Monday, July 20, 2009

spill 11: berlari lalu jerit.


gambar takde kaitan. sekadar menyemak semata2. macam dah lama pulak tak bubuh post bergambar. hehh! tapi kasut dan kaki dan seluar itu milik peribadi. kepunyaan sendiri. entah siapa ada tanya. saja suka2 mau bagitau. biarlah. hehh lagi skali!

semalam. minggu ke-3 turun kl. penat. badan sakit. tapi takpe. nama pun berkorban. susah dulu senang kemudian. cewahh! ayat nak poyo.

berulang setiap minggu dari jb ke kl memang cabaran la buat aku. *aku pedulik ape kalau orang lain kata dia tak heran.* aku kata cabaran sebab aku tak biasa ke sana. seumur hidup tak sampai 10 kali pun aku jejak kaki ke tempat yang namanya kl tu. kalau ada pegi pun atas urusan keje. tak penah lagi pegi setakat nak poya2. *kesian. betul2 macam katak bawah gelas. nampak tapi jarang pegi*

dan yang paling mencabarnya ialah, aku tak tahan naik bas dengan perjalanan jauh. mabuk! setakat ni aku masih berjaya kekalkan rekod mesti-muntah-tiap-kali-naik-bas-ke-kl. kepala pening. perut rasa bergelodak. berputar2. terasa-macam-tengah-buat-pesta-bunga-api-kat-dalam. tengkuk lenguh. mata berpinar. kalah orang mengandung 2 bulan. adeii laa.. tu yang paling tabole tahan.

sila jangan muntah bila baca entry ni. kalau rasa nak muntah jugak, sila berenti baca kat sini. hehh!

sekarang ni aku tengah pikir dan timbang2-kan. bole ke aku bertahan dengan 'mabuk darat' ni sepanjang sem or paling tepat, sepanjang 3 tawun setengah akan datang? macam mana pulak aku nak mengadap menda2 gini time bulan pose nanti?


aisehh.. tetiba terasa macam nak putus asa lah!


10 comments:

Anonymous said...

owh patut ler sepi aje..kecian ko Aadil !!! take care..!!!
nnti boleh arr aku tmnkn ko hee~

QasehessaL said...

xpelah...plan2 kayuh.
bkn sng nk sng weh kakak!!!

sharamli said...

mkn ubat tahan mab0k

a.b geldofg said...

sesuatu yg memabukkan hukumnya haram
jadi naik bas hukumnya haram!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

wei!!

jgn putus asa syg!!

Kapten Luffy said...

mabuk darat... naik kapal terbang

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

lu kena tampal pusat ngan koyok....try test tgk....

sob said...

ape tak cari je keje kat KL..?
alang-alang kan.. start je life baru.. make new friends..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

hoho,dulu aku mcm ko gaklah,asek muntah je,tp lame2 dia jadi immune,.cume dah jadi kewajipan aku untuk tidur sepanjang perjalanan,klu tak kepala memang hang laa..

BudAk hijAu said...

loh...mabuk bas ke..?hehehe..
trn kl kasi roger la..bleh berpoya-poya...hahaha.setan dowh!