia besok pagi, musti malu gila babas dia karang..

maybe ada gak yg fikir ni,
eh, lelaki ke pempuan yg bedengkur tu? gila kuatt !!!



aku?

no comment lah. lalala~

-----------------------

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

buat da one and only adik lelaki yg aku ada..

NAIM & RIZZ

pada:

27 Feb 2009 - Terachi, Negeri Sembilan

21 Mac 2009 - Batu Pahat, Johor

"Moga bahagia & kekal ke akhir hayat, yer dek"

.

.

.

pi/es: gambar tiada kaitan dgn isu di atas. lalala~

pi/es pi/es: ni la 'mesyuarat pentagon' yg aku kate tu. actually, bz setelkan majlis kawin adik sabtu lepas. alhamdulillah..dah berdiri sebijik lg masjid.. =)

DaH baLek dAa..


yeayy!! aku dah kembali ke dunia blog..

mesyuarat pentagon dah settle
sgt penat!

arini start keje mcm biasa
adeii.. sangat malasnyer
tader feel mau keje
mood pun dah lari
tah mane2 tah dia merayau
tolong doakan supaya mood keje aku balik ke sini semula
tapi kalau terjumpa, sila suruh dia balik sini yer


moodMOODmoOd
mane ko pegi ?
alahaii...rasa macam nak demam la pulak



MC je lah arini..!

Tuesday, March 17, 2009

iNi cObaaN saJa..


دمي ماس
سسوڠڬوهڽ مأنسي كروڬيان
ملاءينكن يڠ برايمان
دان يڠ برعمال صالح
.
.

دالم هيدوڤ ني، اكو ده باڽق ساڠت بواڠ ماس ڤد ڤركارا-ڤركارا يڠ سيا-سيا. ترلال باڽق!! وقتو بلاجر، اكو اد بواڠ ماس.. وقتو كرجا، لاڬي لا باڽق اكو بواڠ ماس.. وقتو ماكن، وقتو مندي، وقتو تيدور، وقتو ماءين..تياڤ-تياڤ كالي ڤون ڤستي اد ماس يڠ اكو اكن بواڠ دڠن سيا-سيا. دان يڠ ڤاليڠ تروق، اكو ده ترلالو باڽق بواڠ ماس تنڤا بربوات اڤا٢ عمل عبادت.. ماس اونتوق اكو بربوات ڤركارا يڠ انته اڤا٢ لاڬي باڽق دري منمبه عمالن

.
ادكه ايت تندا اكو سوده ترڬولوڠ دالم ڬولوڠن اورڠ-اورڠ يڠ لالاي ؟
.

.

.
.
تڤوك دادا تاڽ ايمان
.
.
*klik sini untuk menghasilkan entry yg sama di blog anda. selamat belajar tulisan jawi.. =)*

Monday, March 16, 2009

enTRy EdiSi kHaS !!

entry ni sekadar nak mintak maaf. serius!! tak memain.




kat sini aku nak mintak maaf kat pengomen2 untuk ENTRY NI...

buat hencik ab geldofg, hencik apisz, cik belle, cik vivi, cik ZARA 札拉 [사랑해~], cik diHaz, ciK LyndaWawa igUana, cik ieNn ZaZa, cik mOhawK, hencik mrblind, hencik Monkey D Luffy, cik iDioTeQue^, cik saloma and miss qishie and also for all readers out there yg ada tersinggah n bace blog ni especially entry yg dinyatakan kat atas tu.

sorry banyak-banyak..

ENTRY NI sebenarnya sekadar imaginasi tuan punya blog ni semata2. bukan kisah benar yg benar2 si tuan punya blog alami tapi diadaptasi dari citer betul yg tuan punya blog dpt dari emel beliau semata2. tanpa tujuan or apa2 niat. kalau nak tau emel yg betul bole tgk kat dlm blog ni. sori ekkk.. don't feel hurt.. (haishhh..aku kalo bab2 camni mmg la failed. bab mintak maap ni mmg aku tak reti..jadi, sila maafkan.)

jadi, untuk menggantikan entry tem-be-rang tu (sila abaikan entry tersebut), aku dah gantikan dengan entry ni. Entry ni memang kisah benar yg sememangnya benar belaka. hehh.. ayat cam keling. apaper je lah..

kat sini gak, aku ada buah tgn sket utk semua pengomen2 ENTRY NI..

award ni utk kamu2 semua sebagai tanda mintak maaf aku. sila copy-paste award ini di blog kamu kalau kamu sudah terima maaf aku. dan sila bagitau aku yer..

mekasih..

