Monday, July 27, 2009

spill 13: cheq dah tau pasai pa..

selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :


aku kepenatan kerana terlebih kerja...nak tau kenapa?

di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku:

populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. jadi tinggal 20 juta orang..

dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...tinggal dalam hutan. dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll. tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan pusat serenti di seluruh negara. jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat, buat blog marathon, update blog dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah AKU SORANG yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak penat!!


jadi sedarlah sket.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!






notapenat : semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


aiseh.. takkan nak rujuk tu pun nak kena suruh aku buat jugak!!!!

10 comments:

sharamli said...

t0l0ng rujukkan

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

woooo...lu dah jadi penganalisis kepadatan penduduk plak....

lama tak jenguk lu...sihat?

qishie said...

ni sumber mana ko cekau ni?
aku rasa 1 org je buat kerja..iaitu aku.
ahaha...
ko tido kot..
:P


p/s:ko ok tak weh?lama tak dgr celoteh ko

ciK LyndaWawa igUana said...

weh..terase aku tau.....aku pun malas nak wat kejo ni...

bEEdLE d' bARd said...

erk..pening jap tgok angka byk sgt

T.u.Y.a said...

wahhhh!!bagus senget dah x senget n mengarut lagik..tapi banyak sangat no la weiii..

yang part ko sorg je wat keja tu aku nak kengkang bangkang sket..aku pun keja tau..kul 7.30 dah kena tercegat kat sek..tapi kul 1.30 aku dah balik dah..hehhehehe..keja gak tu..

P/S : Jabatan Perangkaan nak guna ramai part timer pembanci penduduk..aku rasa ko sangat2 la layak nye..huhuhuhu...

Donut said...

mrs. statistic. bley la partnership ngan membe aku neh. slalu wat statistic..kenkadang ratio semut over population per daerah pon diambil kira. ELOKLAH....

mrblind said...

mana lu kutip ni..baik bagitau cepat..

khaLifah feDi said...

patutler...aku pun terase tempiasnye Aadil..!!!

tq 'bout thiz info..!!!

A a D i I ? said...

a.k.u.p.e.n.t.o.i,
gua sehat jer beb. gua sambil2 menukun sambil2 tulis blog sesikit. tu yg jarang apdet. ehehh!





qishie,
aku ok jer cuma tahap kerajinan aku jer yg x oke. hehe..





mrblind,
aku jumpa dalam botol time cangkul tanah smlm. hua hua hua.. :p