Friday, February 20, 2009

wHat's wRong wiTH faLLiNg dOwn? yOu caN aLwaYs sTaNd uP aGaiN..


seorang kawan. dah lama sebenarnya tak jumpa dia. hujung minggu lepas tergerak nak jumpa dia. dia sihat. masih macam dulu. ceria. sepanjang dgn dia, penat ketawa. ah, dia memang happy-go-lucky. full of jokes. ada-ada jer benda yg jadi lawak. ketawa-ketawa-ketawa dan ketawa terus.. terasa hilang stress bila dengan dia.
.
.

puas bercerita itu-ini. semua kisah2 lama keluar. lucu. ketawa lagi. dalam ketawa tak henti, aku kata ini pada dia,
.
.


"seronok ekk jadik kau. hepi-riang-ria jer sepanjang masa"
.
.

ayat aku pendek. tapi mampu buat dia diam terus tiba-tiba. ah, pelik !! aku pun diam juga. takut juga ada salah cakap.
.
.


5 minit lepas tu, dia pandang aku. senyum. tapi tak nampak bersungguh. suasana riang-ria-gelak-ketawa tadi hilang terus. kenapakah? aku sekadar tanya dlm hati.
.
.


"aku salah ckp eh? sorry.."
.
.

aku cuba mintak maaf. kot2 la memang aku ada salah cakap ke.. dia geleng. sambil senyum. tapi tak ceria. aku heran. tertanya-tanya..
.
.

"takdelah. aku oke jer. cuma.....dah ramai sgt yg kate mcm tu. seronoknya jadi aku. hepi-go-lucky. ketawa jer sana-sini. macam takde problem langsung."
.
.

dia diam lagi. aku pun diam. bagi ruang untuk dia bercakap. mungkin ada yg dah lama terpendam. yang dia dah tak mampu nak simpan. aku tarik sila atas kerusi batu. bagi tumpuan penuh kat dia. jarang dia bersikap macam ni. bukan jarang. aku rasa tak pernah.
.
.

"memang aku tak penah tunjuk muka sedih. or marah. or tension. or apa2 muka tah pape lagi yg bila org tengok, terasa mcm nak lempang muka aku. tapi diorg tak penah tau. yg diorg tau, time tension, carik aku. time bengang, ajak aku lepak. time stress, tipon aku.. sbb pada diorg, i'm full of jokes. bole ilangkan stress diorg, bole bg diorg relaks, bole buat diorg cool. abis kalau aku tension? kalau aku bengang? kalau stress??"
.
.

"kau-ada-problem-ke?"
.
.

aku tanya lambat2. lepas tu diam. tak tau ayat apa yg sesuai utk aku ckp. sbb dia tak pernah mcm ni.
.
.

"aku tension..bengang.stress.. aku fed-up. aku blur. aku bingung. aku geram. aku........"
.
.
dia nangis tiba2. aku terkujat !!
.
.


"eh, jgn cmni weh. aku tak penah tengok kau mcm ni. cuba kau citer kat aku. jgn simpan2.."
.
.

aku cuba pujuk. walau tak reti. selalu-selalu, dia yg cheer up kitorg. bila jadi mcm ni, aku blank..
.
.

dlm sedut2 hingus, dia citer semua. satu tak tinggal..
.
.



aku diam. aku dengar. aku terkedu..
.
.

.
-----------------------------------------------------
dia kawan aku. dulu sama2 satu skola. dari tingkatan satu. maknanya aku memang sgt2 kenal dia. dia sorg yg sederhana. bukan tak pandai, cuma dia jenis yg tak kan buat benda yg dia tak suka. kalau terpaksa buat, dia akan buat sambil lewa. tu sikap tak best dia yg agak ketara la.
.


.
tapi tu dulu. masa skola. sekarang dia betul2 dah berubah. lepas skola, dia sambung study kat kolej je. bukan sebab result spm dia teruk. dua kali dia dpt matrik. tapi dia tak pegi. alasan yg sama. dia tak kan buat benda yg dia tak suka. dia tak suka fizik. dia tak suka kimia. tu dia kata. dia dah rasa yg kalau dia masuk matrik, dia akan buat separuh jalan. jadi dia buat keputusan untuk tak pegi.
.


.
lepas grad diploma, dia terus keje. bila dah keje, nampak dia sungguh2. komited dgn keje. sampai orang chop dia workaholic. gila keje. sejak tu aku jarang jumpa dia. sbb dia selalu sibuk. tapi bila ada peluang jumpa, aku tgk dia still mcm dulu. gelak-riang-ria mmg perangai dia. hepi manjang.
.