.

blogger2 lain pun bole amik award ni jugak. tak kesah..ini cenderahati dari tuan punya blog ini.. =)

.

.

.

notanoti: aku tidak akan ada di dunia blog mulai esok hingga minggu depan sebab ada mesyuarat di pentagon. oke, ini tipu. sila abaikan. jumpa minggu depan yer..!

Friday, March 13, 2009

suRaT ResigN buaT hEnciK boSs-Tiga-KeTuL

Merujuk kepada entry aku yg ini, aku sekarang dah tak kompius lagi dan aku dah pun buat keputusan.

Aku dah accept job tu.

Mekasih byk2 buat korang2 yg dah pun bagi pandangan, pendapat & idea2 haritu.

Cuma, aku ada sikit masalah sekarang. Masalah kecik jer sebenanyer tapi sgt2 la buat aku susah hati giler. Aku sebenanyer tak reti sungguh2 nak buat surat resign. Jadi, korang bole tolong aku tak? Tolong komen & repair resign letter aku kat bawah ni. Aku plan nak submit kat hencik-boss-tiga-ketul minggu depan. Tolong ekkkk....




A a D i I
Johor Bahru,
Johor -------------------------------------14 March 2009


Hencik Boss-Tiga-Ketul
Johor Bahru,
Johor


Perkara: AKU NAK BERENTI KEJE BOLE TAK BOSS ???


Kehadapan Hencik Boss-Tiga-Ketul,
Aku sebenarnya tak reti nak cakap macam mana. Nak tulis bahasa bunga2 lagi la aku tak reti. Tapi, kalau rujuk perkara kat atas ni, tu la yang aku nak sampaikan sebenarnya. Jadi, aku nak tanya direct kat korang bertiga ni, aku nak berenti keje ni boss. Korang bagi tak? Aku serius ni. Sumpah tak tipu.

2. Hencik boss, aku bukan apa sebenarnya.. tapi, patutnya korang bertiga rasa bangga dengan aku. Sebabnya aku nak berenti keje time gawat2 ni. Korang tak rasa ke yang aku ni sangat baik hati? Sebab sekurang2nya aku dah tolong korang kurangkan sikit beban korang nak bayar gaji pekerja tiap-tiap bulan lepas ni. Tengok, sangat baik hati kan aku, boss? Jadi, korang setuju bagi aku berenti kan boss kan??

3. Hencik boss, bagila aku berenti boss. Korang simpan aku lama2 pun takde pekdah sebenarnya. Aku ni sebenarnya pekerja korang yang paling laa pemalas yang amat. Buat keje dah la lambat ngalahkan siput khinzir. Hari2 main tenet, hantu game, kaki tido.. pulak tu tiap2 hari aku bergayut guna tepon opis, boss. Opp, aku lupa nak bagitau lagi satu. Aku dah byk abiskan kertas opis dgn print lirik2 lagu. Semua ni aku buat tanpa pengetahuan korang bertiga. Selama ni aku cuma berlakon rajin je depan kamu boss. Tengok, membazirkan kalau aku terus kat sini? Jadi, silalah luluskan permohonan aku ni boss..

Oke lah hencik boss, tu je kot aku nak cakap. Aku harap korang accept resign letter aku ni.

Peng-accept-an korang bertiga terhadap surat resign aku ini amat2 aku harapkan dan aku ucap terima kasih dulu awal2.

Sekian, terima kasih boss..



Majulah company XYZ untuk Hencik Boss-Tiga-Ketul.

Aku yang serius nak berenti,
A a D i I




errrr...agak2 boss2 aku cair tak dgn resign letter aku ni??
.

Thursday, March 12, 2009

Abah..


