Friday, January 2, 2009

KekaSiH diA DaH aDa suMoNe seDaNg Dia MaSiH TuNggu. Ahh keSiaN, BodoH beTuL diA Tu..

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang kala aku terkenang


------------------------------------------------------------------

hencik sesibu merah,
lagu ni untuk kamu. maaf. aku tak mau lagi jadi kawan kamu. untuk apa jadi kawan kamu lagi? membazir aje. dulu, kamu tak tau menilai sayang aku pada kamu. sekarang, kamu tak tau menghargai aku sebagai kawan pula. kamu tak pernah buat aku rasa dihargai. tak pernah. jadi, untuk tahun yang baru ni, aku mau buang kamu dari life aku sampai bila2. aku akan berusaha keras ke arah tu. walaupun kamu tak pernah hilang dari ingatan aku selama ni, aku akan cuba jugak. kalau aku boleh belah tengkorak ni dan keluarkan otak, aku akan buat. aku akan cuci kesemua bahagian otak aku yang ada kamu dengan clorox bleach. biar aku lupa kamu terus sampai mati. tak rugi apa pun kalau tak ingat kamu. kan? kalau aku boleh buat tukaran hati dengan sesiapa, aku akan tukar. aku tak mau lagi hati yang penuh dengan kamu ni. nanti aku boleh kena penyakit bengkak hati. aku tak mau ada penyakit semata-mata sebab kamu. buat menyusah aku ajer.

hencik sesibu merah,
kamu dah tak layak untuk aku tunggu. dan aku pun tak akan tunggu kamu lagi lepas ni. kamu boleh pegi memana sesuka hati kamu. aku dah tak kesah. kalau aku kesah pun, aku akan buat juga macam tak kesah. lagipun, kamu pun tak pernah peduli pada aku kan? kamu tak pernah pun jaga hati aku kan? jadi, peduli apa. aku akan buat apa2 sesuka-suki aku tanpa kamu. aku tamau jadi orang bodoh lagi. tak mau jadi orang dungu. aku ada otak. kamu ada otak? kalau kamu ada otak, aku rasa kamu dah boleh pk dengan waras. tapi tindakan dan cara kamu jelas menunjukkan yang kamu tak ada otak. atau mungkin kamu sangat sayang nak guna otak kamu tu. mahal sangat mungkin.

hencik sesibu merah,
aku marah. marah sangat. sangat-sangat. kalau kamu tak ulang lagi silap kamu, kalau kamu tak timbulkan lagi perkara yang paling aku benci tu, kalau kamu tak buat aku macam tu malam tadi lewat mesej2 kamu, mungkin sekarang ni kamu masih lagi aku anggap kawan. lepas kamu dah toreh2 hati aku setengah tahun kebelakangan ni, aku masih terima maaf kamu. dan kamu masih ku anggap kawan. tapi bukan malam tadi. aku dah hilang sabar sekarang. kamu ingat aku patung? aku manusia lah.

hencik sesibu merah,
lepas2 ni, aku tak mau lagi cerita apa2 pasal kamu (tapi aku tak janji. aku selalu buat silap ulang2 kalau ianya ada kaitan dengan kamu. benci betul kelemahan aku yang satu ni. payah betul nak buang). buat membazir page blog aku ni ajer. lagipun, bukannya kamu tau pun kewujudan blog aku ni. kan? dan aku tau, kamu pun memang tak mau ambik tau. jadi, jangan peduli aku~!!




p/s: oh, aku terlupakan sesuatu. terima kasih sebab sangat bangga bagitau aku yg kamu sudah jumpa cik puan sesibu kamu yang baru. dan tahniah buat cik puan itu. harap kamu bahagia lah yea. dan harap dia boleh tahan sabar dengan sikap gila kamu tu. apa sikap kamu yg gila tu? biar aku saja tau. biar aku saja simpan dalam hati. aku tak akan doa untuk kamu pergi mati sebab aku bukan manusia zalim. cuma pesanan aku, cuba la guna otak kamu sebaik-baiknya. itupun kalau kamu tak mau menyesal belakang hari..

9 comments:

Anonymous said...

uiks...he olredi ade owg len?
sgt jahat lor itu owg...
kasi pancung sama itu owg pye kapla...
but i'm guessing y does that sumone like him huh??!!!
but wutever it is...
u've got to be tough gurl...

Anonymous said...

thanx aadi..
tiap kali ku membaca entri mu..
setiap kali itu lah minda ku terbuka untuk menilai..perilaku baik buruk manusia..terima kasih aadi..

Anonymous said...

HENCIK AADII...!!

semalam aku mimpi ko lah.. tapi yang best nye tu, ko dtg bawak nombor.. aku nak beli, tapi segan ah kat kedai nombor tu semua cino.. ada laa org melayu, tapi semuanya yang lalu lalang je kat situ.. seploh minit aku usha line, tapi tetap segan,..

ape2 pun, bi hepi..!!

A a D i I ? said...

akuygkatkayell,
yep. tu la yg dia btau pada aku. baru ajer minggu lepas. iya,aku sedang usaha ni. aku mau kuat balek. tp mungkin aku terpksa ambik masa panjang.
hei kamu, aku rindu kamu lah!

Anonymous,
kamu mesti da sgt malu skg sbb slh phm. haha. lenkali tny dulu ekk. oppsss... :p

been.nak.beli.nombor.4D,
kamu mmg keji lah. berani btol kamu kaitkan aku dgn nombor 4D tu. mentang2 la keje aku asyik maen dgn nombor hari2. chiss..

Anonymous said...

uitts...hencik aadi..
kekadang org x menilai sesuatu sehinggalah dia kehilangan sesuatu itu...
so, biarkanlah dia terbang bebas dengan cik puan sesibunya yg baru itu...mungkin itu yg dia rasakn terbaik tuk dia buat masa ini..doakan yang terbaik tuknya..sudah terbukti dia bukan yg terbaik tuk kamu..
just keep this in ur mind, lelaki yg soleh adalah tuk wanita yg solehah..mungkin si dia yg kamu tunggu itu akan muncul di saat yg kamu tak duga...dan mungkin juga dia hanya di depan mata...pray to Allah. He knows what is the best for u, for me and everyone...

p/s: aku kenal kamu dan kamu kenal aku..saje malas nk reveal identity...haha...

Anonymous said...

buang yg keruh,amik yg jernih...
yg lepas..biarkn belalu..
jgn di ingt lagi perkara2 yg membuatkn kita sakit ati...
xde paedah pn..

p/s:dalam idup kite ni byk perkara yg xdijangka...

A a D i I ? said...

cik rerama terbang tinggi,
sape ekk? seyesly aku tabole nk pk sapekah kamu..

ienn,
iyer..baeklah. tapi sekarang musim hujan/banjir n air sume tengah keruh, cemane tu? kakaka... :D

Anonymous said...

aku stuju dgn entri kamoo ini..

biakan sesibu pergi.. akan wujud merpati suci untuk kamoo..

happy2 ya ..

A a D i I ? said...

idioteQue^,
merpati suci? TAMAUUUU !!!
ku bukan lesbo mawu sama itu merpati (disini ku anggapkn merpati suci tu seswai jd ganti diri utk sorg pmpuan yer, bukan lelaki)..kalo gagak ok gak kot.. kakaka.. :D