Tuesday, February 24, 2009

Haiii.. aPe BoLe bUaT suDaH naSiB Baaa-DaN... (sudin: seniman bujang lapuk)

duhh !! tension betul aku arini. haihh..malas cakap byk.. tengok je la sendirik kat bawah ni....


bengkerkk !!!!!

hailaa nasib..disebabkan sorang mamat tah dari planet mana yg sakit hati kat tuan punya keta kat bawah ni, tak pasal2 'balak kesayangan' aku pulak ikut skali jadik mangsa.

siott la lu bro!!

lu nak gado, lu setel hal lu sendirik2 je laa..ape-ke-hal tak pasal2 keta gua lu libat skali? bengang betol.. haishh..

.

'balak kesayangan' yg baru lepas keluar dari wad kecemasan yg mana bil rawatan-nya DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh aku sendirik. ampehh !!


you owe me one la bro !! gua tak dulik !!

.

.

thanks to inche mamat dan pakcik guard yg byk tolon spjg arini..

.

Monday, February 23, 2009

RumaH-Ku yaNg diLaNda baNjiR KiLaT

semalam (22 feb 2009), mak buat kenduri yassin + tahlil + doa selamat sempena adik lelaki nak dirikan masjid minggu depan. ngam2 lepas kenduri habis (lepas bacaan tahlil selesai), ujan turun lebat giler. time org2 kenduri makan, 4 kali suis utama 'tertendang' sendiri sebab kilat+guruh. lebih kurang setengah jam hujan turun, bamat (abang yg sulung) jerit kat kitorg adik beradik,
"standby, air dah naik !!"
tak sampai 15 minit dia cakap, air dari parit sebelah rumah menderu naik. dan..kat bawah ni la hasilnya.....


antara makcik2 yg kehilangan selipar..

air naik paras lutut..

bamat (our big bro)

aktiviti cuci rumah lepas hujan teduh & air banjir surut..

ni la hasilnya lepas lebih kurg 1 jam aktiviti cuci rumah dijalankan..

keadaan luar rumah lepas banjir..

jangan terkejut..!! kitorg memang selalu macam ni. hampir tiap kali hujan lebat, ni la aktiviti kitorg. basuh rumah lepas banjir..!! cuma kali ni banjir time kenduri. alhamdulillah, kenduri berjalan lancar cuma time banjir tu agak kecoh. makcik2 yg dtg masing2 kelam kabut balik. aci redah je hujan lebat2. kitorg pun ikut lencun sbb tolong diorg keluarkan motor dari kwsn rumah kitorg.

mana yg sibuk nak redah banjir..

mana yg sibuk cari selipar hanyut. mmg ramai jugak la yg hilang selipar..

mana yg anak kecik menangis sbb takut..

tapi alhamdulillah..semua selamat..

.

cuma..

nak bagitau..

rumah kitorg je yg kena banjir. rumah jiran sebelah menyebelah tak banjir pun. sebab rumah kitorg betul2 tengah2 antara dua bukit. hmmmmm...dah nasib..

.

.

.

nota kaki: aku selalu terfikir..mcm mana ekk mak aku cuci umah sorg2 time kitorg takde? cuci ramai2 ni pun rasa nak patah pinggang. hmmmm.. sian kat mak.......

Friday, February 20, 2009

wHat's wRong wiTH faLLiNg dOwn? yOu caN aLwaYs sTaNd uP aGaiN..


seorang kawan. dah lama sebenarnya tak jumpa dia. hujung minggu lepas tergerak nak jumpa dia. dia sihat. masih macam dulu. ceria. sepanjang dgn dia, penat ketawa. ah, dia memang happy-go-lucky. full of jokes. ada-ada jer benda yg jadi lawak. ketawa-ketawa-ketawa dan ketawa terus.. terasa hilang stress bila dengan dia.
.
.

puas bercerita itu-ini. semua kisah2 lama keluar. lucu. ketawa lagi. dalam ketawa tak henti, aku kata ini pada dia,
.
.


"seronok ekk jadik kau. hepi-riang-ria jer sepanjang masa"
.
.

ayat aku pendek. tapi mampu buat dia diam terus tiba-tiba. ah, pelik !! aku pun diam juga. takut juga ada salah cakap.
.
.


5 minit lepas tu, dia pandang aku. senyum. tapi tak nampak bersungguh. suasana riang-ria-gelak-ketawa tadi hilang terus. kenapakah? aku sekadar tanya dlm hati.
.
.


"aku salah ckp eh? sorry.."
.
.

aku cuba mintak maaf. kot2 la memang aku ada salah cakap ke.. dia geleng. sambil senyum. tapi tak ceria. aku heran. tertanya-tanya..
.
.

"takdelah. aku oke jer. cuma.....dah ramai sgt yg kate mcm tu. seronoknya jadi aku. hepi-go-lucky. ketawa jer sana-sini. macam takde problem langsung."
.
.

dia diam lagi. aku pun diam. bagi ruang untuk dia bercakap. mungkin ada yg dah lama terpendam. yang dia dah tak mampu nak simpan. aku tarik sila atas kerusi batu. bagi tumpuan penuh kat dia. jarang dia bersikap macam ni. bukan jarang. aku rasa tak pernah.
.
.

"memang aku tak penah tunjuk muka sedih. or marah. or tension. or apa2 muka tah pape lagi yg bila org tengok, terasa mcm nak lempang muka aku. tapi diorg tak penah tau. yg diorg tau, time tension, carik aku. time bengang, ajak aku lepak. time stress, tipon aku.. sbb pada diorg, i'm full of jokes. bole ilangkan stress diorg, bole bg diorg relaks, bole buat diorg cool. abis kalau aku tension? kalau aku bengang? kalau stress??"
.
.