01 Ogos 1995.. dia tak kan lupa tarikh tu. jam 2000h, abah pegi.. tinggalkan dia dan semua2nya buat selama2nya. Tuhan je tau apa yg dia dan mereka2 yg ditinggalkan tu rasa.. mak + bamat + bamin + keqna + baman + dia + naim + deqchah + deq yana.. mereka redha dengan pemergian abah walaupun hati sebak tak terkira..


-------------------------

Jumaat; 21 Julai 1995
Jam 1500h, bamat datang skola jemput dia balik. tiba2. tanpa bagitau terlebih dulu sebelumnya..


"dek,kita balik kampung eh..abah sakit"

dia cuma menurut tak membantah. sampai2 je kat rumah, dia tengok abah terbaring kat sudut ruang tamu rumah. dia terkedu tak terkata apa. terkejut. sgt2 terkejut. sbb last dia nmpk abah, abah sihat walafiat. hari last dia balik kg, abah tengah ganti atap lama rumah yg bocor dgn atap baru. takde tanda2 abah sakit. abah masih gagah time tu. tapi hari ni abah terbaring tak mampu buat apa2..

Dia tengok abah dah sgt kurus. cuma kulit membalut tulang.

"abah dah sebulan sakit dek..doakan abah sembuh" dia tak pasti suara siapa yg berkata. dlm umur dia yg baru mencecah 13 tahun, apa yg dia mampu buat dan fikir? dia cuma mampu nangis.

Dah lama dia tak balik kg. dah sebulan tak jenguk mak dgn abah. dia duduk hostel. mmg susah nak balik kalau takde sesiapa jemput atau surat kebenaran dari keluarga. nak telefon, time tu rumah dia masih belum ada telefon. seminggu dia tak skola. tolong mak jaga abah. setiap hari dia renung abah dalam2. dia dapat rasa yg abah dah tak lama. setiap hari abah akan tanya dia hari ni hari apa, dah pukul berapa, berapa haribulan.. seolah2 abah tengah menghitung hari2nya yg makin pendek.

Jangan!! tolong jangan ambil abah.. dia menjerit dalam hati. dan dia kembali menangis..



Ahad; 30 Julai 1995
Dia berkeras nak balik hostel. sbb dia takut kena marah dgn cikgu2. dah lama sgt dia cuti. abah nampak agak kuat sikit. walau tak ada tanda2 abah akan sembuh. ada rasa sikit lega dlm dada dia. keqna mintak dia cuti lagi tapi dia tak berani. dia takut kena tindakan disiplin. sbb spjg dia cuti, dia takde inform apa2 pada skola. dia berkeras jugak nak balik. akhirnya semua mengalah. ptg tu jugak bamat hantar dia blik hostel..



Isnin; 31 Julai 1995
Dia pegi skola macam biasa. tapi ada rasa tak sedap dlm hati. rasa tak tenang. hampir sepanjang hari dia asyik tersadung. asyik nak tersungkur. dia rasa dada dia bergetar.


Jangan laa.......... jangan laa apa yg dia rasa jadi kenyataan.. tolong la jangan..



Selasa; 01 Ogos 1995
Jam 0215h, senior datang dorm kejut dia dari tidur.


"ada org datang" kata diorang.

Hati dia rasa kecut. jantung rasa dah tak mampu berdenyut. dia gagahkan diri turun dari katil. dari tingkat 4 hostel, dia jenguk ke bawah.

SAH~!! bamat kat bawah dengan baju melayu, kain pelikat dan songkok. tak cukup tanah dia turun tangga. dia nak sampai bawah secepat mungkin. sampai jer kat bawah,bamat terus peluk dia. erat..

"abah dah takde dek.."

Terkedu. dia nangis sepuas hati. malam tu juga dia ikut bamat balik kampung..

Jam 0730h, rumah makin penuh dgn org yg dtg menziarah. jiran2, sedara mara, keluarga terdekat, semua dtg bagi penghormatan terakhir pada abah. sedekahkan surah yassin dan surah2 yang perlu. kat luar rumah, 3-4 orang kampung tengah sibuk buat keranda untuk bawak abah ke perkuburan. dia tengok abah dimandikan dan dikapankan. air mata langsung tak kering dari mata sejak malam tadi. dia menangis lg..

