Thursday, March 12, 2009

Abah..


01 Ogos 1995.. dia tak kan lupa tarikh tu. jam 2000h, abah pegi.. tinggalkan dia dan semua2nya buat selama2nya. Tuhan je tau apa yg dia dan mereka2 yg ditinggalkan tu rasa.. mak + bamat + bamin + keqna + baman + dia + naim + deqchah + deq yana.. mereka redha dengan pemergian abah walaupun hati sebak tak terkira..


-------------------------

Jumaat; 21 Julai 1995
Jam 1500h, bamat datang skola jemput dia balik. tiba2. tanpa bagitau terlebih dulu sebelumnya..


"dek,kita balik kampung eh..abah sakit"

dia cuma menurut tak membantah. sampai2 je kat rumah, dia tengok abah terbaring kat sudut ruang tamu rumah. dia terkedu tak terkata apa. terkejut. sgt2 terkejut. sbb last dia nmpk abah, abah sihat walafiat. hari last dia balik kg, abah tengah ganti atap lama rumah yg bocor dgn atap baru. takde tanda2 abah sakit. abah masih gagah time tu. tapi hari ni abah terbaring tak mampu buat apa2..

Dia tengok abah dah sgt kurus. cuma kulit membalut tulang.

"abah dah sebulan sakit dek..doakan abah sembuh" dia tak pasti suara siapa yg berkata. dlm umur dia yg baru mencecah 13 tahun, apa yg dia mampu buat dan fikir? dia cuma mampu nangis.

Dah lama dia tak balik kg. dah sebulan tak jenguk mak dgn abah. dia duduk hostel. mmg susah nak balik kalau takde sesiapa jemput atau surat kebenaran dari keluarga. nak telefon, time tu rumah dia masih belum ada telefon. seminggu dia tak skola. tolong mak jaga abah. setiap hari dia renung abah dalam2. dia dapat rasa yg abah dah tak lama. setiap hari abah akan tanya dia hari ni hari apa, dah pukul berapa, berapa haribulan.. seolah2 abah tengah menghitung hari2nya yg makin pendek.

Jangan!! tolong jangan ambil abah.. dia menjerit dalam hati. dan dia kembali menangis..



Ahad; 30 Julai 1995
Dia berkeras nak balik hostel. sbb dia takut kena marah dgn cikgu2. dah lama sgt dia cuti. abah nampak agak kuat sikit. walau tak ada tanda2 abah akan sembuh. ada rasa sikit lega dlm dada dia. keqna mintak dia cuti lagi tapi dia tak berani. dia takut kena tindakan disiplin. sbb spjg dia cuti, dia takde inform apa2 pada skola. dia berkeras jugak nak balik. akhirnya semua mengalah. ptg tu jugak bamat hantar dia blik hostel..



Isnin; 31 Julai 1995
Dia pegi skola macam biasa. tapi ada rasa tak sedap dlm hati. rasa tak tenang. hampir sepanjang hari dia asyik tersadung. asyik nak tersungkur. dia rasa dada dia bergetar.


Jangan laa.......... jangan laa apa yg dia rasa jadi kenyataan.. tolong la jangan..



Selasa; 01 Ogos 1995
Jam 0215h, senior datang dorm kejut dia dari tidur.


"ada org datang" kata diorang.

Hati dia rasa kecut. jantung rasa dah tak mampu berdenyut. dia gagahkan diri turun dari katil. dari tingkat 4 hostel, dia jenguk ke bawah.

SAH~!! bamat kat bawah dengan baju melayu, kain pelikat dan songkok. tak cukup tanah dia turun tangga. dia nak sampai bawah secepat mungkin. sampai jer kat bawah,bamat terus peluk dia. erat..

"abah dah takde dek.."

Terkedu. dia nangis sepuas hati. malam tu juga dia ikut bamat balik kampung..

Jam 0730h, rumah makin penuh dgn org yg dtg menziarah. jiran2, sedara mara, keluarga terdekat, semua dtg bagi penghormatan terakhir pada abah. sedekahkan surah yassin dan surah2 yang perlu. kat luar rumah, 3-4 orang kampung tengah sibuk buat keranda untuk bawak abah ke perkuburan. dia tengok abah dimandikan dan dikapankan. air mata langsung tak kering dari mata sejak malam tadi. dia menangis lg..

Sebak. dia terduduk kat tepi rumah. semuanya macam mimpi. dia menyesal. sungguh2.
.
Kalau la dia tak berkeras nak balik hostel hari ahad tu..

Kalau la dia ikut cakap keqna..

Kalau la dia dengar kata semua orang..

Air mata mengalir lagi. bukan dia tak redha dengan pemergian abah. tapi sebab dia menyesal yg amat sgt. abah pergi tanpa sempat dia mintak maaf pada abah. dia menyesal. smpai mati pun dia akan bawak rasa menyesal ni bersamanya..

Ya Allah, ampunkan dosa2 abah. tempatkan abah bersama hamba2-Mu yang mukmin..


Aminnnnn..........



Dan dia terus juga menangis..





Al-Fatihah buat abah, Allahyarham ARMAWAI BIN HASMUNI (01 Ogos 1995)
pi/es: hargai mak+abah selagi mereka masih ada..
.

9 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, ampunkan dosa2 abah kami. tempatkan abah kami bersama hamba2-Mu yang mukmin..

Aminnnnn..........

Dan aku juga terasa seperti mahu menangis... T_T



*abah kami = abah dia dan abah aku

a.b geldofg said...

dia pasti aman di sana

ciK LyndaWawa said...

ooooo..
ko org panggil adek eh?
adek mase tu..
masih form 1 kan?
cian......
masih hingusan lagi..
semoga abah adk ditempatkan dalam golongan baik2...


sekarang adek dah besar,
dah keja..
leh sara keluarga..
yg penting, jgn abai keluarga ye adek...

qishie said...

alfatihah..

jangan lupa bacakan yaasin selalu utk allahyarham.


cam nak terus telefon ayah..

mintak maaf..

Nurul Ain said...

uuu sedey,,,

Pekerja Kontrak said...

pasti tempat dia tempat yang amat mulia...

apisz said...

alfatihah untuk dia..rajin2 baca yassin ye stp mlm jumaat...

ieNn ZaZa said...

smg Ayah ditmptkn dikalangn org2 yg beriman..amin

A a D i I ? said...

akutakdeblog,
:(
aminnnnn.....sama2 kita doakan


a.b geldofg,
insya-Allah..


ciK LyndaWawa igUana,
ekh? x laa..dek tu pgglan general kt kitorg yg pngkat adik2 ni. abg aku yg sulung mmg slalu guna kt hujg ayat dia.


qishie,
insya-Allah tak lupa 'hadiah' utk dia..


mEiShOmOsAPiEnS,
jgn durhaka yep.. :)


Dato Paduka Masri,
harapnya mcm tu..


apisz,
al-fatihah.....


ieNn ZaZa,
amin..