"kau-ada-problem-ke?"
.
.

aku tanya lambat2. lepas tu diam. tak tau ayat apa yg sesuai utk aku ckp. sbb dia tak pernah mcm ni.
.
.

"aku tension..bengang.stress.. aku fed-up. aku blur. aku bingung. aku geram. aku........"
.
.
dia nangis tiba2. aku terkujat !!
.
.


"eh, jgn cmni weh. aku tak penah tengok kau mcm ni. cuba kau citer kat aku. jgn simpan2.."
.
.

aku cuba pujuk. walau tak reti. selalu-selalu, dia yg cheer up kitorg. bila jadi mcm ni, aku blank..
.
.

dlm sedut2 hingus, dia citer semua. satu tak tinggal..
.
.



aku diam. aku dengar. aku terkedu..
.
.

.
-----------------------------------------------------
dia kawan aku. dulu sama2 satu skola. dari tingkatan satu. maknanya aku memang sgt2 kenal dia. dia sorg yg sederhana. bukan tak pandai, cuma dia jenis yg tak kan buat benda yg dia tak suka. kalau terpaksa buat, dia akan buat sambil lewa. tu sikap tak best dia yg agak ketara la.
.


.
tapi tu dulu. masa skola. sekarang dia betul2 dah berubah. lepas skola, dia sambung study kat kolej je. bukan sebab result spm dia teruk. dua kali dia dpt matrik. tapi dia tak pegi. alasan yg sama. dia tak kan buat benda yg dia tak suka. dia tak suka fizik. dia tak suka kimia. tu dia kata. dia dah rasa yg kalau dia masuk matrik, dia akan buat separuh jalan. jadi dia buat keputusan untuk tak pegi.
.


.
lepas grad diploma, dia terus keje. bila dah keje, nampak dia sungguh2. komited dgn keje. sampai orang chop dia workaholic. gila keje. sejak tu aku jarang jumpa dia. sbb dia selalu sibuk. tapi bila ada peluang jumpa, aku tgk dia still mcm dulu. gelak-riang-ria mmg perangai dia. hepi manjang.
.


.
sampai la aku jumpa dia malam hari tu..
.


.
sumpah.. selama2 ni aku tak penah tau yg dia tertekan. dia stressed. ditekan dari semua arah. kalau tengok muka dia, memang nampak dia takde masalah. hepi manjang. memang kaki jokes no. 1. tapi tu yg org nampak dari luaran. kat dalam..dia tanggung sakit sorang..
.
.
kesian dia..
.
.
.
dia tertekan pasal kerja..
.
dia dah kerja lama. almost 6 years. and ada sikit pangkat kat dalam company. jadi, semua org harap kat dia. bos2 dia selalu bagi high expactation kat dia. selalu ingat dia boleh handle semua keje. padahal dia kate, dia dah macam nak mati tanggung semua tu. tension dgn bos.. tension dgn staff.. tension dgn client.. tension dgn kerenah kontraktor.. dia fed-up. dia give-up..
.
.
.
dia tertekan pasal relationship..
.
4 kali dia failed. tiap kali dia break, nampak dia rilex giler. macam takde perasaan. macam tak sedih. tapi dalam hati Tuhan je tau. semua balak dia mintak break sbb tak tahan dgn keje dia. tiap2 hari keje. takde sorg pun yg boleh faham situation dia. dia tertekan. dia suffer. dia sunyi. dia hampir phobia..
.
.
.
dia tertekan dgn kawan-kawan..
.
kebanyakan kawan-kawan dia cuma dekat dgn dia dan baik dgn dia utk kepentingan sendiri. dia geram.. dia bengang.. dia sakit hati..
.
.
.
dia tertekan sebab duduk sorang-sorang..
.
dia bosan, dia takde kawan untuk bersembang. sebab tu bila kat luar dia macam orang tak pernah bercakap setahun! tak berenti bercakap.
.
.
kesian dia..
.
.
selama ni dia pendam semua sendiri. takde siapa pun peduli. sampai satu tahap, dia dah tak mampu nak simpan lagi..
.
.
dan dia luah semuanya pada aku. depan aku..
.
.
sambil cerita kat aku, sambil sedut2 hingus, sambil kesat leleh air mata, sempat dia buat lawak..
.
.
"kau tau.. hampir2 je aku fikir nak terjun dari rumah aku tau. tension giler !!"
.
.
sambil gelak2 dia kata gitu.
.
.
dan aku terkedu..
.
.
sebab.. setahu aku..
.
.
.
.
.
..
.
rumah dia tingkat 18 !!!!!
.

Wednesday, February 18, 2009

aKu RaSa aKu maSiH iNgaT. KoT..

aku tengah boring. takde keje. duduk goyang kaki je arini. ok, tipu. ada keje tapi malas buat. jadi aku cuma buang masa jawap soalan2 ni yg aku copy-paste-edit dari blog cik wawa.. ala2 cam tag diri sndiri ler ni.. saje nak test tahap ingatan aku.. lalala~



:: WEEHOO.. PRIMARY SKOOL ::

1. Who were your seatmates?
. Standard 1 - sebelah: tak ingat, depan: mohd zamri rahmat
. Standard 2 - sebelah: mohd fadzil yunos, depan: mizaremi ghazali
. Standard 3 - sebelah: salina md. salim, depan: siti aidah mean
. Standard 4 - sebelah: mariam salleh, depan: mohd fahmy samani
. Standard 5 - sebelah: mariam salleh, depan: salina md. salim
. Standard 6 - sebelah: suhana sabiran, depan: mohd taufik rahmat