Sebak. dia terduduk kat tepi rumah. semuanya macam mimpi. dia menyesal. sungguh2.
.
Kalau la dia tak berkeras nak balik hostel hari ahad tu..

Kalau la dia ikut cakap keqna..

Kalau la dia dengar kata semua orang..

Air mata mengalir lagi. bukan dia tak redha dengan pemergian abah. tapi sebab dia menyesal yg amat sgt. abah pergi tanpa sempat dia mintak maaf pada abah. dia menyesal. smpai mati pun dia akan bawak rasa menyesal ni bersamanya..

Ya Allah, ampunkan dosa2 abah. tempatkan abah bersama hamba2-Mu yang mukmin..


Aminnnnn..........



Dan dia terus juga menangis..





Al-Fatihah buat abah, Allahyarham ARMAWAI BIN HASMUNI (01 Ogos 1995)
pi/es: hargai mak+abah selagi mereka masih ada..
.

Tuesday, March 10, 2009

DuNia iNi sedERhaNa kEciL, eYy ??


Dah nak masuk musim cuti skola eyy? Bederet-deret jemputan kawin kengkawan time cuti skola nanti. Tatau mana satu nak pegi. Nak kena budget utk hadiah lagi.. Salam keruk* RM 1 jer aci tak ekk? Hehe.. juz kidding.


Bila sebut pasal kawin, teringat pulak aku kat sorg kawan aku ni. Kisah kawin dia sgt2 buat aku rasa wahh!!sangat-bertuahnya-kamu.. Serius!! aku rasa sayu giler bila tau cara that guy proposed kawan aku. Tak caye? Sila lah percaya aku..


Kawan aku ni, dia simple je orgnya. Nak kata lawa sangat tu tak la.. nak kata tak lawa langsung tu lagi la tidak. Senang kata, dia manis. Dia penah putus cinta. Berapa kali tu tak pasti la pulak sebab aku dengan dia biasa2 jer..


One day, aku dapat tau ada sorg guy ni nak kenal dgn dia. Aku salah sorg yg dia tanya pendapat la. Aku ni pulak mana la reti nak advise2 org. Lagi2 menda2 camni. Mmg laa aku putus fius terus. Aku juz cakap, "why don't u juz give a try?..mana tau kot2 serasi. kalau dia mmg jodoh kau, lagi bagus.. tapi try la buat istikharah dulu". Tu je la.. nak komen lebih2, aku surrender awal2. Lagipun aku tak kenal mamat tu.


Lepas tu aku dah tader dpt apa2 berita dari dia. Tatau dia accept mamat tu or tak. Dia pun terus senyap lepas tu. Tup2, lepas 2 bulan, dia call aku. Dia cakap dia nak kawin. Dia mintak aku datang and tolong jadik pengapit dia. Hurhh?? terkedu aku kejap kat depan henpon.


"Kau betul2 nak kawin ke ni? Serius ke ni? Ke kau memain je? Dengan mamat tu ke?" haa..kau! Mcm machine-gun aku bg soalan kat dia.


"Iyer betul. Aku tak main2. Nanti kau datang eh. Jadi pengapit aku.." aku dengar suara dia ceria betul dari balik henpon.


"Eh, aku tak puas hati la. Citer la sket.. Cemana kau bole sgt cepat buat keputusan besa ni? Kagum giler aku" si-kepoh aku dah mula nak korek rahsia..


"Nanti kau ambikla cuti awal. Lepas tu datang la awal sket. 2-3 hari b4 majlis ke.. Nanti aku citer. Lagipun bole lama sket sembang dgn kau" jawapan dia buat aku rasa betul2 teruja sebab aku tau dia bukan jenis senang2 nak letak percaya kat org. Lagi laa bila dah pernah kena tipu dgn lelaki2 yg aku rasa tak layak dipanggil lelaki tapi lagi layak dipanggil buaya-kadazan. Oke, aku agak emo disini..


"Eh, jap. Chop! Tapi kenapa kau nak sangat aku jadik pengapit kau ek?" aku tanya lagi tanda tak puas hati.

