Showing posts with label deep inside a heart... Show all posts
Showing posts with label deep inside a heart... Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

haRi iNi haRi kaMu..

oitte incik.....
hari ni hari jadi kamu. kan? yer.. aku masih ingat. belum lupa lagi. tu tandanya aku muda sikit dari kamu. tapi tak tau lah kalau esok lusa aku dah lupa besday kamu. entah2 esok lusa aku lupa kamu langsung. mana lah tau. kan?

jadinya disini, sementara aku masih ingat maka aku nak wish:


tinggal lagi lebih kurang 30 minit. bukan lagi 30 minit nak besday kamu. tapi lagi 30 minit hari besday kamu nak habis. kamu ingat aku mau wish kamu paling awal? hurhh.. jangan kamu harap. ingat besday kamu ni pun dah sangat bagus kan?

dan aku pun tak kesah kalau kamu tak wish besday aku nanti. kamu tak ingat pun takpe. aku tengah ajar diri aku untuk tak harap apa2 yang best dari kamu supaya aku tak sakit hati lagi. aku cuma mau hidup hepi.

disini aku doa untuk kamu. harap kamu hepi2 selalu. ikhlas.



Tuesday, March 24, 2009

HaRi Nie haRi JaDi MaK !!

hari ni, 24 Mac 2009
besday mak..
.
.
"HAPPY BIRTHDAY MAK !!"
sayang mak!


Monday, March 16, 2009

enTRy EdiSi kHaS !!

entry ni sekadar nak mintak maaf. serius!! tak memain.




kat sini aku nak mintak maaf kat pengomen2 untuk ENTRY NI...

buat hencik ab geldofg, hencik apisz, cik belle, cik vivi, cik ZARA 札拉 [사랑해~], cik diHaz, ciK LyndaWawa igUana, cik ieNn ZaZa, cik mOhawK, hencik mrblind, hencik Monkey D Luffy, cik iDioTeQue^, cik saloma and miss qishie and also for all readers out there yg ada tersinggah n bace blog ni especially entry yg dinyatakan kat atas tu.

sorry banyak-banyak..

ENTRY NI sebenarnya sekadar imaginasi tuan punya blog ni semata2. bukan kisah benar yg benar2 si tuan punya blog alami tapi diadaptasi dari citer betul yg tuan punya blog dpt dari emel beliau semata2. tanpa tujuan or apa2 niat. kalau nak tau emel yg betul bole tgk kat dlm blog ni. sori ekkk.. don't feel hurt.. (haishhh..aku kalo bab2 camni mmg la failed. bab mintak maap ni mmg aku tak reti..jadi, sila maafkan.)

jadi, untuk menggantikan entry tem-be-rang tu (sila abaikan entry tersebut), aku dah gantikan dengan entry ni. Entry ni memang kisah benar yg sememangnya benar belaka. hehh.. ayat cam keling. apaper je lah..

kat sini gak, aku ada buah tgn sket utk semua pengomen2 ENTRY NI..

award ni utk kamu2 semua sebagai tanda mintak maaf aku. sila copy-paste award ini di blog kamu kalau kamu sudah terima maaf aku. dan sila bagitau aku yer..

mekasih..

.

blogger2 lain pun bole amik award ni jugak. tak kesah..ini cenderahati dari tuan punya blog ini.. =)

.

.

.

notanoti: aku tidak akan ada di dunia blog mulai esok hingga minggu depan sebab ada mesyuarat di pentagon. oke, ini tipu. sila abaikan. jumpa minggu depan yer..!

Thursday, March 12, 2009

Abah..


01 Ogos 1995.. dia tak kan lupa tarikh tu. jam 2000h, abah pegi.. tinggalkan dia dan semua2nya buat selama2nya. Tuhan je tau apa yg dia dan mereka2 yg ditinggalkan tu rasa.. mak + bamat + bamin + keqna + baman + dia + naim + deqchah + deq yana.. mereka redha dengan pemergian abah walaupun hati sebak tak terkira..


-------------------------

Jumaat; 21 Julai 1995
Jam 1500h, bamat datang skola jemput dia balik. tiba2. tanpa bagitau terlebih dulu sebelumnya..