2. Still remember your English teacher?
. Standard 1: Cikgu Fauziah
. Standard 2: Mrs. Lam
. Standard 3: Mrs. Lam
. Standard 4: Mrs. Lam
. Standard 5: Mrs. Lam
. Standard 6: Mrs. Lam


3. What was your class name?
. Standard 1: 1S
. Standard 2: 2S
. Standard 3: 3S
. Standard 4: 4S
. Standard 5: 5S
. Standard 6: 6S


4. Made friends to the lower years?
. Owhh..mesti..


5. Had a boyfriend/girlfriend?
. Kecik lagi weh.. belum mumayiz pun.. apatah lagi akil baligh.. =)


6. How was your table arrangement in class?
. We are in a group of six or seven. depends.. yg penting dlm group.


7. Made any enemies?
. Takder.. Blom reti lagi nak buat seteru.


8. What games did you play?
. Teng2 aci tak? galah adang @ telon? dam aji? polis sentri? hahaha..


9. Did you buy your lunch?
. Tak ah. Dapat makan free. RMT - Rancangan Makanan Tambahan..


10. Were you a party animal?
. Hurhh?? Apekah? Soalan tak seswai utk syllabus budak skola rendah. Harap maklum..


11. Were you well known in your school?
. Tak glamer langsung.. =(


12. Skip classes?
. Tak. Saye budak rajin. Lalala~


13. Did you get suspended/expelled?
. Soalan takder dlm skema jawapan..


14. Can you sing the school song?

Marilah berbudi dan berjasa
Kepada sekolah yang tercinta
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MEDAN
Gedung ilmu pengetahuan

Curahkan bakti tunaikan janji
Doa ibu bapa direstui
Semoga berjaya cita-cita mulia
Untuk bangsa dan negara

Keunggulan teras ketahanan
Jadikanlah panduan
Kesopanan kami amalkan
Menuju kejayaan

Bersopan santun berbudi bahasa
Hormati guru dan ibu bapa
Bertanggung jawab, rajin dan berusaha
Ikrar kami semua..


**kredit utk aku: aku still bole main lagu ni guna *rekoder (yg tiup2 masa skola rendah tu. mcm seruling) taw..lalala~


15. What was your favorite subject?
. Bahasa Melayu. haha..


16. What was your school’s full name?
. Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Nak kena tulis alamat penuh skali ke? =)


17. Did you go to the dances?
. Join pom-pom girl utk persembahan hari sukan, aci tak dikira as dance?


18. Where did you go most often during breaks?
. Kantin. Makan free !! lalala~


19. If you could go back in time and do it all over, would you?
. Kalau la bole..... zaman kanak2 la paling best. tak payah pk masalah, nak byr utang bank, nak byr bill, loan, keje, carik duit..


20. What do you remember most about 6th year?
. Penah terkenching dlm sluar masa darjah satu sebab takut nak pegi tandas.
. Pertama kali dpt nombor satu masa darjah 5. dan tu la sekali seumur hidup dpt no. 1. hehe.
. Tak pernah sepanjang 6 tawun skola dpt nombor lebih dari 10.


21. Worst memory in 6th year?
. Penah kene gelar 'ulat gonggok' sebab selalu ikut dua org budak ni semata-mata nak sgt berkwn dgn diorg. Ape la citer diorg skg yek..
. Kena sebat 2-2 belah kaki sbb kelas kotor. Time tu pakai pinafore. Jadi, semua org nmpk loreng askar dikaki yer hencik2 dan puan2..
. Menangis tiba2 dpn cikgu pendidikan Islam masa kena test baca surah dari mukaddam (aku lupa surah ape dia suruh bace). Haisshh..malu sungguh. Time tu aku dah darjah 6 yer..bukan darjah satu..
. Tertumbangkan tiang bola jaring dan terkena kepala sorang budak junior sampai lobang kepala dia. Nasib tak mati..




------------------------------------------------------------
:: YEAHH !! HI- SKOOL ::

1. Who were your seatmates?
. Form 1: Roszaini Jamian & Nurul Hidayu Mislan
. Form 2: Norhayati Mohd Susah @ Shah
. Form 3: Junainah Pardi
. Form 4: Rohani Abdul Kadir then Siti Suraya Pairon
. Form 5: Rohani Abdul Kadir


2. Still remember your English teacher?
. Form 1: Tak ingat. Sebab aku tak minat English. Mungkin sama cikgu dgn cik wawa. Entah.
. Form 2: Cikgu Siti Suraya
. Form 3: Mr. Paul Francis
. Form 4: Ms. Rafidah
. Form 5: Miss Kathleen


3. What was your class name?
. Form 1: 1M3
. Form 2: 2M4
. Form 3: 3M4
. Form 4: 4M5
. Form 5: 5M2


4. Made friends to the lower years?
. Blasah ajer.. x kesah..


5. Had a boyfriend/girlfriend?
. Hohoho.. Soklan mencabar minda. Masa f.2 ada. Chenta Munyitt!! Cuma tahan 2 bulan. Saje test market. Haha.. =) Then masa f.5, dpt bertahan for 5 tawun 5 bulan genap after dat. Tp, finally..tader jodoh...


6. How was your table arrangement in class?
. Sama mcm skola2 laen. Kot..


7. Made any enemies?
. Nak kata enemy tu, x de la smpai gado2 kan.. tp ada la x ske beberapa org yg macam baguzz esp. upper form. hurhh..menyampoh den.. (ekceli diorg tatau pon yg aku tak ske kt diorg. tapi, mcm la sume org ske kat aku. hoho..)


