Showing posts with label apaper jer lah.. Show all posts
Showing posts with label apaper jer lah.. Show all posts

Friday, June 5, 2009

aKu Tak ReTi!

mangai!

arini dah jadik hari jual barang2 make-up kat opis. siap promote2 soh aku beli lagi. wakaka! giler btul. aku mana la reti menda2 gini. nak pengsan nengok barang2 tu sumer. mascara? eye shadow? eye liner? blusher? ape-ke-bende tu weh? tak reti aku nak pakai. ada takde pun aku pegi keje takat pakai foundation pastu tempek bedak jek. pastu nak kasik merah sket kat bibir, pakai lipstik. tu pun lipstik dapat free masa beli shampoo rambut tawun lepas.

adeii.. putus fius!

Thursday, June 4, 2009

saPeKaH?

.
dia senget.
dia blur.
dia kaki buli.
dia gengster tapi bukan peserta gangstarz.
dia ganas.
dia kaki pukul.
dia berjiwa rock kapak.
.
.
.
.
.
.
tapi aper kes pulak dia buat gaya ala2 masuk fasa putus-chenta-frust-tertonggeng ni?
hehh~
.

Friday, May 29, 2009

mOTiF: keTa aKu ROsaK. aKu maU duiT uNtuK RepaiR keTa TerseBuT. aDa seSaPe MaU DeRma??

1. Kekasih saya adalah: sudah ditamatkan perkhidmatan beliau.

2. Saya sedang mendengar: bunyik mesin basuh tengah spin.

3. Mungkin saya patut: risau macam mana nak cari duit untuk bayar repair keta yang rosak. mana nak cekau weh!!

4. Saya baru sudah: balas message orang.

5. Beza rakan, sahabat dan kawan: ialah ejaan-nya. pasti! hik hik hik.. (kamu sendiri nilai)

6. Saya Tidak Faham: kenapa saya setuju buat part-time job walaupun saya tau yang life saya jadi tunggang-langgang sebab tak cukup masa.

7. Saya perlu mencari: someone yang sayang saya with all his heart dan boleh terima diri saya seadanya tapi sampai sekarang saya masih tak berjaya nak buka hati pada sesiapa pun.

8. Ayat terakhir yg dikatakan kepada saya : ialah "lepas hantar kau aku kena balik semula ke sini kan? tak kesah.." (tak perlu paham ayat ni sebab ni cuma ayat terakhir. bukan cerita penuh. hehe..)

9. Makna hidup?: takde makna-nya kalau kau bazirkan kepada perkara yang sia2.

10. Cinta itu?: kadang kala tak ada logika. bersih semua hasrat dalam hati. ku hanya ingin dapat memiliki. dirimu hanya untuk sesaat. wakaka!

11. Saya paling suka: bawak keta laju2 dengan kadar yang ganaz tapi lepas tu rasa menyesal bila keta rosak sana-sini disebabkan sikap sendirik. padan muka aku!

12. Saya akan cuba: berusaha dengan lebih kuat demi nak carik modal bayar duit repair keta. aminn..

13. Mengapa rakyat malaysia suke menggunakan LAH di akhir ayat mereka: kerana bekas perdana menteri mereka adalah pak LAH! hehe.. (jangan bagi pak lah sama kroni dia masuk blog ni!)

14. Telefon bimbit sy: yang lama sudah hilang kena curik.

15. Katil saya: belum dibeli lagi. saya tido atas tilam jer tanpa katil.

16.Soalan yg bagi sy tidak perlu ditanya: "bila nak kawin?" (sebok hal orang apehal?)

17. Teknologi adalah: satu tajuk yang saya malas nak fikirkan jawapannya. kamu cari jawapan sendiri la yer.. :p

18.Bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak?: mesti la masak guna api. mana ada orang masak makanan guna air. haha!

19. Semalam: saya plan nak bawak mak pegi jom heboh hujung minggu ni. insya-Allah, saya akan tunaikan plan saya.

20. Hari ini: saya hantar keta ke workshop untuk servis tapi nasib saya malang bila diberitau yang keta saya rosak teruk. kena overhaul beb! saya blank!!

21. Malam ini saya akan: tido lambat semata2 nak settle-kan part-time job yang dah berjaya buat life saya huru-hara sepanjang minggu ni!