"dek,kita balik kampung eh..abah sakit"

dia cuma menurut tak membantah. sampai2 je kat rumah, dia tengok abah terbaring kat sudut ruang tamu rumah. dia terkedu tak terkata apa. terkejut. sgt2 terkejut. sbb last dia nmpk abah, abah sihat walafiat. hari last dia balik kg, abah tengah ganti atap lama rumah yg bocor dgn atap baru. takde tanda2 abah sakit. abah masih gagah time tu. tapi hari ni abah terbaring tak mampu buat apa2..

Dia tengok abah dah sgt kurus. cuma kulit membalut tulang.

"abah dah sebulan sakit dek..doakan abah sembuh" dia tak pasti suara siapa yg berkata. dlm umur dia yg baru mencecah 13 tahun, apa yg dia mampu buat dan fikir? dia cuma mampu nangis.

Dah lama dia tak balik kg. dah sebulan tak jenguk mak dgn abah. dia duduk hostel. mmg susah nak balik kalau takde sesiapa jemput atau surat kebenaran dari keluarga. nak telefon, time tu rumah dia masih belum ada telefon. seminggu dia tak skola. tolong mak jaga abah. setiap hari dia renung abah dalam2. dia dapat rasa yg abah dah tak lama. setiap hari abah akan tanya dia hari ni hari apa, dah pukul berapa, berapa haribulan.. seolah2 abah tengah menghitung hari2nya yg makin pendek.

Jangan!! tolong jangan ambil abah.. dia menjerit dalam hati. dan dia kembali menangis..



Ahad; 30 Julai 1995
Dia berkeras nak balik hostel. sbb dia takut kena marah dgn cikgu2. dah lama sgt dia cuti. abah nampak agak kuat sikit. walau tak ada tanda2 abah akan sembuh. ada rasa sikit lega dlm dada dia. keqna mintak dia cuti lagi tapi dia tak berani. dia takut kena tindakan disiplin. sbb spjg dia cuti, dia takde inform apa2 pada skola. dia berkeras jugak nak balik. akhirnya semua mengalah. ptg tu jugak bamat hantar dia blik hostel..



Isnin; 31 Julai 1995
Dia pegi skola macam biasa. tapi ada rasa tak sedap dlm hati. rasa tak tenang. hampir sepanjang hari dia asyik tersadung. asyik nak tersungkur. dia rasa dada dia bergetar.


Jangan laa.......... jangan laa apa yg dia rasa jadi kenyataan.. tolong la jangan..



Selasa; 01 Ogos 1995
Jam 0215h, senior datang dorm kejut dia dari tidur.


"ada org datang" kata diorang.

Hati dia rasa kecut. jantung rasa dah tak mampu berdenyut. dia gagahkan diri turun dari katil. dari tingkat 4 hostel, dia jenguk ke bawah.

SAH~!! bamat kat bawah dengan baju melayu, kain pelikat dan songkok. tak cukup tanah dia turun tangga. dia nak sampai bawah secepat mungkin. sampai jer kat bawah,bamat terus peluk dia. erat..

"abah dah takde dek.."

Terkedu. dia nangis sepuas hati. malam tu juga dia ikut bamat balik kampung..

Jam 0730h, rumah makin penuh dgn org yg dtg menziarah. jiran2, sedara mara, keluarga terdekat, semua dtg bagi penghormatan terakhir pada abah. sedekahkan surah yassin dan surah2 yang perlu. kat luar rumah, 3-4 orang kampung tengah sibuk buat keranda untuk bawak abah ke perkuburan. dia tengok abah dimandikan dan dikapankan. air mata langsung tak kering dari mata sejak malam tadi. dia menangis lg..

Sebak. dia terduduk kat tepi rumah. semuanya macam mimpi. dia menyesal. sungguh2.
.
Kalau la dia tak berkeras nak balik hostel hari ahad tu..

Kalau la dia ikut cakap keqna..

Kalau la dia dengar kata semua orang..

Air mata mengalir lagi. bukan dia tak redha dengan pemergian abah. tapi sebab dia menyesal yg amat sgt. abah pergi tanpa sempat dia mintak maaf pada abah. dia menyesal. smpai mati pun dia akan bawak rasa menyesal ni bersamanya..

Ya Allah, ampunkan dosa2 abah. tempatkan abah bersama hamba2-Mu yang mukmin..


Aminnnnn..........



Dan dia terus juga menangis..





Al-Fatihah buat abah, Allahyarham ARMAWAI BIN HASMUNI (01 Ogos 1995)
pi/es: hargai mak+abah selagi mereka masih ada..
.