Semalam aku pegi jogging dgn member aku kat kebun bunga istana. Sesape yang duduk JB sure tau la kat mana kebun bunga istana tu. Sebelah je dgn zoo.
Sebenarnya dah lama aku tak berjogging. Tak ingat bila kali terakhir aku gi jogging sebelum ni.
Disebabkan aku dah lama tak berjogging dan member aku tu pulak memang bukan spesis yang rajin bersenam, maka kitorang pun konon2 fight la. Nak tengok sape lagi banyak stamina. Kitorang pakat jogging untuk satu round and tengok sape sampai dulu.
Memula tu aku lead. Ceh..kekonon cam nak tunjuk banyak stamina laa..tapi baru suku round aku dah pancit. Member aku dapat pintas aku dgn muka kerek. Ciss!! Ini tak bole jadik!
Disebabkan rasa tak puas hati dgn kepantasan member aku, aku pun mulakan strategi. Aku masukkan baju dalam seluar track. Kekonon bajet bila baju dah masuk dalam seluar, badan jadi lebih ringan la and aku pun bole la speed laju sket.. haishh..sape punyer teori tah yang aku ikut ni.. (sila jangan cuba2 untuk buang masa tiru aksi ini sebab ia cuma ajaran sesat semata-mata yang tak beri apa2 faedah langsung). Lepas tu aku pun menambah speed aku untuk kejar member aku yg dah jauh ke depan.
Ekhh?? Ni nak berjogging ke atau nak lumba lari 200 meter?? Ah, apaper jer lah. Yang penting kuar peluh. Lalala~
Tapi tetiba jer aku jadik heran. Lepas je member aku pintas aku and aku masukkan baju dalam seluar, tetiba aku rasa macam aku jadik glamer. Tetiba jek macam ramai la pulak orang minat kat aku. Tiap kali ada sesape especially lelaki la yang pintas aku, sure diorang akan toleh and senyum kat aku. Hampir sumer lelaki la buat macam tu. Haisshhh..ni dah betul2 ajaib! Seksi sangat ke body aku ni? Hmmmm..tak pasal2 aku jadik perasan and termalu2 kucing sepanjang jogging. Sekaligus menaikkan stamina aku dan speed aku pun makin bertambah tiap kali ada yang senyum kat aku. Hehe..perasan gila babeng ahh!
Tiba kat satu selekoh dah dekat nak sampai our finish point, aku berjaya pintas member aku. Ni sumer berkat senyuman mamat2 tadi la ni. Aku dengan bangga plus riak campur takbur potong member aku dgn bergaya sekali. Lepas tu aku lari laju2 tamau bagi dia potong aku balik. Member aku dah terjerit2 panggil aku kat belakang tapi aku buat bodo jer. Aku tau mesti dia buat trick nak soh aku berenti and tunggu dia la tu. Ahh, aku takkan tertipu dgn dia.
Aku sampai dulu kat tempat kitorang mula tadi. Puas giler hati aku. Kira berjaya jugak la ajaran sesat aku tadi..masukkan baju dalam seluar utk menambah speed larian. Hehh!
5 minit lepas tu baru member aku sampai. Sampai2 jer kat aku dia terus jerit:
“Oit, aku panggil tadi kau buat pekak jer ehh. Apasal tak benti? Ape daaa..”
“Hurhh? Apsal pulak nak kena benti? Aku tau kau saje nak buat trick kat aku kan? Kau saje tamau bagi aku menang kan?”
“Apehal pulak.. Bukan la mangkuk!! Ni yang kau masukkan baju dalam seluar ni apehal? Belakang seluar kau koyak ngok! Besa giler!!”
“Hurhhh???”
Cilakak!! Malu gilak aku. Serius punya malu lah. Aku tatau cemane nak cover malu aku nih. Rasa macam nak sembunyik kat dalam poket seluar member aku jek. Kalau la muat kan…. Aku lupa yang seluar aku ni belakang dia berlubang. Lubang kalo kecik takpe gak.. tapi lubang sebesar duit syiling 50sen. Bukan satu tapi ada dua pulak tu lubangnya!! Patut la brader2 yang pintas aku tadi sumer toleh kat aku pastu senyum miang yang amat. Mati2 aku ingat sebab body aku seksi. Tapi rupa-rupanya……… Citt! Eh, tapi betul la seksi tu kan?
Haishhh..lepas jer member aku kata gitu, aku terus menonong tuju ke kereta. Langsung tak buat warm-down.. langsung tak toleh kiri kanan.. langsung tak bercakap dgn member aku. Sambil2 tu aku doa harap2 mamat2 tadi tak terserempak dgn aku lagi. Sampai kat keta, aku terus start enjin and blah dgn member aku. Malu giler seyy!!