22. Esok pula saya akan: balik kampung untuk ambik mak dan bawak jalan2 kat jom heboh. ada yang nak ikut ke?

23. Saya betul2 inginkan: duit! buat masa sekarang..

24. Badminton atau futsal: adalah jenis2 permainan. errr..bole ke jawap gitu? haha!

25. Karaoke: kat "karaoke jamban" memang syok. layannn.. hehe~

26. Makanan jepun adalah: mentah dan meloyakan. errr...entah. tak pasti pulak. ada aku kesah?

27. Bilik yg terang atau gelap.: tu tanda lampu bilik tu starter dia dah rosak. berkelip2. hoho~

28. Ayat terakhir yg nak anda ckp kat seseorg: "nanti lepas2 ni ko tader, sape nak dengar aku membebel?" (T_T)

29. kereta: aku kancil jer.

30. saya nk tag: sape ekk? tanak tag sesape ah!






nota-tag: tader sape suruh aku buat tag ni. aku jer yg gatai tangan nak buat. bia arr...!!

Monday, May 25, 2009

DaN..aKu TeRsaikO LaGiii..

"hello..assalamualaikum"

"hello mak..waalaikummussalam. mak sihat?"

"mak sihat. mak nak tanya ni, sabtu depan keje tak?"

"tak keje. nape mak?"

"tak keje eh.. minggu depan balik kampung boleh?"

"balik kampung? boleh jer.. nape mak? ada masalah ke?"

"takde masalah. ada laa.. balik sini dulu. nanti mak bagitau."

"alaa..kalau mak tak bagitau, orang tanak la balik."

"macam ni.. ahad depan ada orang nak datang meminang. balik tau."

"haaaa??? apa dia mak? meminang?????"











bedebup!!

adehhhh....selamat dahi aku tumbuh telur sebab terhantuk kat lantai. ni semua mimpi punya pasal. haishhh..nasib baik takat mimpi jer. bukan betul2. kalau betul2 jadik tadi memang jam ni jugak aku pack baju2 & lari bawak diri ke Guatemala. tak pun, lari ke Azerbaijan pun bunyik macam best jek. Hurhh?? Guatemala? Azerbaijan? ceruk mana pulak negara yg aku sebut ni? ah, apaper jer lah. yang penting, selamatkan diri anda!!

giler ape! zaman bila pulak aku ada plan dgn sesape nak soh dia (dia kat sini mewakili sesape yek. bukan spesifik kpd sorang manusia jek) masuk meminang? ni memang betul2 bikin night mare! kompem mimpi ni mau buat aku tersaiko untuk sepanjang tawun. alahaiiii....

errr....mimpi tu cuma mainan tido jer kan? takkan jadik betul2 kan? gua cuak seh..



Thursday, May 7, 2009

niE inTRo naManyA !

Aku rasa da lama aku tak sentuh pasal hal2 hati dan perasaan. Maksud aku hal hati aku dan perasaan aku laa.. takkan pasal perasaan jiran aku pulak. Haha! Eh, errr… perasaan ke perasan? Ke peras santan? Ah, apaper jer lah.. asalkan ada sebutan peras2 tu kira oke la kot.

Peras? Hmmm… secara logika-nya, perbuatan peras tu kalau dikaji-dengan-lebih-dalam, gerak lakunya ada iras2 macam ramas. Hurhhh? Ramas?? Peras = ramas? Hmmmmm…jadi maknanya perasaan or rasa perasan tu ada kaitan dengan ramas.

Eh, macam tu ke?

Owhhh.. sekarang baru aku tau kenapa orang2 yang tengah dilamun cinta or dalam perasaan asyik-mahsyuk bercinta selalu (aku tak maksudkan semua tapi kebanyakan) terbabas ke arah yang tak sihat. Terlajak ke perbuatan2 yang tak sepatutnya..macam raba2..ramas2..peras2.. Yer tak? Haihh..gila punya teori lah aku dah create. Aku rasa Darwin pun tak penah terpikir teori macam yang aku pikir ni. Haha!

Woii woii.. ape kao merepek ni woiii??



Oke, tu sekadar omong kosong semata2. Intro beb.. intro.. (^_~)








Errrr….aku sambung lenkali lah. Tader idea!

Haha! Lalala~

Wednesday, April 15, 2009

KaLau daH meMaNg sPesiS maLaS Tu, maLaS La JuGaK. aLaSAn beRkoYaN2..

arini aku mogok. satu hari dok opis tapi tak buat keje satu ape pun. takde mood nak buat keje. dari pagi aku dok ushar2 blog orang jer. dah la masuk keje tadi dekat pukul 10. nasib baik tak kena bambu dgn hencik bos-tiga-ketul. hampir je aku nak monteng arini. tapi tak jadik. tapi kalau datang keje pun tak buat keje, lebih baik ponteng terus kan? haihh.. ni semua pasal kes semalam. bikin aku tensen.

