Tuesday, March 10, 2009

DuNia iNi sedERhaNa kEciL, eYy ??


Dah nak masuk musim cuti skola eyy? Bederet-deret jemputan kawin kengkawan time cuti skola nanti. Tatau mana satu nak pegi. Nak kena budget utk hadiah lagi.. Salam keruk* RM 1 jer aci tak ekk? Hehe.. juz kidding.


Bila sebut pasal kawin, teringat pulak aku kat sorg kawan aku ni. Kisah kawin dia sgt2 buat aku rasa wahh!!sangat-bertuahnya-kamu.. Serius!! aku rasa sayu giler bila tau cara that guy proposed kawan aku. Tak caye? Sila lah percaya aku..


Kawan aku ni, dia simple je orgnya. Nak kata lawa sangat tu tak la.. nak kata tak lawa langsung tu lagi la tidak. Senang kata, dia manis. Dia penah putus cinta. Berapa kali tu tak pasti la pulak sebab aku dengan dia biasa2 jer..


One day, aku dapat tau ada sorg guy ni nak kenal dgn dia. Aku salah sorg yg dia tanya pendapat la. Aku ni pulak mana la reti nak advise2 org. Lagi2 menda2 camni. Mmg laa aku putus fius terus. Aku juz cakap, "why don't u juz give a try?..mana tau kot2 serasi. kalau dia mmg jodoh kau, lagi bagus.. tapi try la buat istikharah dulu". Tu je la.. nak komen lebih2, aku surrender awal2. Lagipun aku tak kenal mamat tu.


Lepas tu aku dah tader dpt apa2 berita dari dia. Tatau dia accept mamat tu or tak. Dia pun terus senyap lepas tu. Tup2, lepas 2 bulan, dia call aku. Dia cakap dia nak kawin. Dia mintak aku datang and tolong jadik pengapit dia. Hurhh?? terkedu aku kejap kat depan henpon.


"Kau betul2 nak kawin ke ni? Serius ke ni? Ke kau memain je? Dengan mamat tu ke?" haa..kau! Mcm machine-gun aku bg soalan kat dia.


"Iyer betul. Aku tak main2. Nanti kau datang eh. Jadi pengapit aku.." aku dengar suara dia ceria betul dari balik henpon.


"Eh, aku tak puas hati la. Citer la sket.. Cemana kau bole sgt cepat buat keputusan besa ni? Kagum giler aku" si-kepoh aku dah mula nak korek rahsia..


"Nanti kau ambikla cuti awal. Lepas tu datang la awal sket. 2-3 hari b4 majlis ke.. Nanti aku citer. Lagipun bole lama sket sembang dgn kau" jawapan dia buat aku rasa betul2 teruja sebab aku tau dia bukan jenis senang2 nak letak percaya kat org. Lagi laa bila dah pernah kena tipu dgn lelaki2 yg aku rasa tak layak dipanggil lelaki tapi lagi layak dipanggil buaya-kadazan. Oke, aku agak emo disini..


"Eh, jap. Chop! Tapi kenapa kau nak sangat aku jadik pengapit kau ek?" aku tanya lagi tanda tak puas hati.

"Sebab.. kau ingat tak masa aku mintak pendapat kau dulu? Kau sorang je yg suruh aku try. Org lain semua bg jawapan negatif. Lepas buat istikharah, aku terbukak hati nak bagi dia peluang kenal dgn aku. Thanks anyway.." jawapan yg aku tak sangka keluar dari mulut dia.. sambil ketawa riang..


Alhamdulillah.. kalimah tu bergema kat dalam hati.. cewahhh...


Dua hari sebelum majlis pernikahan dia, aku datang. Bawak beg ala kadar untuk bermalam kat rumah dia selama 2 hari tu. Malam sehari sebelum dia nikah, kitorg sembang panjang. Dalam bilik pengantin sambil bergelap sebab mak dia dah bising suruh kitorg tidur. Masa tu aku tanya dia soalan yg sama dengan hari tu. Cuma bezanya kali ni dia kat depan aku..bukan kat dalam henpon.


"Weh, citerlaa... aku excited nak dgr citer kau ni" mukadimah aku lepas dah sembang panjang tentang mcm2.. tentang kisah dolu2..


Dia tak terus citer. Sebaliknya dia tarik laci kat tepi dia then keluarkan satu sampul surat warna putih. Dia hulur sampul surat tu kat aku. Aku pelik campur tak paham..


"Bacalah" tu je ayat dia.


Dengan bertemankan lampu suluh dari henpon sebab tak berani nak bukak suis lampu nanti takut mak dia marah, aku bukak isi sampul surat yg dia hulur tadi dengan muka pelik. Hurhhh?? Surat resign ke apa ni? Bebel hati aku..

"Ekhh..kedekut giler mamat ni. Guna letter head company?" ni aku cakap dlm hati je. Kang aku cakap kat member aku kang, kecik hati pulak dia nanti. Okeh, aku sambung baca isi surat tu..




***

Kepada Yth........ [apa maksud Yth tu, aku tatau. Mungkin yg-ter-hormat kot]


Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya..

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............... menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya.

Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.


Aminnn..

Wassalamu'alaikum Wr Wbt.


