Showing posts with label ikut suka hati ajer.. Show all posts
Showing posts with label ikut suka hati ajer.. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

pLaTiPuS-OcToPuS-KomoLOniMBuS (sila beri perhatian: tajuk tader kaitan. ngeh ngeh ngeh..)

Scene 14 - take one - roll 12.
Ready.. action !

Aku sekarang masih dalam probation period. 3 bulan beb! Jadi untuk sepanjang tempoh tiga bulan ni aku kena jaga reputasi maupun prestasi kat depan mata supervisor aku merangkap hencik-senior-QS. Even ni dah masuk minggu ke-3 aku keje kat sini, aku still rasa macam aku ni budak praktikal. Skema giler life sekarang. 8.30-5.00 memang fully-totally-skemaly (erkkk..ada ke perkataan skemaly dalam kamus oxford? Haha!) mengadap keje semata2. Hehh! Maunya tak.. sikit tader curik tulang apatah lagi nak makan tulang. Hurhh?? Peribahasa apakah ‘makan tulang’ tu? Apaper jer laaaa… ditambah pulak lagi, tempat duduk senior aku tu kat belakang aku ni jer. Mana-nya tak mati kejung aku dibuatnya. Kalo laa ada award staff paling rajin, aku rasa aku bole masuk pencalonan la. Haha!

(Sebenarnya nak kata.. tu pasal laa aku jarang ngapdet blog maupun up entry baru. Apatah lagi nak buat blog marathon dan jugak blog hoping. Jadi, sila beri perhatian dan ambik kesah. Wakaka!)



Okeh, cut! Next scene..





Scene 28 – take 15 – roll 4.
Ready for take.. action!

Tetiap hari aku pegi & balik keje, aku akan lalu jambatan-rentas-muara-sungai-bertembung-laut (jambatan permas jaya jer pun sebenarnya). Takde ape yang canggih pun kat jambatan ni cumanya aku suke view dia. Bila toleh kiri, nampak muara sungai. Bila toleh kanan, nampak laut. Tiap2 pagi tengok dan hirup udara laut (nota: aku tak suke pakai air-cond tiap kali drive) memang feel lah. Rasa semangat jer nak mula keje. Bila balik keje pulak, tengah otak penuh-padat-sendat dengan keje, layan view laut-air-pasang-surut memang cool giler lah aku cakap. Hilang semua rasa sesak otak. Memang layannn…

(Sebenarnya nak kata, aku rajin pegi keje. wakaka!)



Cut! Last scene..





Scene Final – take 6 – roll (errr..roller coaster aci tak?)
Everybody take your position.. ready for take.. Action!!

Part ni aku tak berapa suke. B4 this aku penah bagitau kan yang aku dipanggil dgn nama Siti untuk urusan2 formal/keje. Tapi masalahnya, kat sini dah ada staff yang dipanggil dengan nama tu jadi terpaksa la panggil nama lain. Tapi aku tak tau nak suruh diorang panggil aku apa. Bila diorang tanya, aku sebut nama penuh then cakap, “panggil jer la apaper..” Aku memang jarang or hampir tak pernah dipanggil dengan nama secondeur (ape-ke-bahasa la ko guna ni weh?) aku tu. So, sekarang ni diorang panggil aku dgn macam2 nama. Ada panggil aku Siti. Ada panggil nama secondeur aku. Ada gelarkan Katt. Ada yang panggil Dijot. Ada gak yang nak bagi gelaran Katty. Adeii…tolong laa!! Aku sangat2 menyampah dengan nama Katty tu. Rasa macam nak sound jer orang2 yang panggil aku dengan nama tu. Tapi kalau tak, nama apa diorang nak panggil ekk?? Takkan nak suruh diorang panggil Aadii kot? Gilerr! Tu kat blog bole arr.. Tak pun Ija (wowowowoo..tolong ler.. aku takkan guna lagi dah nama ni). Deja moss? Dij? Jaja? Didi? Iti? Titi? Jarum Peniti? Haha! Tapi kalau panggil Hadi pun nampak macho gak ekk? Wakakaaa.. apaper jer laa labuuuu… :p

(Sebenarnya nak kata, cuba korang bagi idea sket apa nama panggilan yang seswai untuk aku. hoho~)



dah dah. pilem dah abis. pi buat keje.. :p

Saturday, May 9, 2009

TiGa daLam SaTu

mimpi.

semua orang penah mimpi. macam tu jugak aku. tawun lepas aku dah mimpi. bulan lepas pun aku mimpi. minggu lepas aku mimpi jugak. semalam pun mimpi. malam sebelum semalam aku mimpi lagi skali. dan malam tadi aku mimpi lagi.