.
sampai la aku jumpa dia malam hari tu..
.


.
sumpah.. selama2 ni aku tak penah tau yg dia tertekan. dia stressed. ditekan dari semua arah. kalau tengok muka dia, memang nampak dia takde masalah. hepi manjang. memang kaki jokes no. 1. tapi tu yg org nampak dari luaran. kat dalam..dia tanggung sakit sorang..
.
.
kesian dia..
.
.
.
dia tertekan pasal kerja..
.
dia dah kerja lama. almost 6 years. and ada sikit pangkat kat dalam company. jadi, semua org harap kat dia. bos2 dia selalu bagi high expactation kat dia. selalu ingat dia boleh handle semua keje. padahal dia kate, dia dah macam nak mati tanggung semua tu. tension dgn bos.. tension dgn staff.. tension dgn client.. tension dgn kerenah kontraktor.. dia fed-up. dia give-up..
.
.
.
dia tertekan pasal relationship..
.
4 kali dia failed. tiap kali dia break, nampak dia rilex giler. macam takde perasaan. macam tak sedih. tapi dalam hati Tuhan je tau. semua balak dia mintak break sbb tak tahan dgn keje dia. tiap2 hari keje. takde sorg pun yg boleh faham situation dia. dia tertekan. dia suffer. dia sunyi. dia hampir phobia..
.
.
.
dia tertekan dgn kawan-kawan..
.
kebanyakan kawan-kawan dia cuma dekat dgn dia dan baik dgn dia utk kepentingan sendiri. dia geram.. dia bengang.. dia sakit hati..
.
.
.
dia tertekan sebab duduk sorang-sorang..
.
dia bosan, dia takde kawan untuk bersembang. sebab tu bila kat luar dia macam orang tak pernah bercakap setahun! tak berenti bercakap.
.
.
kesian dia..
.
.
selama ni dia pendam semua sendiri. takde siapa pun peduli. sampai satu tahap, dia dah tak mampu nak simpan lagi..
.
.
dan dia luah semuanya pada aku. depan aku..
.
.
sambil cerita kat aku, sambil sedut2 hingus, sambil kesat leleh air mata, sempat dia buat lawak..
.
.
"kau tau.. hampir2 je aku fikir nak terjun dari rumah aku tau. tension giler !!"
.
.
sambil gelak2 dia kata gitu.
.
.
dan aku terkedu..
.
.
sebab.. setahu aku..
.
.
.
.
.
..
.
rumah dia tingkat 18 !!!!!
.

10 comments:

s a L o m a said...

orang yg paling banyak ketawa adalah orang yg paling banyak masalah sebenarnya..

orang yang paling tabah adalah orang yang dah banyak kali menghadap tekanan demi tekanan tapi tak pernah mahu tunjuk.

kawan kamu plaing hebat tapi dia masih perlukan sokongan.tak banyak,jadi kawan yg sanggup share susah senang sudah cukup.

pesan sama dia,dia tak seorang dalam hal ni..

vidadarisakura said...

yeah!

betul!

ciK LyndaWawa said...

wei..
sape budak yg ko maksudkan ni haaa?
aku kenal tak?

a.b geldofg said...

prangai2 bos2 kt malaya lbih kurang macam firaun......malah sprt tuhan....

Anonymous said...

dasyat2..

tp memg pn..
bkn semua org leh cite mslh dia kt org..tp lame2 smpn pn bahaya gk..
kire cik dijot ni pn betuah gk laa sbb dia becite ngn cik dijot mslh dia..tu mknanye dia memg pecayakn cik dijot...

Kapten Luffy said...

betul... ada org yg memang mcm tu...

A a D i I ? said...

cabincrew are here not to kiss ur ass,
insya-Allah..



vidadarisakura,
eh, ape yg btul?



LyndaWawa,
hmm..itu yg kita x pasti..
lalala~



ab geldofg,
yep, btol..
tp x smua mcm tu.



ieNn,
sy bole dipercayai?
hmmm..itu satu kredit.
hoho



Monkey D Luffy,
sikap manusia ada mcm2..

Anonymous said...

aku rase aku tau sape yg dimaksudkan...
aku kenal sgt org tu...
n aku pun kenal die dr f.1 untill now...
the background story of your fren is just like mine...
rasenye org yg same nih...
i know i am absolutely correct....

Cik-MeGa said...

kawan ketawa mmg sng nk cri, kwn mengs mmg tade..
do take care of her...

A a D i I ? said...

akutakdeblog,
same? adakah kita berbicara org yg same? hmmmmm....
berlaku kekeliruan disitu.
lalala~


MeGa,
nama pun hidup..