8. What games did you play?
. Pendidikan jasmani tu bole ke diiktiraf as games? kaka..apa bodo punyer soalan la aku ni..


9. Did you buy your lunch?
. Kadang2. Kalo terkena time nasik kat dewan makan cam ampeh..


10. Were you a party animal?
. Aku manusia arr..bila masa pulak aku jadik animal? Uishh..kompiushh..


11. Were you well known in your school?
. Tatau.. Rasanya tak. Aku kan low profile. Cehh..poyo !! Padahal org tak kenal sbb blaja bodo.. lalala~


12. Skip classes?
. Most of da times. Hahah.. Esp. English & Add Maths time. Kena pindah class ikut set so aku melencong ke library. wowowooo..


13. Did you get suspended/expelled?
. Suspended? Digantung tak bertali.......


14. Can you sing the school song?

Majulah-majulah sekolah yang tercinta
Biar indah, megah dan mashur
Berbakti untuk nusa dan bangsa
Di sepanjang masa

Ku serah jiwa dan ragaku
Untuk bimbingan dan didikan
Ku cari ilmu ku taburkan bakti
Selagi ada hayatku

Berjasalah berjasa sekolah yang tercinta
Sinar harapan putera dan puteri
Teguh berdiri sepanjang zaman
Membela ibu pertiwi


** aku masih hafal tapi malas nak taip semula. jadi aku copy je dari cik wawa..lalala~ (muka tak bersalah)


15. What was your favorite subject?
. Lower form: Sains & Kemahiran Hidup
. Upper form: Sejarah. Kot..


16. What was your school’s full name?
. Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang, Johor
.



17. Did you go to the dances?
. Masa form 1. Kena paksa masuk persembahan tarian utk hari guru..
. Masa form 2. Terpaksa menari utk persembahan lakonan masa minggu bahasa..


18. Where did you go most often during breaks?
. Dewan Seri Budiman (dewan makan). Mentekedarah itu nikmat.. lalala~


19. If you could go back in time and do it all over, would you?
. Kalo bole balek ke masa lalu.. aku nak ubah smua yg silap.. (sambil buat muka jujur dan serius)


20. What do you remember most about 5th year?
. Form 1: Pertama kali aku dpt nama "DIJOT" oleh cikgu kelas dan nama tu kekal smpai skg..
. Form 5: Bagi present katak idup 2 ekor sempena besday Jojo. Kaka..padan muka =)
. Form 5: 23 Sept 1999: stupid actions.. (only God knows the truth)
. Spjg tawun: TAK pernah dpt nombor kurang dari 20 spjg 5 tawun skola. lalala~ (buat muka toya)
. Form 5: Lepak ramai-ramai kat koridor belakang hostel kat tingkat 3 lepas light-off (kua ikut tingkap)


21. Worst memory in 5th year?
. Form 4: Kena berdiri depan kelas sambil pakai rantai berkadbod sebesar A4 dan bertulis besar giler tulisan nih - "Saya tak dapat A dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik". Lepas tu,gua nangis gila babas kat jamban lepas kelas. Malu dowh!! Padahal sangkut kt subjek BM jek. Kurg satu markah nk dpt A. Sampai arini gua sgt anti kat cikgu tu. Cikgu Jefry bin Poon..
. Form 5: Pecah rekod sendiri. Dpt no. 123 dari 126 murid. Gile ahh!! (moral: jgn becinta time skola kalo tanak dpt nombor ratus2 time exam)
. 23 Sept 1999: ...........................................





*****
tetiba aku rasa mcm nak tag org.. okeh, mari mengetag mangsa2..

1) maKciK neLly
2) paKciK sO'oB anaK ciK uSin
3) paKciK aRd
4) ciK saLoma
5) heNciK aB
6) maKciK eiNn
7) maKCik FaRiaLdaMiDdLe
8) paKciK aPiTze

malas nak tag si Setan V..G-sTring. nanti dia x buat. haha.. =)

Monday, February 16, 2009

.
.
.
RASA MACAM NAK LEMPANG ORANG LAJU-LAJU !!!




ada sesape nak volunteer jadik mangsa?


sila bgtawu aku.


mekasih..

Sunday, February 15, 2009

ToLoNg kaMi, baNtu kami.. aNaK2 yaTiM piaTu.. LalaLa...

ader sesape bole tolon tak?

aku ader dengar satu lagu ni dalam blog ni..



HeNciK daOz - tHe ReMedY



sangat ske lagu kat blog beliau tu

tapi tatau tajuk apa & sape yang nyanyi


kalo ada sesape yg tau,


tolon btau ekk..



nanti aku kasi upah seposen

mawu tak?

pELajaRaN unTuK haRi iNi...

.
1st Lesson For Today :

jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orangJANGAN PERCAYA ORANGjangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang . jangan percaya orang .






haihhh...
shit !!
150209 - 0800h..




* * * * *

2nd Lesson For Today :

kamu,
aku tau kamu baek
tapi, kebaikan kamu buat aku rasa sakit
jangan salah faham
kamu tak salah
cuma aku ckit terusik
ah, abaikan..
itu tak penting utk kamu tau

kamu,
aku jadi takut sekarang
sebab kamu dah buat aku ingat balik pada kisah lalu
kamu buat aku rasa rindu
tapi aku tak pasti
rindu pada dia yg memang dah jauh
atau aku hanya rindu pada kenangan yg pernah wujud
cuma yg aku pasti
itu bukan salah kamu

kamu,
jangan layan aku dengan baek lagi
sebab aku tak mahu ada rasa sakit lagi
tak kira sekarang atau akan datang
kecuali..
kalau kamu mahu maksudkan sesuatu
atau..
kalau kamu mahu cuba untuk ubat rasa sakit tu
mungkin satu hari nanti
aku akan cuba pertimbangkan

kamu,
terima kasih untuk semalam
dan terima kasih untuk hari ini juga..





kamu,
140209 - 1900h..
150209 - 1400h..