"Sebab.. kau ingat tak masa aku mintak pendapat kau dulu? Kau sorang je yg suruh aku try. Org lain semua bg jawapan negatif. Lepas buat istikharah, aku terbukak hati nak bagi dia peluang kenal dgn aku. Thanks anyway.." jawapan yg aku tak sangka keluar dari mulut dia.. sambil ketawa riang..


Alhamdulillah.. kalimah tu bergema kat dalam hati.. cewahhh...


Dua hari sebelum majlis pernikahan dia, aku datang. Bawak beg ala kadar untuk bermalam kat rumah dia selama 2 hari tu. Malam sehari sebelum dia nikah, kitorg sembang panjang. Dalam bilik pengantin sambil bergelap sebab mak dia dah bising suruh kitorg tidur. Masa tu aku tanya dia soalan yg sama dengan hari tu. Cuma bezanya kali ni dia kat depan aku..bukan kat dalam henpon.


"Weh, citerlaa... aku excited nak dgr citer kau ni" mukadimah aku lepas dah sembang panjang tentang mcm2.. tentang kisah dolu2..


Dia tak terus citer. Sebaliknya dia tarik laci kat tepi dia then keluarkan satu sampul surat warna putih. Dia hulur sampul surat tu kat aku. Aku pelik campur tak paham..


"Bacalah" tu je ayat dia.


Dengan bertemankan lampu suluh dari henpon sebab tak berani nak bukak suis lampu nanti takut mak dia marah, aku bukak isi sampul surat yg dia hulur tadi dengan muka pelik. Hurhhh?? Surat resign ke apa ni? Bebel hati aku..

"Ekhh..kedekut giler mamat ni. Guna letter head company?" ni aku cakap dlm hati je. Kang aku cakap kat member aku kang, kecik hati pulak dia nanti. Okeh, aku sambung baca isi surat tu..




***

Kepada Yth........ [apa maksud Yth tu, aku tatau. Mungkin yg-ter-hormat kot]


Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya..

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............... menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya.

Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.


Aminnn..

Wassalamu'alaikum Wr Wbt.


***
.
.

Lepas baca surat tu, aku pandang dia tak berkelip. Aku terkesima. Serius tak tipu. Aku baca lagi surat tu berkali2. Tak pernah seumur hidup aku baca surat 'lamaran' sebegitu.
.
.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
.
.
"Kenapa kau pilih dia?" dlm keadaan terpegun, aku tertanya soalan agak tak bijak pada dia. Kenapa aku kata kurang bijak? Sebab kalau aku dapat surat macam tu, confirm aku accept terus on-da-spot.
.
.
Ah, sangat gelojosnya aku. Gelojos itu sgt tidak cool. Kan?
.
.
"Aku pilih dia.. kerana DIA MANUSIA BIASA. Tu sebab utama. Cukup sebulan aku buat istikharah, petunjuk yg aku dapat tetap jugak ke dia. Genap sebulan, aku bagi jawapan. Dia terus hantar rombongan merisik dan meminang sekaligus. Lepas tu terus tetapkan tarikh kawin kitaorg" panjang lebar dia bagi penerangan.
.
.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tak tau, apa yang akan jadi pada kami kemudian hari. Tak tau la kenapa, itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.." dia menyambung lagi.
.
.
"Maksud kau?"
.
.
"Dunia ni fana. Apa yang kita punya hari ni belum tentu besok masih ada. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau dia tak akan frust kalau suatu hari nanti kami jadi miskin"
.
.
"Dah, tido lah. Besok kau nak nikah" aku akhiri sembang kami malam tu. Padahal mata aku dah terasa mcm 'masuk pasir'. Aku tamau dia perasan. Malu weh.. Tercalar ke-macho-an aku..
.
.
Dan sepanjang malam aku tak bole tido. Dalam hati aku asyik kata..
.
.

Bertuahnya kau wahai kawan..........






pi/es: kalo ada terasa nak ngorat aku, try la bagi surat cmtu. mungkin ada peluang utk aku accept on-da-spot.. hoho.. lalala~


salam keruk* - salam tangan tuan rumah dgn tangan berisi duit.

Saturday, March 7, 2009

DaN.. aKu di-TaCkLe LaGi !!