***
.
.

Lepas baca surat tu, aku pandang dia tak berkelip. Aku terkesima. Serius tak tipu. Aku baca lagi surat tu berkali2. Tak pernah seumur hidup aku baca surat 'lamaran' sebegitu.
.
.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
.
.
"Kenapa kau pilih dia?" dlm keadaan terpegun, aku tertanya soalan agak tak bijak pada dia. Kenapa aku kata kurang bijak? Sebab kalau aku dapat surat macam tu, confirm aku accept terus on-da-spot.
.
.
Ah, sangat gelojosnya aku. Gelojos itu sgt tidak cool. Kan?
.
.
"Aku pilih dia.. kerana DIA MANUSIA BIASA. Tu sebab utama. Cukup sebulan aku buat istikharah, petunjuk yg aku dapat tetap jugak ke dia. Genap sebulan, aku bagi jawapan. Dia terus hantar rombongan merisik dan meminang sekaligus. Lepas tu terus tetapkan tarikh kawin kitaorg" panjang lebar dia bagi penerangan.
.
.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tak tau, apa yang akan jadi pada kami kemudian hari. Tak tau la kenapa, itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.." dia menyambung lagi.
.
.
"Maksud kau?"
.
.
"Dunia ni fana. Apa yang kita punya hari ni belum tentu besok masih ada. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau dia tak akan frust kalau suatu hari nanti kami jadi miskin"
.
.
"Dah, tido lah. Besok kau nak nikah" aku akhiri sembang kami malam tu. Padahal mata aku dah terasa mcm 'masuk pasir'. Aku tamau dia perasan. Malu weh.. Tercalar ke-macho-an aku..
.
.
Dan sepanjang malam aku tak bole tido. Dalam hati aku asyik kata..
.
.

Bertuahnya kau wahai kawan..........






pi/es: kalo ada terasa nak ngorat aku, try la bagi surat cmtu. mungkin ada peluang utk aku accept on-da-spot.. hoho.. lalala~


salam keruk* - salam tangan tuan rumah dgn tangan berisi duit.

20 comments:

a.b geldofg said...

itulah khidupan

apisz said...

kehidupan mcm tu la... =P

lavidalabelle said...

aku rasa mcm dalam filem klasik. wah sgt unik tersendiri lamaran tersebut. aku harap dia tak ciplak dari mana2 novel.. maksudnya aku masih lagi terkesima.

wah, jd pengapit ye kamu. sampai turn kamu jgn lupa cik belle ye. lalala...

vidadarisakura said...

aik..
aku penah baca ni dalam blog org lain semalam..


ka..ko ada kaitan dengan beliau?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

HUHUHU~

ada tak orang nak buat gitu pada aku?

aku juga sanggup...

kamu carikan aku satu please..

hehehe~

zahidah dihaz said...

wah sgt bagus itu lelaki. i suka surat chenta dia. sangat sederhan. xda janji2 yang terlampau. kalu i dapat pun sangat terharu.

ciK LyndaWawa said...

bgsnya camtu..........:)

ieNn ZaZa said...

adus..
ni yg tetiba rs xleh nk wat keje ni..nk berangn..kot2 dpt surat camtu gk..
memg sgt mengharukn...

Anonymous said...

p/s: kalo ada terasa nak ngorat aku, try la bagi surat cmtu. mungkin ada peluang utk aku accept on-da-spot.. mueehe=p desperate kah aku??!! muhaha=p

tamb: ye dik=p eh frwd email dr aku eh psl jodoh 2, patut la mcm kenal jek ayat die=p muhuhu=p

A a D i I ? said...

ab geldofg,
nama pun idup..


apisz,
:)


i.am.belle,
nt aku pggl ko jdik pengapit aku ye cik belle. bole ka?


vidadarisakura,
hurhhh??


ZARA 札拉 [사랑해~],
nt kalo aku dpt byk, aku pass satu kat ko. bole ke gtu? hoho..


zAhiDah diHaz 17,
kalau dapat.... aminn...


ciK LyndaWawa igUana,
betul betul betul... :)


ieNn ZaZa,
hepp..jgn curik tulang time keje. hehh.. :)


mOhawK,
erkkkk.. jgn bikin aku jatuh saham la kakak. lalala~

mrblind said...

salam keruk tu..singgit pun boleh..jangan bagi syiling dah la..

Kapten Luffy said...

boleh aku gunakan ilmu ni.. lalala

Anonymous said...

eh terer ko bole igt smue n type smule.. daya ingatan spt gajah wpun ko kecik mcm tikus hehe

eh jot,aku mcm ade pnh dpt emel tuk surat lamaran cmtu,xla same sgt kot tp cm adela..aku xhengat tp mcm pnh adela.. eish nk kne carik blk ni ... geram plak memerah otak cmni..

s a L o m a said...

peh.tinggal takde cap mohor besar raja2 je ni.

tapi saya masih prefer lelaki yg cakap bertentang mata saya instead of writing a letter. :)

qishie said...

huhu..

1 dalam seribu..

A a D i I ? said...

mrblind,
cm x smpai ati pulak nk bg singgit je..


Monkey D Luffy,
Calonnya da ada ke? hoho.. Eh, tp bkn ko pkai GAM GAJAH ke?? haha..kidding


iDioTeQue^,
ekhh??


cabincrew are here to kick ur ass,
ah, sgt macho begitu..


qishie,
^_^

ieNn ZaZa said...

baru teringt..org ckp..sape jd pengapit biasa pasni turn dia lak naik pelamin..hehehe..tah2 pasni turn cik dijot lak kot..

nnt dh confirm jgn lupa jmpt ek...
jmpt jd pengapit skali pn ok gk..hehehe

vidadarisakura said...

http://kuehbakar.blogspot.com/2009/03/surat-chenta.html

A a D i I ? said...

ieNn ZaZa,
aminn...


vidadarisakura,
uit, sgt rajin copy paste url blog tu. ey, yg dlm blog tu yg btul. dr emel. yg dlm blog aku,aku suda alter sbb yg asal tu sgt skema susunan ayat dia. aku ngantuk mawu baca. jadi aku ubah ikut citarasa.. hoho..

qishie said...

LOL!

emel ke?

i tot it's your true story!

huhuhu