---------------------------------
differentsituation
differentplace
differenttime
differentperson
differentstory
dua rasa sakit yg berbeza..


in just a day..

Saturday, February 14, 2009

aPeR baRaNg vaLeNtiNe..PeGi maTi Laa..

sape sambut valentine?


sila pegi MATI !!!


yang korang BODO SANGAT pegi sambut valentine tu apehal?


ape barang sambut menda tu..


kalau nak sambut sangat, baek pegi sambut FESTIVAL SETANTINE budak2 bengong ni haa..



sila layan video ni jugak..



haha..




Pesanan Penaja: SILA JANGAN JADI BODO..




keh, bai.

Friday, February 13, 2009

SenYum La siKiT. aPeHaL kedEkuT saNgaT? seNyum Tu kaN seDekaH..

ekceli..aku ada satu kelemahan.
[sebenarnya ada banyak. tapi malas mawu bgtau yg laen. satu ajer suda bah..]

aku sebenarnya sgt ske nengok gigi org. pada aku, tak kesahla org tu lawa atau tak, ensem or hodoh.. kalo gigi dia lawa, otometik aku terus kata dia lawa. otometik aku terus ckp yg org tu ensem. tatau naper.. tapi mungkin sbb kelemahan aku yg satu ni..




mawu tau aper?



gigi aku tak cantek !! dan warna dia kuning !!





dulu masa kecik2, aku slalu tanya diri sendiri..nape ada org gigi dia sgt putih? nape pulak ada org gigi dia kaler kuning? ada yg aku tengok gigi dia kaler itam. aku kompius time tu. gigi ada mcm2 kaler ke? tapi tak penah pulak aku nampak ada org gigi kaler merah or biru or ijau. lagi aku kompius bila aku tengok abah aku ada dua batang gigi dia kaler kuning terang. eh? pelik nih..

aku penah tanya abah, nape gigi abah yg dua batang tu kaler kuning sgt? abah kate tu gigi mahal. gigi emas. abah kata lagi, kalo ada gigi camtu, maknanya dia org kaya. mati2 aku caye ckp abah. time tu aku masih bodo2 lagi. nama pun budak lagi.. aku pun hari2 belek gigi2 aku kot2 ada yg kaler cam abah. tapi takde.. time tu aku sedey giler. sbb aku fikir yg aku tak bole jadik org kaya mcm abah. hahah.. apeke bodo laaa..

satu hari tu, aku tengok gigi abah yg kaler emas dah tinggal sebatang. gigi satu lagi dah ilang. dan abah pun jadik rongak time tu. aku pelik.. mana pegi gigi abah? aku tanya abah. abah jawap gigi tu dah ilang kene curik. abah jawap sambil gelak2. time tu aku pecaya lagi. dan aku doa tamau ada gigi emas cam abah. aku doa supaya gigi emas tak tumbuh sebab aku takut kena curik. aku takut jadik rongak mcm abah. memang bodo kuasa dua time tu. mana la ada gigi emas tumbuh tiba2. kalo nak ada gigi emas kena la buat sendirik kat kedai emas. tapi kan aku budak kecik time tu. mana la tau....

bila aku besa cket, time skola rendah, gigi aku yg depan sume rongak2. itam2. sebab aku sgt ske mkn gegula. pastu mlm aku tak gosok gigi sebelum tido. mak aku kata, ulat dah makan sume gigi2 aku. tapi time tu aku da bole fikir sket. aku tak sedey sbb aku tau nanti ada gigi baru akan tumbuh. cikgu kat skola yg kata gitu. jadi, usaha mak aku nak takut2kan aku supaya aku rajin gosok gigi sebelum tido tak berhasil. takpe mak, cuba lagi laen kali yer..

eh, aku ni mcm da lari tajuk jer. sebenanyer aku nak citer psl kelemahan aku. haishhh..menyimpang ke lain la pulak. ekceli aku btul2 jelez bila nengok gigi org laen cantek. tersusun jer.. pastu tak kecik sgt, x besa sgt.. pastu paling aku jelez bila kaler gigi diorg putih giler. mcm dlm iklan2 ubat gigi tu..

dulu aku slalu tanya diri sendiri, nape gigi aku tak kaler putih? time tu aku da darjah 4. dah byk gak gigi baru yg tumbuh. so, aku compare gigi aku ngn gigi adik-badik yg laen. aku curik2 tengok gigi abang aku.. pun kaler cam gigi aku gak. tengok pulak gigi akak aku, pun same gak. aku pelik sesgt time tu... puas aku gosok gigi kuat2 sampai berdarah kdg2. tapi tak jugak putih2. sedey giler weh.. aku penah sapu gigi aku ngn ubat gigi. pastu bia jek tak basuh. kekonon nak nmpk putih la buat camtu. kan ubat gigi tu kan kaler putih. kalo sapu kat gigi, jadi la gigi nampak putih. ye tak? oke, mmg aku bodo kuasa tiga belas..

sampai la satu hari.. abang aku balik dari skola menengah. dia ckp misi ada dtg skola check gigi. dia kata misi puji gigi dia. gigi dia lawa, bersih.. aku heran.. gigi kaler kuning pun kena puji ke? bukan ke kuning tu sbb tak rajin gosok gigi? haihh..ni dah makin ajaib nih..

