Friday, July 31, 2009

spill 15: 18SX.

aku: zul, batang berjuntai sebena-nye kat mana ek? perak ke selangor?

zul: kat mana-mana pun ada..

aku: !@#$%^&*






nota18SX: aku ini naif. tak faham benda2 luar alam yang nak kena pikir dalam2 ni. jadi jangan salahkan aku kalau satu hari nanti aku aku tulis alamat begini:

no. 58, jalan kembong
taman kembong
58888 batang berjuntai
kelantan darul naim

kata tadi kat mana2 pun ada. kan?


Wednesday, July 29, 2009

spill 14: kisah angker.


tak clear? tekan-dua-kali-laju2 kat gambar. aiseh.. tu la, kecik2 tamau makan karot!



notaAngker: tuya, anak murid ko ke ni? hua.. hua.. hua.. :p




Monday, July 27, 2009

spill 13: cheq dah tau pasai pa..

selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :


aku kepenatan kerana terlebih kerja...nak tau kenapa?

di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku:

populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. jadi tinggal 20 juta orang..

dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...tinggal dalam hutan. dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll. tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan pusat serenti di seluruh negara. jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat, buat blog marathon, update blog dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah AKU SORANG yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak penat!!


jadi sedarlah sket.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!






notapenat : semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


aiseh.. takkan nak rujuk tu pun nak kena suruh aku buat jugak!!!!

Friday, July 24, 2009

spill 12: hasil meng-gugel.

Tips Agar Cepat Dipinang
Bacakan surah Yusuf pada sebekas air bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dibuat mandi selama 3 pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari juga selama 3 hari berturut-turut.




tolong senyap!


aku tengah mengaji.
(errr...malam tadi tak sempat. baca petang jumaat boleh jugak kan? masih dalam hari jumaat kira aci kot..)


Monday, July 20, 2009

spill 11: berlari lalu jerit.


gambar takde kaitan. sekadar menyemak semata2. macam dah lama pulak tak bubuh post bergambar. hehh! tapi kasut dan kaki dan seluar itu milik peribadi. kepunyaan sendiri. entah siapa ada tanya. saja suka2 mau bagitau. biarlah. hehh lagi skali!

semalam. minggu ke-3 turun kl. penat. badan sakit. tapi takpe. nama pun berkorban. susah dulu senang kemudian. cewahh! ayat nak poyo.

berulang setiap minggu dari jb ke kl memang cabaran la buat aku. *aku pedulik ape kalau orang lain kata dia tak heran.* aku kata cabaran sebab aku tak biasa ke sana. seumur hidup tak sampai 10 kali pun aku jejak kaki ke tempat yang namanya kl tu. kalau ada pegi pun atas urusan keje. tak penah lagi pegi setakat nak poya2. *kesian. betul2 macam katak bawah gelas. nampak tapi jarang pegi*

dan yang paling mencabarnya ialah, aku tak tahan naik bas dengan perjalanan jauh. mabuk! setakat ni aku masih berjaya kekalkan rekod mesti-muntah-tiap-kali-naik-bas-ke-kl. kepala pening. perut rasa bergelodak. berputar2. terasa-macam-tengah-buat-pesta-bunga-api-kat-dalam. tengkuk lenguh. mata berpinar. kalah orang mengandung 2 bulan. adeii laa.. tu yang paling tabole tahan.

sila jangan muntah bila baca entry ni. kalau rasa nak muntah jugak, sila berenti baca kat sini. hehh!

sekarang ni aku tengah pikir dan timbang2-kan. bole ke aku bertahan dengan 'mabuk darat' ni sepanjang sem or paling tepat, sepanjang 3 tawun setengah akan datang? macam mana pulak aku nak mengadap menda2 gini time bulan pose nanti?


aisehh.. tetiba terasa macam nak putus asa lah!


Tuesday, July 14, 2009

spill 10: jatuh saham. tu pun kalau ada.

arini bawak bekal. rajin kan? bekal nasik. penuh satu tupperware. habis. makan sensorang. hehh!

belen malam tadi.
nasik malam tadi.
lauk malam tadi.

pagi makan separuh. tengahari makan separuh.

sedap. oke, ini tipu besar!

ayam masak sambal. entah apa rasa. masak asal boleh. semua main aci campak. mana ada orang masak sambal bubuh sos cili campur sama sos tomato? celah mana orang buat sambal curah kicap? ada. mesti ada. kalau ada orang tanya gitu, sila jawap: AKU! nasib baik ajer dalam peti ais takde sos tiram. kalau tak pasti dah selamat aku tuang sekali. hehh!