Dah lama tak kena tackle. Jauh sekali dapat surat chenta. Tapi sekali dapat.. harhhh kau !! bederet-deret ala2 trak-askar-kat-atas-highway-nak-hantar-skuad-pegi-training. hmmmmm...



ini surat chenta paling special. kenapa saya kata special? sebab surat ni dari cik-abang-uniform-putih-with-motor-besar-ala2-harley-davidson.
ehehh..
.
nak terima atau tak chenta dia, saya masih dok timbang-timbang lagi la ni. lalala~
.
.
.
.
ini pulak surat chenta dari hencik-uniform-biru-ala2-pak-polisi. hencik ni kerja bagus. tempat kerja dia tak jauh. satu daerah juga dengan saya. MPBP [Majlis Perbandaran Batu Pahat].
uhuk-uhukk..
.
mula-mula saya ingat nak accept je dia. maklumlaa..nanti senang. tak payah dok pening2 nak bergaduh nak balik rumah family siapa time cuti raya nanti. huihhh..pandang kedepan sungguh la saya ni. tapi.. belum sempat saya nak balas, dia main taktik kotor. nak tau apa? ada ke dia ugut saya dengan blackmail yg bertulis:
"anda dikenakan kompaun RM150.00 kerana telah melewati tempoh 7 hari pembayaran"
.
hurhhh? kimbett..!! terus saya reject-on-da-spot !!
.
.
.
.
ini pulak paling saya tak larat nak layan. nota2 + surat2 chenta dari pakcik2-beruniform-biru-juga-ala2-hencik-yg-kat-atas-tu. tempat kerja pakcik2 ni kat sebelah je dengan ofis saya. MBJB [Majlis Perbandaran Johor Bahru]. hari2 la saya dok nengok muka dia-orang. sampai naik jemu.
haishhh...
.
sebenarnya saya dah rejek dah dia-orang ni semua. tapi masih tak faham-faham bahasa. masih jugak nak tambah koleksi nota2 chenta dia-orang tu kat saya.
.
dah macam2 bahasa saya guna..
.
melayu, omputih, cina, india, iban, arab, kadazan, bugis..... semua dah.. [oke, ini memang sah-sah saya tipu. saya cuma reti cakap 2 bahasa yg mula-mula tu je..]
.
tapi..
.
.
.
haihh.. penat lah !!
.
.
.
.
.
.
errr..... ader sesape ada duit lebey tak? bole pinjam? nanti dapat gaji aku bayar balik. huhu..
bole ??

Thursday, March 5, 2009

iNi BaGi hiLaNg sTResS !! Tak PeRcaYa? maRi LayaNnn...

.
aku mawu jadik boss.. walaupun cuma untuk sehari.. lalala~




If i were the Boss,
Even just for a day, (one time only man)
I would change the station name from hitz to radio Ean And JJ...

If i were the boss,
Work would start on tuesday...
We will end the week on thursday,
and Everyday will be Halfday....

If i were the boss,
I think i could understand....
I'll refuse to work a margin,
and give a raise of 20 cents....

Hang out with the girls,,,
and be hard on the guys..
My despatch be riding harleys,
Our trips will be to Bali
if we bankrupt
i will break down and cry..

If i were the boss,
i will come up with a plan..
Make everyone do all the work,
take the credit and look like the man..

If i were the boss,
My lunch break would be 2 days
I'll have ps3 in my room,
200 inch LCD and play all day, MY WAY..JJ~~~

If i were the boss,
I think i could understand....
I'll refuse to work a margin,
and give a raise of 20 cents....

Hang out with the girls,,,
and be hard on the guys..
My despatch be riding harleys,
Our trips will be to Bali
if we bankrupt
i will break down and cry..

Cos i'll always come in late,
to show who i am,
and if i was a girl, i'll make them call me man...
if you thought i'd be nicer, then you thought wrong~~~~

But we are not the boss,
so we canot CUTI*...
come to office really early,
to try to make some money,
So we can open stall jual nasi (goreng, pataya, kandar, lemak...what else a? dagang)



ini sangat cool.. kan??

Wednesday, March 4, 2009

sEbaB kaMu kAwaN aKu. maKa aKu cuBa yaNg teRbaiK. iNi TaNgguNgjaWaB !