time tu baru la aku tau.. rupa2nya gigi ni ada 2 jenis. satu jenis kaler putih. satu lagi kuning (mksud aku kat sini bukanla kuning sgt mcm org tak gosok gigi tu. kuning yg ala2 tak bape nak putih laa). dan time tu la baru aku tau yg family aku jenis gigi kuning. patutla adik-badik aku sume kaler gigi sama jer. tapi abg aku ckp, gigi kaler kuning lg bgus dari gigi kaler putih. sbb gigi kaler kuning lagi kuat. gigi kaler putih agak rapuh. misi yg kata gitu kat dia. ye ke camtu? entah.

tapi aku still tak rasa best. sbb pada aku, gigi kaler kuning tak cantek. nampak mcm tak bersih jek. sampai skg pun tabiat ske gosok gigi kuat2 sampai bedarah still ada lagi kat aku. mcm dah jadik kemestian pulak. nak gelak lebey2 pun rasa segan jek. da la gigi aku tak rata. besa2 pulak tu. slalu jek kena gelar si gigi kapak. alahaiiii...malu siot !!! sebab tu sampai skg kalo aku gelak lebey2, mesti otometik aku akn tutup mulut. segan giler dowh..

sebenanyer aku segan nak citer pasal gigi. gua malu giler bai.. tapi arini aku terasa nak citer pulak sbb ptg td aku nampak ada org gigi dia lagi kuning dari aku tapi rilex jer sembang2. siap gelak2 giler babas lagi. gigi dia kuning giler.. sumer lak tu..

pastu aku ada nampak pakcik gigi rongak..

then aku nampak budak pempuan pakai braces gigi.. (betul ke eja braces tu? dekat 10 minit aku tenung ejaan braces tu. takut kot2 salah eja jadik menda laen pulak)



jadi dari situ aku buat kesimpulan, kira gigi aku ni takde la dahsyat sgt tahap gaban. koman2 ada lg org laen yg lebey kurg cm aku gak..tapi dia kurg sket la dr aku. gigi aku nampak putih sket jek dari dia. hahah..

pastu, at least gigi aku penuh ada 28 batang (sampai skg 4 batang gigi bongsu aku tak tumbuh2. kompius aku nape dia x tumbuh. padahal da dekat 10 tawun aku tinggalkan zaman skola. heran kan?)

pastuh, even gigi aku tak bape nak rata n ada cket 'mancung', aku takkan pakai braces gigi tu. sebabnya aku syg nak buang gigi aku. kalo pkai braces kena buang gigi kan? tamau lah. sayang. bia jek tak rata.

jadi sepatutnya lepas2 ni..



aku patut bersyukur dgn gigi yg ada.. hoho~



[tapi aku akan tetap berusaha keras utk memutihkan gigi aku. tak kira apa cara sekalipun. lalala~]




nota kaki: abah aku sebenarnya jual gigi emas dia buat beli brg dapur.. time tu pokok getah tak bape nak ada getah sgt n adik-badik aku ramai.. selebihnya, phm2 sendirik la yek. aku tau citer yg btul lepas aku da masuk skola menengah.. hmmmm..

Thursday, February 12, 2009

BuT yOu'Re JusT a BoY..

disebabkan gua tak reti nak benci orang..
gua jugak bukan manusia zalim..
dan
atas dasar kemanusiaan..
.

.
jadi gua dah buat keputusan..
.
.
LU STILL KAWAN GUA
macam kengkawan gua yang lain
.
.
titik .
.
.
.
.
.
"aku tak ingat tentang masa lalu..aku tak tau tentang masa depan
tapi aku tau.. kau tetap kawan aku.."
~A a D i I~
.
.
.

p/s: mega, aku pinjam ayat kamu. mekasih..

Wednesday, February 11, 2009

sEmaLam..

:: 10.02.2009 - 1640h ::
.
.
"semalam.. itu semalam..
hari ini aku hidup
dalam dunia yang aman..
.
kenangan..kita luputkan..
kita bakar sama-sama
pengalaman hidup siksa.. "
.
.
~semalam yg hangat - wings~
.
.

Saturday, February 7, 2009

1905h..

.
.
.
.
HE CALLED ................................... ME ??


but..





WHY



SO SUDDEN ?????




mawu tempeleng atau mawu pura2 baek ?

ah!! aku benci rasa ini. kacau dowh !!!

.

bEsoK akU naK beLi Nie:


Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

" Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas "

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....

.
.
.
.
---------------------------------------
aku tak ske bace novel.
dulu..
pada aku, novel tu sume
mesti jiwunk.. leleh.. karat.. terlebey oksida..
typical mentality arr tu..
aku rimas dgn citer2 yg terlebey karat + oksida
tapi budak ni yg da buat aku tukar fikiran
.
.
***
.
tak semua novel tu jiwunk kan?
baca novel tak semestinya jiwunk kan?
jiwunk tak semestinya sbb terlebey dos baca novel kan?
lu bace dulu sume story dari budak ni
lepas tu baru lu bgtaw gua,
gua jiwunk atau tak
hehh..
.
~A a D i I~
.
.
.
ok, x yah bgtaw. bia aku jwp sendiri. aku jiwunk. ckit.. :p

Friday, February 6, 2009

kamu beRaNi maiN2kaN boSs? aku BeRaNi kaDangKaLa aJeR..tu PuN sBb BoS aKu peLupA

04.02.2009 - 1418h
msn messenger blinking..


hencik boss 3 ketul: Siti, in ADAM station BoQ, Bill 3.5 is for lift and Bill 3.6 is for retaining wall.

hencik boss 3 ketul: We had sum lift into Station Box and retaining wall into Above Ground.
.
hencik boss 3 ketul: Anyway can separate it out?

hencik boss 3 ketul: Pls help me to separate the External and Retaining Wall at Above Ground of ADAM station. And for the other 3 station also.