paling sadis, biji cili bersepah merata2 dalam sambal! sape mau rasa kena appendics? mari sini biar aku ajar cara2 buat sambal biji cili bertabur!

aku. masak la apa pun. tak pernah sekali seingat aku yang lauk tu akan jadik sempurna. pada aku la. sebab aku tau aku tak ada skill dalam memasak. tak pandai masak. tambah dengan malas pulak. haihh. entah. kalau ada pun yang kata sedap, tu setakat nak sedapkan hati. mesti punya. tak payah kelentong.

teringat orang kata..

rahsia memasak senang jer.. kena tau BILA NAK MASUK APA

nampak gaya, memang semedang ajer la aku main aci campak segala benda time masak. noktah.



haihh..kenapa la mak punya talent tak turun kat aku?


spill 9: andragogi.

sabtu lepas.

apa ada kat sabtu lepas? sabtu lepas kelas aku yang pertama untuk semester pertama tawun ni. tatau rasa apa. macam2. dah lama tak jadik student. blaja. rasa macam pelik jer. pegi skola pakai t-shirt, jeans, sneakers dgn beg sandang free dari ambank. memang btul2 gaya budak skola.

aku ler tu.. :p

bebudak laen ada jer yang dressing macam nak pegi opis. macam nak pegi shopping pun ada gak. yang macam nak pegi kelas grooming pun ada. hehe.. standard dressing orang dah keje pegi skola memang macam tu. apa ada heran?

mesti ramai yang tanya, aku sambung ape. kan?

aku sambung degree. selama2 ni aku cuma ada diploma jer. umo dah lanjut camni baru la terhegeh2 nak blaja lagi. tapi tak terasa pun kot sebab ada yang dah pangkat makcik pun ada yang satu kelas dengan aku. sama2 ambik degree. kira aku tader la terlambat sangat kan? :p

bak kata lecturer aku aritu,

"kamu semua ni student ANDRAGOGI."

student andragogi tu panggilan dalam bahasa jaga hati. kalau dalam bahasa lazer nuklearnya.. STUDENT TUA!

tua? sindri mau ingat laa!! :p


Friday, July 10, 2009

spill 8: kawin.

15 minit yang lepas. opis agak riuh. biasa la kalau bos tader. memasing bukak kedai kopi. tengah aku sedap2 buat keje tetiba..


"kau baik kawin awal wan. kau kalau kawin lambat2, nanti lambat dapat anak. kalau kau tak kawin2 lagi, takde anak, sape nak doakan kau? kecuali la kalau kau banyak bagi sedekah. kau banyak keluar sedekah tak?"



perhh.. terasa aku beb! even bukan ditujukan kat aku tapi aku yang tompang dengar ni rasa tersirap la jugak. berdesup ke jantung. kalau terasa macam minum air sirap tu takpe la jugak kot.


hmmmm..mungkin aku dah patut untuk pikir pasal kawin.


okeh, kena mula carik boifren sekarang!



Saturday, July 4, 2009

spill 7: merepek!

mak kata,
"jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk"

fikir aku,
"slalu jer terbayang ular keluar dari batang payung kalau bukak payung dalam rumah. mesti diri sendiri yang paling awal mati kena patuk"

---------------


orang tua2 kata,
"jangan sambung kaki (maksudnya temukan tapak kaki sendiri dengan tapak kaki orang lain), nanti rumah terbakar"

kata aku,
"apa kaitan pulak kaki dengan rumah terbakar? kat kaki ada cas elektrik macam belut letrik tu ke?"

---------------


orang lama kata,
"tak baik langkah orang (tak kesah la langkah kaki ke, langkah badan dia ke..) sebab nanti kita ambik darah dia"

imaginasi aku,
"mesti kalau slalu langkah orang nanti jadik gemuk sebab banyak ambik darah. mesti sesape yang slalu sangat kena langkah tu jadik kurus sebab tak cukup darah. mejik-nyer kan.. langkah jer dah bole dapat darah otometik!"

---------------


orang dulu2 kata,
"jangan bagi budak kecik lalu/duduk bawah meja, nanti bila besar bantut/pendek"

rasa aku,
"agaknya dulu aku slalu main bawah meja kot. tu pasal la tak tinggi2. cett!!"









notamerepek: sedalam mana ke-relevan-an pantanglarang otai (old timer), pikir2-la sendirik maksud tersirat diorang. ada jugak certain2 yang sampai sekarang aku tak bole nak pikir tahap ke-logik-an pantanglarang diorang. still tak jumpa maksud tersirat disebaliknya.

notakerepek: time skola dulu aku antara yang slalu kena berdiri kat barisan paling depan. dasar 'rendang'! hua hua hua.. :p