:: ini sama sekali tader kaitan dgn entry. apaper je lah. ::
.
.
Tidak!!


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

.
.

.
----------------------------
.
statement atas ni aku juz copy-paste-edit sket2 dari email aku. aku tergerak nak post menda ni lepas aku baca 2-3 entry (eh, lebih kot..) dari blog sorg kawan aku yg aku rasa dia tgh down pasal jodoh dia. atas dasar kami-kawan-yg-dh-kenal-lama dan sebab aku syg dia dan aku tak nak dia terus rasa down dgn nasib and life dia (aku tatau secara detail apa yg dah jadi kat relationship dia and bf dia tp aku agak diaorg dah break dan dia masih terkenang2 lagi that guy. maybe kot..kalo slh jgn marah ekk..), makanya aku rasa post ini bole tolong dia.


.
kot..??
.

.
tolong dia utk cuba terima kenyataan..


tolong dia utk upbeat life dia..


tolong dia utk sampaikan ayat ni [life-must-go-on-dude!!] kat dia secara tak langsung..
.
.
.


sebabnyer..
.
.
aku tak reti nak pujuk orzng..
.
aku tak pandai nak nasihat orang..
.
aku tak tau nak kaunseling orang..


.
.
.
makanya,


aku harap apa yg aku cuba nak sampaikan ni clear..


dan aku hrp lepas2 ni dia tak rasa down lg..


.
.
come on dude!!
life is too short to wake-up with regrets.. kan ??
.
.


.
.
.

pesanan penaja:
entry ini juga aku tujukan buat kamu, kamu dan kamu yg tgh suffer or kuciwa or down or frustrated or apa2 lg lah yg sewaktu dgnnya dan utk sesape ajer.. hrp kamu, kamu dan kamu semua hepi2 selalu.. =)


.
.
.


.
for my luvly fren - cik Lynn,
hey, aku juga bernasib seperti kamu. kamu jgn lupa itu. tapi itu tak bermaksud kamu harus hidup dalam rasa sedih yg panjang. itu tidak bagus. Yg-Di-Atas itu maha adil kan? ada bahagian yg gembira utk kamu kemudian hari nanti. itu DIA janji. jadi, mari bangun sekarang !!


.
.
tiba2 terasa ayat2 aku dlm entry ni sgt poyo dan formal giler. hurhh..ni yg mls kalau nak buat citer serius. tak pasal2 aku ikut masuk mode serius dan sgt poyo. ampeh!!

Monday, March 2, 2009

diTeLaN RaSa maSin.. diLuaH RaSa paYaU..

bLaNkBLuRsERaBuT
MaLaSteNsiOnbeNgoNg
seRaBaiTiNgToNgBoRinG
cOnFuSeDConFusEdCoNFusED


aku blank giler..!!

sumbody called. not sumbody laa but more to... one company? they had called since last week. asked this.. asked that.. nego this.. nego that.. then, they had asked whether aku interested tak to join them.

gaji bole tahan.. keje 5 hari je seminggu.. ada accomodation.. ramai balaks ensem2 (erkkk....).. keje agak rileks.. bole learn sumthin' new.. gain more experience.. ada peluang dapat balak baru (oke, ini tipu)..


but...

aku tatau..

aku cuma cakap.. "i'll call u back later" .tapi sampai ke sudah aku tak call pun..



then arini, diorg call lagi. 3-4 kali weh. nak tau wut is my desicion.

tapi aku tak angkat.



blank..



blur..



tingtong..






yg jadi tanda soal:

patut ke aku accept offer tersebut?

atau...

juz let it go?




info tambahan:
1. aku nak further study.
2. bulan 6 ni result kuar.
3. notice of resignation 2 months.
4. kalau aku accept, early May nanti baru start keje.
5. kalau application aku utk further study lulus, bulan 7 dah start register.



jadinyer.....
keji tak kalau aku accept that offer than keje kat company tu for only 2 months or maybe less ???



adeiiiii..............



aku tatau..........................................



tolon bagi pendapat.. or kalo bagi pendapatan korg kat aku pun oke gak. hehh..

oke, serius. jangan gelak. aku betul2 serius..!


maka,


tolong la aku !!!