[hurhh !! alahai hencik boss, tak sempat aku nak ckp apaper..mcm machine gun Rambo kao kuar arahan veto yer..]


musang-si-guntang: u want it by today? but we hv short of taker-off now. some of them still on holiday..


hencik boss 3 ketul: What is your priority now?

musang-si-guntang: I'm doing measurement for shop drwg.

hencik boss 3 ketul: Siti, i need the quantity urgently.

musang-si-guntang: Ok



[jawapan ok itu tidak ikhlas sebenarnya. padahal aku rs mcm maw mati dgn arahan mengejut itu]



3 hours later.. 1732h
msn messenger blinking again..

hencik boss 3 ketul: Siti, how's the progress?

musang-si-guntang: Still in progress.

hencik boss 3 ketul: May just separate the qty for retaining wall with external wall for above ground structure as soon as possible.

musang-si-guntang: Ok



[jawap ok lg dlm nada malas layan pulak. padahal dalam hati maw jwp cmni, "boss, kao ckp senangla. menda ni bukan aku yg buat b4 this. bebudak taker-off sume masih holiday. mana aku nak study drwg lg..nak identify..nak measure utk shop drwg lg.." tapi tu dlm hati je la. mcm la aku berani nak lawan. dia kan boss..]


hencik boss 3 ketul: The faster way is u give me the measurement and i adjust it here.


hencik boss 3 ketul: Pls send me the stations which u had separated. I will continue what u not done yet.

musang-si-guntang: Ok. actually i've already done for two stations. FRR and BKB station.

hencik boss 3 ketul: Ic. pls send to me. Other 2 stations ADA and TSNS i will separate it here.

musang-si-guntang: Ok


[lagi skali jawap ok. tapi kali ni dgn nada yg sgt hepi sambil buat tarian tanggo. lalala~]

Owhh..hencik boss 3 ketul, kao sgt baek hati lah. aku sayang kao.. [terpaksa ke tandas dgn kadar segera sbb tiba2 terasa nak muntah]



one hour later.. 1853h
msn messenger blinking.. again?

hencik boss 3 ketul: Siti, tomorrow is Yap come back to office?

hencik boss 3 ketul: If yes, please get him to separate the retaining wall and external wall.

hencik boss 3 ketul: TQ.


[erkkkk.. key-pad-locked !! tadi yo-yo-oo kata nak tolong buat. ampeh.. takpe takpe.. we'll see]




--------------------------------------
05.02.2009 - 1421h
msn messenger blinking..

hencik boss 3 ketul: Siti, do u and Yap separate the Retaining Wall and External?

musang-si-guntang: U mean for all stations?

musang-si-guntang: Or for FRR and BKB only?

hencik boss 3 ketul: I need the breakdown for all 4 stations.

hencik boss 3 ketul: May send me progressly if u had done some of it.

musang-si-guntang: BUT YESTERDAY U SAID U WANNA HELP TO SEPARATE FOR OTHER TWO STATION RITE? FOR ADA AND TSNS STATION..


[ayat tu saja jer aku besakan kat sini. kat msn messenger tu tak tulis guna font besa cmni pun. maw mati?]

[ok, masa utk test ingatan hencik boss. aku saja buat2 lupa last instruction dia semalam dgn tanya soalan mcm tu. padahal mmg dah tau dia tak jadi nak tolong buatkan. try-test tgk sket dia still ingat tak instruction last dia semalam.. mari ketawa keji.. hahaha !!!]


1 minit.. senyap

3 minit.. senyap lagi

8 minit.. msn still takde tanda2 nak blinking

masuk minit ke 30.. pun senyap jugak

cecah minit ke-60.. aku close windows msn kat taskbar



YESS !! arini aku menang. hencik boss 3 ketul kalah. bagus jugak kao jadik PELUPA yek hencik bos. lalala~



HENCIK BOSS 3 KETUL - 0 ... MUSANG-SI-GUNTANG - 1



few hours later.. 1604h
msn messenger continue blinking..

hencik boss 3 ketul: Siti, please separate for me for all 4 stations. i can't do it here. it's difficuilt.


[errrrkkkk... dasar kimbet !! kuasa veto dah keluar !!!]


ok, aku kalah sekarang. kamu menang la hencik boss oii..



kedudukan sekarang..



HENCIK BOSS 3 KETUL - 1 ... MUSANG-SI-GUNTANG - 0





yelah.. kao kan boss.. aku kuli ajer..
.

Wednesday, February 4, 2009

aDa seSapE naK ajaR aKu cEmaNa Nak uSHaR oRaNg ??

leha gebu: eh, milah apa cerita?

kiah radio: owh.. haritu aku ada jumpa dia. kau tau kan dia dah putus dgn man taha? kau mesti tau.. skarang ni dia tgh try ushar budak satu tempat keje dgn dia. lepas tu dia ada kata, macam bole dapat.

leha gebu: tau.. ciss.. sabo je laaa..

kiah radio: haha.. berani betul si milah tu kan? kau rasa, patut ke aku tiru langkah dia? keh keh keh..

leha gebu: patut jugak..

kiah radio: tapi aku tak cukup berani la nak ushar orang.

leha gebu: skang ni dah takde isu perigi cari timba.

leha gebu: hellehh.. bukan ke kau kadang2 terover peramah? sebab tu kau dapat gelaran kiah radio tu. hik hik hik.. budak lelaki ni kadang2 memang suka dgn pempuan yg mcm tu. sbb diorg ni kdg2 takut nak ushar kita org pempuan ni.