semalam rumah aku kena pecah. pencuri masuk. abis semua barang kena geledah. nasib baik kitorang tak banyak tinggalkan barang berharga kat rumah. tapi banyak tak banyak pun, sakit hati la jugak. rumet aku hilang cincin tunang. sian kat dia. dah plan cantik jer nak tunang awal bulan 6 ni. member bilik sebelah, hilang duit syiling jer. ada la dalam 10 hinggit. aku? takyah citer la. aku memang bengang giler la. duit2 luar negara yg aku simpan semua dia kebas. kalau tukar ke RM, ada la dalam 400 hinggit plus-plus. tu tak campur duit ringgit sama syiling2 dalam tabung. abis dia rembat semua. mp3 sama henpon aku pun sama nasib jugak jadik mangsa kebas si pencurik. nasib baik pasport aku tak kena kebas jugak. kalau tak memang mati beragan la aku. haiii.. apa la nasib.. ikut hati mau jer aku nangis lagu dangdut depan pak polisi semalam.

aku plan nak ambik emergency leave arini. siap dah kansel meeting dgn client arini. tapi pagi tadi bangun dari tido, tak jadik pulak. sebabnya? takut beb. gua kan penakut.. aku terpikir gak kot2 la tengah aku melepak2 kat rumah tetiba pencurik tu datang lagi. dibuatnya dia ada bawak parang ke pisau ke atau nak lagi ganas, bawak pistol ke.. mana aku nak lari? silap2 besok kuar kat muka depan Berita Harian.. "SEORANG WANITA DITEMUI MATI DENGAN KESAN TETAKAN DI LEHER"! haishh.. mintak simpang laa.. aku lebih rela barang hilang dari hilang nyawa. jadi, nak tak nak aku paksa la jugak diri pegi keje. tapi, ni la hasilnya. satu hape pun aku tak buat. hehe..

aku dari semalam cuba buat muka cool. konon2 macam bole accept la barang2 aku hilang tu. kira anggap takde rezeki je la. osmet aku semua dah bising2. sumpah seranah semua kuar.. tanak halalkan laa.. nak buat solat hajat la.. siap doa perut kembung la kalau makan duit curik tu. macam2 lagi laa.. memang arr, bukan senang nak carik duit beb. lagi2 time2 gawat camni. singgit tu rasa macam bole buat banyak benda. dah la da masuk tengah2 bulan ni. aku diam jer la.. tapi dalam hati.. hehh! aku dgn Tuhan jer tau. aku cuma bagi doa simple kat bawah ni jer dalam hati untuk pencurik tu..



"mintak-mintaklah malam ni kao kena langgar dengan lori lepas tu kena seret sejauh 300 meter dengan muka kao kat atas jalan raya. biar rasa sket azab kena seret muka kat jalan tar tu"






amacam? cool kan aku?


lalala~

.

.

.


~pencurik masuk ikut tingkap ni. ni gambar lepas di-repair~

~bilik aku yang kena geledah. half aku dah kemas~






nota-bengang: ni yang aku rasa macam nak nyanyi lagu Bahalol lagi skali nih. haishhh...

Monday, April 13, 2009

a HuNgRy maN iS aN aNgRy maN!


Bingai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya

Dan toleh kanan toleh kiri
Nampak batang hidung sendiri

Banyak susah cari makan
Semuanya ada halangan
Orang buncit makan daging
Yang kurus makan ikan masin

Apa punya bahalol dia
Kasi orang pijak kepala

Orang putih sudah balik
Kini tinggal yang hitam putih
Biar papa asal bergaya
Bukan musim bukan action

Tak tahu bertanya
Sesat jalan nanti meraba
Tepuk dada tanya selera

Tutup mata pekak telinga

.

.

.

.

.

.

yOu better back - off!!

.

.

.
*
abaikan perlakuan orang utan~

**bahalol - xpdc

Friday, March 27, 2009

juMaaT yg suPeR peNaT taHaP iNdOn keJe KonTRaK TeNgaH buaT coNcReTinG

*Amaran!! entry ini mengandungi unsur2 lucah dan pencarutan yg agak keterlaluan !


Perrghhh!! penat giler siot! setengah hari buat keje housekeeping. Transfer file2 & document2 dari ofis lama ke ofis baru. giler punya banyak! 3 trip lori nak angkut sume barang. pengsan!!



okeh, sebenarnyer yg aku nak citer kat sini bukanla pasal penat punggah barang. aper barang nak citer pasal tuuu! tapi aku nak gebang pasal sorang budak merangkap one of da staff la kat opis ni yg macam ca-ya-bai. sebab ape aku kate dia camtu? sebab aku bengkerk giler sama dia !!