apa mimpi tu? ada orang kata mimpi tu cuma mainan tido. ada jugak yang kata mimpi tu betul2 akan jadik kenyataan satu hari nanti. ada yang kata apa yang kita mimpi tu sebenarnya bertentangan dengan apa yang akan berlaku dalam realiti kita. ada yang percaya mimpi tu satu petanda.
petanda apa? entah.

cuma bagi aku, kadang2 apa yang aku mimpi, mampu men-saiko life aku untuk sepanjang hari. kadang2 untuk tempoh 2-3 hari. kadang-kala berhari2. pernah jugak dia punya saiko sampai makan minggu. sampai laa aku mimpi yang lain pulak.

aku gila? entah.
aku percaya mimpi? entah.
aku taksub pada mimpi? entah.
apa maksud mimpi? entah.



dan..
mimpi tetap mimpi.



tapi kalau mimpi yang sama / yang hampir sama ulang banyak2 kali aper story??




******************
.
.
kat meja aku.
budak praktikal: akak, jom makan. dah lunch hour ni.
.
aku: wokey.
.
.
kat pantry.
budak praktikal: bawak bekal apa?
.
aku: ikan masak kicap jer. ambikla. abiskan skali ikan tu.
.
budak praktikal: siti, ni lauk saya ni ambik la. eh salah, kak siti. tapi macam tak sesuai la panggil akak. sebab muka tak macam kakak pun. nampak muda. macam adik2 jer.
.
aku: @#$%^&*
.
.
.
.
******************
.
.
mak: macam mana tempat keje baru? oke tak? diorang semua macam mana?
.
aku: oke mak. staff2 kat sini semua mesra.
.
mak: alhamdulillah. mak doakan semua umat Muhammad suka anak2 mak.
.
aku: alahai... itu sangat comel mak.. (dalam hati)
.

.

Thursday, April 23, 2009

HaDiaH sPeciaL uNtuK boS-Tiga-KeTuL semPeNa peMeRgiaN aKu..



: puzzle paling senang di alam semesta. tinggal satu piece jer aku nak bagi bos-tiga-ketul setel. baek kan aku? haha! :







errrrr.................... aku tak sengaja oke!
(ini bukan balas dendam lah!)

.
.
.
.

nota-kejam: doakan blog aku tak bersawang.. huhu.. okelah, sesi per-tapa-an bermula bila2 masa dari sekarang! (kejap lagi nak pulang leptop)

SebeLum aKu meMuLakaN seSi BeRTapa, maRI siNi aKu Nak Kasi PecaH raHsia..

lokasi: opis.
situasi: aku tengah sembang2 dengan opismet.


aku: eh, korang penah tengok upin ipin tak? ala yang kuar kat tv9 tu la..

opismet 1: tengok2!

opismet 2: citer ape? best ke citer tu?

opismet 3: katun tu best giler arr.. cute2 jek budak2 tu.

aku: betul.. betul.. betul.. (tiru gaya cakap upin ipin)

opismet 4: alah, suara kak ct pun dah macam upin ipin dah. pegi buat dubbing suara utk citer katun alihbahasa la kak. sure diorang ambik akak punya.

opismet 1: ha-ah la. betul betul. pegi la try buat audition kak.

aku: cisss!!!

----------------------------------



lokasi: depan rumah.
situasi: rumah baru lepas kena pecah. aku, rumet dan osmet tengah sembang2 pasal kes tu sementara polis sampai. boyfren osmet aku join skali (ni 1st time aku jumpa depan2 dgn boyfren osmet aku).


rumet: dijot, aku sedey.. cincin tunang aku ilang. uwaaa...

osmet: nasib baik kita tak simpan barang berharga kat rumah. ilang duit syiling jer la dalam 10 hinggit. kak dijot ilang apa? banyak tak yang ilang?

aku: orang ilang duit ringgit, enpon dgn mp3. nasib baik passport org dia tak kebas skali. kalau tak mau mati kutu. haiii.. tatau la nak kata apa.. speechless!

boyfren osmet: eh, suara dia macam doremon la!

aku: kurang asam!!

