Wednesday, March 4, 2009

sEbaB kaMu kAwaN aKu. maKa aKu cuBa yaNg teRbaiK. iNi TaNgguNgjaWaB !

:: ini sama sekali tader kaitan dgn entry. apaper je lah. ::
.
.
Tidak!!


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

.
.

.
----------------------------
.
statement atas ni aku juz copy-paste-edit sket2 dari email aku. aku tergerak nak post menda ni lepas aku baca 2-3 entry (eh, lebih kot..) dari blog sorg kawan aku yg aku rasa dia tgh down pasal jodoh dia. atas dasar kami-kawan-yg-dh-kenal-lama dan sebab aku syg dia dan aku tak nak dia terus rasa down dgn nasib and life dia (aku tatau secara detail apa yg dah jadi kat relationship dia and bf dia tp aku agak diaorg dah break dan dia masih terkenang2 lagi that guy. maybe kot..kalo slh jgn marah ekk..), makanya aku rasa post ini bole tolong dia.


.
kot..??
.

.
tolong dia utk cuba terima kenyataan..


tolong dia utk upbeat life dia..


tolong dia utk sampaikan ayat ni [life-must-go-on-dude!!] kat dia secara tak langsung..
.
.
.


sebabnyer..
.
.
aku tak reti nak pujuk orzng..
.
aku tak pandai nak nasihat orang..
.
aku tak tau nak kaunseling orang..


.
.
.
makanya,


aku harap apa yg aku cuba nak sampaikan ni clear..


dan aku hrp lepas2 ni dia tak rasa down lg..


.
.
come on dude!!
life is too short to wake-up with regrets.. kan ??
.
.


.
.
.

pesanan penaja:
entry ini juga aku tujukan buat kamu, kamu dan kamu yg tgh suffer or kuciwa or down or frustrated or apa2 lg lah yg sewaktu dgnnya dan utk sesape ajer.. hrp kamu, kamu dan kamu semua hepi2 selalu.. =)


.
.
.


.
for my luvly fren - cik Lynn,
hey, aku juga bernasib seperti kamu. kamu jgn lupa itu. tapi itu tak bermaksud kamu harus hidup dalam rasa sedih yg panjang. itu tidak bagus. Yg-Di-Atas itu maha adil kan? ada bahagian yg gembira utk kamu kemudian hari nanti. itu DIA janji. jadi, mari bangun sekarang !!


.
.
tiba2 terasa ayat2 aku dlm entry ni sgt poyo dan formal giler. hurhh..ni yg mls kalau nak buat citer serius. tak pasal2 aku ikut masuk mode serius dan sgt poyo. ampeh!!

6 comments:

so'ob said...

uish.. dah lama gua tak singgah blog ni..!!

hmm.. Allah bagi ape yang kita PERLUKAN tapi bukan apa yang kita MAHUKAN..

kamu mahu bahagia..?
Allah bagi ape yg kamu perlukan utk bahagia..

kamu nak hidup kaya raya..?
Allah tak kan bagi kamu duit berjuta2.. tapi Allah bagi kamu halangan cabaran utk kamu lebih berusaha..!!! sbb itu yang kamu PERLUKAN sbnrnye kan..??

halameekk.. gua pun dah jadi mcm ustat la puleek..!!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

ahhh...

aku mengerti bahasa kamu..
mengerti apa yang kamu cuba sampaikan buat dia...
seorang teman...

aduhai..
masalah ini linger around aku skang...
aku mengahadapinya dengan kasih sayang...herdikan, kemarahan buat teman2 yang tertentu..

ya..aku marah..demi kasih sayang untuk mereka...kejamkah aku?

mereka redha...

aku cuma mahu mereka gembira..
senyuman mereka..bukti aksih sayang kecintaan aku..

Monkey D Luffy said...

kene releks ni... aku releks lagik ni

ieNn said...

ieNn penah bc email ni..sbb kwn ieNn penah 4ward email ni kt ieNn...byk lg email2 yg sewaktu dgn nye ieNn dpt..kalau ieNn rajin ieNn cr kn lg email2 yg swktu dgn nye yer..leh bg kt cik Lynn tu nnt..sbb email2 camni leh buat kite te pk sbnrnye ade hikmah disebalik ape yg belaku..biarkn laa kwn cik dijot tu dulu..dia perlukn ms tuk terima semua ni..kadg2 mereka yg dlm keadaan camtu xperlu dipujuk...cukup laa cik dijot memahami perasaan dia..dia cuma perlukn sokongn kwn2 dia...jgn biarkn dia sorg2 n trus melayan prasaan dia k..

dolu2 ieNn pnh gk rs camtu...
kalau ingt bnd2 tu semua memg xleh wat ape,yg leh wat cuma nk nangis jer..hehe..sbb ieNn ni memg kuat nangis..huhu..malu jer..tp lame2 ok..dlm sedih2 pn ieNn leh je plan ngn kwn2 p cuti..last2 smp gk kt Langkawi..hehehe..best gile p jln2...yup2..kalau cik dijot ade ms p la bjln2 ngn dia..yup2...

mOhawK said...

email nie pun aku penah dpt dr sumeone=p best kan words die.. sedapkan ati=p hehe=p so agak2 ade terlebih calon jodoh, passing kt wa eh..muhaha=p

A a D i I ? said...

so'ob,
oit, mane ko pegi? lame giler ilang !!


ZARA 札拉 [사랑해~],
kamu ngerti? itu sgt bagus.. :)


Monkey D Luffy,
rileks.. slow2 kayuh


ieNn,
tu cuma bg smgt. bkn nk soh dia buang terus sedey tu. to accept it or not, it's up to her.. :)


mOhawK,
ini aku dpt dari kamu la kakak. hehe..