"oit budak! lu jangan macam2 dgn kitorang ekhh.. lu tu takat budak akaun jer tau. bukan taraf manager or board of director or principal or apa2 jawatan penting yang buat kitorang ni kena ikut telunjuk lu. gua tau la lu kesayangan hencik boss-tiga-ketul tu tapi tu tak bermakna lu bole suka-suki-ikut-kepala-otak-lu-dan-mak-bapak-lu nak arah2 kitorang buat itu ini tapi lu sedap2 goyang kaki sambil makan biskut cecah air kat bilik lu. budak manager pun turun gak buat keje tau. ni lu bole sedap2 lepak buat2 bizi pulak tapi padahal macam la gua taktau yang lu bukan byk keje pun. bengang tahap tenuk gua arini. orang lain sumer penat2 angkut kotak turun naik tangga tapi lu bole rilek2 buat bodo jek tengok kitorang. perrrhhh..tader kesedaran fizik eh salah sivik langsung! hurhhh!! pegi la mim-alip-mim-poss!!"


hmmmm..sebenarnya aku tak paham la dgn perangai manusia ni. kat mana2 pun mesti ada kes double-standard. macam kes company aku ni, yg aku cukup perasan laa.. ada diskriminasi kaum. okey la, to make it clear, hencik-bos-tiga-ketul aku tu tiga2 ca-ya-nun-alip dan si budak akaun yg sengal tu pun spesis yg same gak mcm diorang. ca-ya-nun-alip gak. so, korang nampak tak kat sini apa yg aku nak kate? diskriminasi beb! budak tu bole lepak2 goyang kaki kat bilik dia time kitorang sibuk2 buat keje tapi si hencik-bos-tiga-ketul tu buat tak nampak je. buat bodo jer dgn budak tu. haihhh..memang bengang giler lah. berbakul2 la sumpah seranah kitorang tadi sepanjang buat keje. memang serius la aku tak ikhlas langsung buat keje tadi. haihhhh..rugi pahala hari jumaat aku. ciss!!

ni baru aku citer yg pasal arini. selama2 ni berbakul2 kes double-standard yg kitorang dapat. kes beza gaji between us (ni kes pilih kasih ikut races la ni. kaum diorang even buat keje macam tahik pun basic gaji ngalahkan orang yg da ada experience keje 2-3 tawun), kes dapat facility best2 bagi kaum diorang (yang ni pulak pasal budak ca-ya-nun-alip yg baru masuk keje sebulan dua tapi dapat laptop & kemudahan internet sorang sebijik tapi kitorang yg dah keje 2-3 tawun ni setakat dapat pc buruk without any internet connection). ada gak kes baru keje tapi dah dapat pegang projek besa (yang ni pun kaum diorang jugak la yang sapu. baru keje tak sampai 6 bulan tapi bos da bagi dia pegang oversea's project. perhh!! aku tau la budak tu same spesis-makan-bakuteh macam korang, tapi man2 la sket. ramai lagi budak yang da keje lagi lama dari dia yg lebih layak la. mentang2 la kitorang ni sume spesis makan sambal belacan, korang pandang rendah kat kitorang. hampeh!). macam ga-mim-pang kan?

wallaweh, dah la. malas la aku nak mencarut banyak2. da la hari jumaat. patutnya banyakkan ber-zikir ke, ber-tasbih ke.. ni tak pasal2 arini aku dok keje menyumpah seranah orang jek dari pagi tadi. haishhhh.....

.

.

.

nampak gaya kena sembayang sunat taubat aku malam ni. lalala~

.

.

pi/es: aku doa2 makhluk2-spesis-makan-bakuteh tak jumpa & tak bace blog aku ni. aminnn..

Thursday, March 26, 2009

EnTRy kE-100..