------------------------------------



lokasi: dalam rumah.
situasi: aku dengan rumet tengah lepak tengok tv kat hall. enpon rumet berbunyik. boyfren tipon.


rumet: sayang, nasik lemak i masak tadi ada lagi tak? sedap tak?

boyfren: ............................... (aku tak dengar dia ckp ape. korang ingat aku ada telinga spare?)

rumet: ni dijot la ni. tak tolong i masak. hehe.. dijot pulak yang dipersalahkan.

aku: oit oit! amboi amboi.. sedapnya kutuk aku yer.. (oke, aku menyampuk dia tengah cakap dalam tepon.

boyfren: ......................................... (tak dengar jugak)

rumet: mana ada budak kecik dalam rumah ni. tu suara dijot la. budak kecik apa..mak budak tu!

aku: ??????? (perrhhhh..bengang siot!)


*mungkin boyfren rumet aku tanya, "suara budak kecik mana tu..?"

---------------------------------



oke lah. korang dah paham kan? senang kata kira aku ada pekej lengkap la. da la pendek, kecik, muka macam budak skola (ramai yang cabar aku suruh pakai baju skola then merayau2 dalam skola. kira join bebudak skola la. sure tader sape syak) dan tambah lagi.. suara aku macam budak kecik! tak cayer try arr tipon.. err...nak nombor tipon aku? gugel sendirik! lalala~


sabar jer laaa.....







nota-pekej: entry ni berbentuk amaran kpd kf. oit kf, besok jgn terkejut dengar sore aku! haha..


nota-insaf: sekurang2nya aku tak bisu. alhamdulillah~ (^_~)

Wednesday, April 22, 2009

eKo ekO aH.. Eko eKo iHh..

ngantokNGANTOKngantok

NGANTOKngantokNGANTOK





"ya Allah, Kau bagila aku mejik untuk siapkan keje ni semangat lebih sket.

jangan bagi aku ngantuk.

aku mau siapkan keje ni.
.
demi leptop baru."





Aminnnnnn~




sEnsoRaNg uP enTRy maRaThoN. ni NamAnya LepaS giaN! maU sePaM?


Hidup sorang…
Buat mende semua sorang…
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang….
Makan Sorang2..
Minum pun sorang2…
Nak makan dua orang…
Tapi takut tak kenyang….

Aku yang sorang…
Bangun pagi sorang…
Tido pun sorang…
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang….

Berjalan sorang2…
berlari pun sorang2…
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah karang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2…
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2…
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2…
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang…
Kini aku masih sorang…
Esok lusa sorang lagi kot…
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi…
Aku bukannya orang-orang…
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak…
Dan aku juga bukannya orang gila…
Dan aku juga bukanlah orang jahat…
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang… macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu…
Aku bukanlah orang berada…
Aku juga bukanlah orang glamer…
Dan aku bukanlah orang ternama…
Walaupun aku hanya orang biasa…
Aku tetap orang…
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sesorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang……













nota-awalpagi: mata da ngantuk. keje blom siap. kepala da wenk. otak da senoneng. tinggal sensorang...................... makin sewel jadiknya aku ni kang! haishh..


*kredit to cik-lemon for this senget seloka. errkk..seloka ke sajak ke syair? ke pantun? apaper je lah. pinjam yek lemon.. =)

PaDahaL seManGaT kaNciL jeR. haRap poYo jeR LeBih.

sekarang dah dekat pukul 1. tapi aku masih lagi mengadap keje. huihh.. dasat aku kan? tetengah malam pulun keje lagi. betuah sape dapat aku. pekerja yang rajin dan berdedikasi. muahahaha!

oke, aku tipu. eh, tak. memang aku tengah buat keje. tapi bukan keje opis. aku tengah buat part-time QS job kat rumah. tau apa QS? tak tau? alah, takyah tau lah. tak penting. kalau nak tau jugak, gugel sendirik. kalau malas gugel, pegi tanya DPM @ dato paduka masri. mungkin beliau tau kot. haha! aku buat part-time ni sebab nak kumpul duit la ni. nak beli leptop baru. perhhh.. bersemangat waja kan aku? eh salah. ape barang waja. orang skg dah pakai ezora la. kira aku bersemangat ezora la ni. muhaha!




~abaikan mcD tersebut. hehh!~
.

.

halamak aiii.. mata da ngantuk aper citer ni? ni yang lomah kepala lutut eden. banyak lagi pulak yg blom kira. wall, staircase, roof...... blom kira lagi. BQ belum prepare. price belum key-in. besok nak submit. adoyaiii.. (hambik kau. keluar semua bahasa construction aku. huhu!)



cayok! cayok! berusahalah!!

wandepet.. wandepet..






nota-semangat-ezora: demi leptop baru, aku sanggup tak tido malam ni. cayolah cakap den! :p