Dalam hati aku kata; “Harhh, hambik kau! Padan dengan muka aku!!”
Pi/es: aku nekad takkan pakai seluar ni lagi. Lepas ni confirm aku buang terus seluar track aku ni. dan aku takkan amalkan lagi ajaran sesat yg btul2 dah berjaya menyesatkan aku tuh! heeee~
29 comments:
hehe..50sen tu kecik lagi. tp kalau dah 2 bijik, besar gak gamaknya tuh. :)
itu adalah salah satu sb aku suka jog...heheheheeh....cool dlm bara
hai sexy~
haha
dalam tu kaler apa yg diorang nmpak?
hehe
huyoo....
wayang free...
aahahahahah
heehhehehehee....prono free...
aku harap ada CHANCE lak untuk aku
aku lama dah jogging...
boroi da nie..
haha..
weh.ko pakai menda alah di dalam tu tak?
jogging kt situ tak true la!
jogging dalam zoo sudah! :P
femes di kalangan kaum vavi! :P
hahaha..ape daa...
kn dh telebih seksi jadinyer...
kalau aku,pasni memg tak hingin g jogging kt situ lg..
miezi,
tau x pe. malu gilak seh!
a.b geldofg,
amboi2..ada sotong disebalik kuey tiaw yer incik a.b
vidadarisakura,
hep! jgn pggl aku sexy!
lalala~
eliza,
rahsia! haha..
diorang nmpk kaler putih jaring2 jek kot. kan biasa sluar trek ada jaring2 kt dlm dia.. tapi kalo nmpk kaler lain, nasib laa..
arres™,
ewah2..ske yek ko menda2 gini!
Monkey D Luffy,
harap2 mata ko buta b4 dpt CHANCE tu kapten. haha!
ciK LyndaWawa igUana,
boroi? cam pelik jek.. boroi tang mane?
qishie,
msti la pakai wei. nak mati?
Shahrul Azry @ saruk,
yg jogging dlm zoo tu ko jek! lalala~
ieNn ZaZa,
uishh..mane bole.. jogging kt ctu best gler woooo!!
a.k.u.p.e.n.t.o.i,
nasib aku x perasan. kalo aku perasan kompem aku mintak bayaran.
lalala~
hikayat merong maha wangsa
kekekeke
alaaaaaaaaaaaa
nak ikutttttttttt
miahahaha.
buat bodo.
anggap ja ko trendsetter tracksuit koyak.
lalala~
haha..
haah weh.tul kata jolie.
ko buat ia sebagai satu trend.
:D
alahai...tak pe la koyak sikit2 tue kira halal je la....tapi jogging mmg bagus...teruskan usaha
jgn kes koyak jadi penghalang hehehe
mEiShOmOsAPiEnS,
ah, suda la kao.. aku suda kecik ati gilak sama kao.. lalala~
Y E R N ain,
trendsetter hurhh?? ni kira ala2 hawaian ke ape? kakaka..
qishie,
lps tu nt aku promote trend bru aku ni kt ko ngn jolie ek. amacam? haha!
besi,
haha.. doa2 la mamat2 tu dah tak cam lagi muka aku.. =)
aku kasi racun babi kt KF smlm
a.b geldofg,
hurhh? racun bab* pacik a.b? mawu kena penyakit gila bab* si kf tu karang. kakaka~
selama aku kt johor aku nda pernah ke zoo johor..:P
ehx2 ko org johor ea!lahhh..aq pon ..tp x pernah nampak pon ko jogging kat situe..
wahkakakka.seksi siak!!!
aplh ko wat malu org jb aje..!!!
Shahrul Azry @ saruk,
haha..aku pn same la weh. walaupon aku slalu jogging kt sblh tu jek.
kf,
yupp! ko jogging time bile? aku biasa jog pagi sbtu or ahad.
kf lagi,
syhhh...senyap2 sudaaa.. suar tu pun da slmt msuk dlm tong sampah. lalala~
sebab tu aku dah lame tau joging tu sebenarnya tidak menyihatkan malahan mengaibkan...
hohohohoh
L7 itu sgt cool...
:)
akuxbiadab,
errrkkk..ko penah jadik camni gak ke?
tasikmerah,
L7? hahah!
agak2 ko klu jumpa kat mana2 mamat tu, leh cam ko tak?..hehehe
eiza in the house,
aku harap diorg tak cam aku langsung. hehe~
Post a Comment