kiah radio: haha.. aku peramah dgn org yg aku kenal je. tapi dulu laa.. skang dah tak reti..

leha gebu: eleh.. blah laaa..

kiah radio: ngeh ngeh ngeh.... ^_~


-------------------------------------
korg rasa, patut tak kalau aku jdik mcm kiah radio? maksud aku, tiru langkah berani mati si budak milah tu?

kalau rasa patut..

kasi jatuh lu punya kepala !!!
.
.
.

koRaNg aDa TeRfiKiR saMa maCaM yG akU FikiR taK seKaRaNg ?

kiah radio: eh kau tau tak? senah dah selamat bersalin last week. baby boy.

leha gebu: tak tau pun. ye ke? alhamdulillah..

kiah radio: dia ada send sms kat aku haritu.

leha gebu: rezeki bertambah2. kau bila lagi kiah oiii ??

kiah radio: aku? lambat lagi la leha.. calon pun belum cari. hehe.. takpe, rilex2 dulu. tak larat nak pk..

kiah radio: eh.. dengar citer, usop petai dah nak kawin. si leman montel yg bgtau hari tu.

leha gebu: baguslah.. meramaikan umat Muhammad. kau tu je..takde calon kunun. ke masih tunggu jenal kerinting? dah2 la tu.. tengok mcm aku ni haa.. lepas ditinggalkan leman montel, anak pun dah nak masuk dua ni haa..

kiah radio: bukan tunggu jenal kerinting. mana ada tunggu dia lg dah. entah la leha.. aku dah jadi takut dah dgn relationship boifren-gefren ni. dah tak confident dah. aku lepas ni kalau bole nak jumpa yg btul2 jek. terus kawin. becinta lepas kawin lagi baik.

leha gebu: tak payah la relation boifren-gefren ni. buang masa ajer. kalau rasa mcm dah sesuai, buat solat istikharah. mintak petunjuk.

leha gebu: aku pun mana ada becinta lama dgn laki aku. kenal kejap je. bertunang 2 bulan pastu kawin. yg korg dtg kenduri aku tu sbnarnya aku dah kawin. cuma kenduri je lambat sket.

kiah radio: tu la pasal. tu yg aku malas nak pk skg tu. bia ajer..

leha gebu: jgn tak pk. kena pk. sebab umo dah nak jejak 30. nanti kalau kawin lambat.. mengandung lambat.. dapat anak lambat. susah. nanti umo dah tua, anak masih kecik2 lagi. dah tu mengandung di usia 30-an banyak risikonya..

kiah radio: itu aku tau.. masalahnya sekarang, calon pun takde. serius takde..

leha gebu: kau jual mahal tak? ke calon ada tapi semua tak berkenan di hati?

kiah radio: haha.. jual mahal? mana ada.. cuma.. aku letih la.. penat2 becinta bertawun2, putus mcm tu je. benci !!!

leha gebu: jgn macam tu. macam aku dulu la. frust btul dgn si leman montel tu. seminggu direct nangis. lepas tu lingkup study aku. ni sume leman montel tu punya pasal.

leha gebu: tapi ambik menda tu sbg pengajaran la.. jgn le putus harap pulak..

kiah radio: takpe la.. dah takde jodoh kau dgn dia. aku dah cuba bukak hati kat org lain. tapi sama je. end-up mcm tu je. then, aku dah tension..

leha gebu: alaa..aku lepas leman montel tu, ada gak becinta. tapi putus gak. tapi kau jgn terus tutup pintu hati kau tu. byk2 la berdoa. tu mat saman ada.. man taha pun ada.. hik hik hik..

kiah radio: hehe.. takpe la leha.. blum jumpa lg jodoh aku kot. aku malas nak becinta dgn org yg salah lg dah. penat. penat segala jenis penat..

leha gebu: takpe la.. memang payah nak puaskan hati semua org..

kiah radio: dan bukan senang nak cari org yg btul2 bole paham kita..

leha gebu: =)
.
.
.

KaMu naK taU saTu peRkaRa? BMI saYa nGaM2 jeR utK noRmaL weiGhT. kaLau beRaT tuRuN, saYa JaDi uNdeRweiGhT !!

pagi tadi dah belasah NASI LEMAK

lepas tu kunyah ROTI JAGUNG DAILY'S

waktu senggang antara breakfast dgn lunch [sambil buat keje], tak benti2 ratah MISTER POTATO

sambil layan air NESLO

time lunch jap tadi makan NASI PUTIH + SAMBAL SOTONG + AYAM MASAK MERAH + SAYUR SAWI

30 minit lepas tu, turun g kedai runcit mamak kat bwh..

bedal AISKRIM MASHMALLOW

standby ROTI JAGUNG DAILY'S dgn ROTI BUTTER DAILY'S utk petang karang [tp rasanya jap2 lg mcm nak terkam roti tu]

beli ASAM KECUT gak utk kunyah2 sambil buat keje




tapi..



AKU MASIH LAPAR !!!


MASIH RASA NAK MENGUNYAH


MASIH RASA NAK CARIK KUDAP2




adehhh.....


giler . kan . aku ??



p/s utk mamak kedai runcit: hari2 aku beli jajan kat kedai kamu, sikit hari lagi kedai runcit kamu mesti jadi 2 tingkat. hoho~

Tuesday, February 3, 2009

cuTi2 mEsiA 2009

RUMAH AKAK
SIMPANG PULAI, IPOH




-----
LOST WORLD OF TAMBUN
SUNWAY CITY, IPOH



-----
TAMAN TASIK TAIPING




-----
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI






[entry kali ni cuma penuh dgn gamba ajer..]