kamu kenal haiwan ini?
.
.
okeh, persoalannya:
macam mana nak tau yang mana satu tangan dan yang mana satu kaki beliau?
.
.
.
.
.
------------------------------
sempena entry yg ke-100 aku, sebenarnya aku ada sumthink utk korg tapi disebabkan aku skg masih lagi dalam keadaan emosi yg tak bape nak stabil, plus mood swing, kepala pulak tgh ting-tong, ditambah dgn otak yg masih wenk.. maka aku kansel laa apa yg aku nak buat tu.
.
.
jadi, sekarang ini aku tengah dalam proses berhibernasi untuk me-neutral-kan balik otak+emosi aku. harap bersabar.
.
.
sila doakan supaya asid & alkali dlm badan aku segera bertindakbalas supaya proses pe-neutral-an emosi aku berjalan dgn kadar 210km/j. kalau speed tu tak bape laju, sila bacakan yassin juga dan apa2 surah yg perlu utk menambah meter kelajuan proses luluhawa (eh, ape kaitan?? sukati gua la nak tulis ape pun. lalala~) tersebut.
.
.
sila rajin2kan otak jugak utk tolong fikirkan jawapan bagi persoalan di-atas. ini kerana aku sedang membantu kawan aku mencarik saudara dia yg terpisah sbg balasan (oit budak panjang, aku tgh tolong ko carik suku-sakat famili ko nih!) kerana dia telah bersusah payah tolong carikan saudara aku yg terpisah sebelum ni. (cinabeng! famili aku bukan suku sakat mentibang la weh! :D)
.
.
.
.
kawan aku: oitt, kau reti emo ke? wakaka..lawak dowh! poyo..
.
aku: aku pun pempuan jugak, sengal !!
.
.
.
makanya disini,
adalah sangat normal bagi sorang pempuan untuk menghadapi tahap ke-tak-stabilan-emosi secara tiba2 walaupun pada ketika itu beliau-tidak-berada-di-musim-pelepasan-telur-dari-ovum (eh, ovum ke ovari yg kuakan telur arr? kompiush suda.. haihh, kantoi aku failed subjek bio dulu)
.
.
nama pun pempuan. kan ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pi/es: bengang siot KJ menang pemilihan calon smlm! ekhhh.. sejak bila pulak aku eksaited pasal politik ??

Wednesday, March 25, 2009

aKu cUkuP meNyamPaH kaLaU..


situasi 1: SMS..

org giler: kat ane? wat pe tu?

aku: erk..ni sape yek? sori, no. ni x de dlm simpanan la. tukar henpon aritu, then no. byk ilang. ni sapekah?

org giler: eh, sape plak ni? i fahmi k. pulai. nape?

aku: eh? fahmi? awk yg send msg kt saye dulu td. ermm, x pe la. maybe td awk salah send kot.

org giler: ni sape ek?

aku: siti @ dijot jr.

org giler: ct?? umo bape ni?

aku: adeiii.. umo dah 85 tawun cu..

org giler: wah mak nenek ek? nak kenal nenek leh tak?

aku: hurhh?? dengan nenek pun nak kawan gak ke? iskh3...

org giler: bole gak. apa salahnyer. sama gak manusia, btol x? keje ke?

aku: malas layan kau~!


takyah sesusah nak sms aku memula & buat2 mcm kenal tapi lepas tu baru la nak kate tak kenal. pastu kekonon tanya itu-ini pasal aku kira mcm nak kenal2 la. memang la aku tak layan.





situasi 2: SMS gak..

budak sengal: bleh saya tau awk ni sape?

aku: eh? sape ni? i'm dijot jr.

budak sengal: cakap la btul2 awk ni sape n duduk mane?

aku: hek-elee.. btol la. org panggil aku dijot. ko ni sape? mane dapat nombor aku ni?

budak sengal: oo ye ke.. awk duduk mane tu?

aku: skang ni tengah dok kat atas lantai. nape?

budak sengal: senyap terus~!


jangan nak buat kerja sewel dgn sms & tanya sape aku. ko dah kenape? ko yg sms pastu nak tanya aku sape pulak. tah pape.. org2 yg mcm tu mmg la selamat aku balas sms kau dgn jawapan yg bukan2. saja nak bagi kau sakit hati. aku pedulik ape..!





situasi 3: CALL..

si senget: hello, ni sape?

aku: hello, awak nak cakap dengan sape?

si senget: ni sape ni?

aku: awak ni sape dan nak cakap dgn sape?

si senget: awak ni sape?

aku: ek-ehh..ko yang tipon aku pastu ko tanya pulak aku ni sape dah kenape?

si senget: hung-up ~!


yg ni paling aku bengkerk! kau yg tipon aku pastu kau pulak yg tanya aku sape. then bila aku tanya kau sape & nak cakap dgn sape, kau tamau bagitau. kau ni sengal or vangang? nasib baik la kau ni dalam tpon je. kalo kat depan aku, dah lama aku bagi kau sepakan penalti kau tau?? ba-wau-dal-wau btoll la..








moral of the situation:

silap orang la kalau nak memain dgn aku. aku memang tak ske. aku bukan spesis senang2 bole pecaya orang okeh! kau main2 dgn aku, sepuluh kali aku main2kan kau balik. pak-kal je la aku bukan spesis ske maki hamun orang dgn kata2 berunsur lucah or nama2 haiwan (kate vivi). hehh, nasib laa kan sape yg terkena tu..