we need some motivation fast
forever needed to the last
but after sometime we dont see
things could be better off to be
.
.
Sungguh! hencik masa tu bole membawa seribu satu perubahan bermacam gaya..
Bila aku duduk2 dok bawak renung2 dalam2 diri ni,teringat aku kenangan2 lalu. macam2 gaya ~ terbalik-terlungkup-terlentang-terbaring-terlingkup-tersungkur. macam2 rasa ~ masam-kelat-pahit-manis-payau-masin. macam2 cara ~ duduk-berdiri-sujud-berteleku-bertatih. hampir semua aku dah rasa. paling aku ingat kenangan masa kecik2. masa zaman2 aku baru nak kenal dunia. nak sebut ABC. nk kenal 123. nk tau Alif-Ba-Ta. nk belajar mengira-mengeja-menyebut. zaman2 aku 'suci bersih' dari segala ke'keji'an. hehe.. zaman2 aku cuma tau nk main jer. hepi riang ria spjg masa..
.
.
coz its what i believe!
not so simple as it seems to me
it's what i have to do
possibilities!
never makes me feel good anyway
thats why i have to stay
and move on, to carry on
.
.
Sebab kehidupan ni tak adanya pernah sunyi dari segala macam benda susah senang, serba-serbi cukup nak bg hidup ni penuh warna-warni..
Fasa jadi student skola menengah sekaligus jadi budak hostel memang betul2 buat life aku tambah jdik colourful. segala suka-duka-pahit-manis life terkumpul kat sini. time ni la aku blaja solat berjemaah. kenal qiyamulail. ikut rutin baca surah yasin tiap2 malam jumaat yg kdg2 berselang ngn ceramah. blaja solat tarawikh bila tiba bulan ramadhan. kongsi sama2 makan nasi kawah. duduk-tinggal sebilik ramai2 satu dorm. prep. bilik tv. sick bay. study room. outing. inspection. fire drill. rentung. skodeng. fly. kat sini la aku blaja jadi orang. or sbnanyer tak bape nak jdik orang sangat la sbb kenakalan aku time tu. slalu jek langgar law skola ~ tak lipat tudung. kua hostel tak pakai stoking. cabut prep. cabut assembly pg esp. ari senin. tuang kelas (tapi aku x penah ponteng skola. cuma ada kelas2 yg aku menyampah abis jek aku tuang. lepak kat library sensorang). penah panjat pagar skola sebab nak ponteng latihan rentas desa. rosakkn reta skola ngan gunting buku library. tak buat keje skola. teringat masa zaman aku jatuh-tergolek-tersungkur. trial I-SPM. result: SAP~!!. gara2 tak lepas syarat 6 subjek lulus. subjek elektif aku hancus-bungkus abis. prinsip akaun jer lepas. add maths+fizik+kimia+bio ~ sume lauk-masak-kicap. failed tahap terbenam dalam tanah terus. dan yg buat lagi haru, bila nama aku jatuh kat no. 123 drp 126 org student form 5. ngeee...mmg tahap tergolek-tersungkur-terlungkup abis2an. tatau la ape nak jadi kat aku time tu. tapi lepas tu la aku rasa nyesal ngan ape yg aku dah buat kat diri sendiri. dan sket2 aku pelan2 tarik-paksa-bawak diri ni ke jalan yg btul. dan nasib baik masih sempat. masa result spm kua, aku still bole tarik senyum sampai lepas telinga sebab berjaya gak dapat pangkat 1 even aggregate angka belas2 la gak tapi still oke kot sbb x cecah puluh2. tp ada kesan gak la pada diri aku skang, sebab sampai skang aku still rasa ngeri kalau orang bagi high expectation or over-estimate kat aku. sebab aku ni bukan pandai mana pun. aku biasa2 jer. i don't hv any extra-ordinary things inside. juz paksa diri lebihkan usaha.
.
.
HERE WE GO AGAIN!
.
.
Dan tak ada benda yg predictable dalam dunia ni..
Msuk fasa jadi student college (tak dapat masuk U sbb aku tamau masuk matrik..2 kali offer matrik aku rejek sebab tak sanggup nak ngadap subjek fizik+kimia lagi. ngeee..mimpi ngeri kalau aku amik) wat aku btul2 blaja jdik org. susah senang blaja jimat duit-ikat perut sebab tamau susahkan famili dgn yuran kolej yg mahal gler. tiap2 sem cuma brgantung hidup ngan duit loan mara. sanggup jek jln kaki 45minit g kolej. makan sehari sekali pun aci redah jer. no entertainment pun harung jugak. dan masa ni la aku study sungguh2. tamau da rasa lagi jatuh-trgolek2-tersungkur-terlungkup cam dulu. serik. seksa wooo melingkup camtu. bukan senang nak bangun. dan at last, i got ma diploma on time. oke la tu kot. even blom ada rezeki nak further degree until now. but impian tu masih ada. dan masih cuba diusahakan.
.
.
we want it back we want it all
for no mistakes and lost control
i thought i said this all before
were running straight against the wall
.
.
Hidup ni sentiasa bergerak macam roda. samada kat atas atau kat bawah, kena teruskan selagi masih diberi peluang bernafas..
Bila aku mula belajar berjinak ngan fasa chenta-jiwa-raga-jiwang-karat, memang rasa nak tergelak-terguling2 bila diingat. mane taknyer, start msuk fasa tu ms form 5. yg memang sungguh2 tak patut. yg masa tu patut2 berchenta ngan buku2 dan syllabus spm jek. hehe.. biase la..budak2 baru nak kenal dunia. kira tu try n error laa. and mmg da error pun. 3 kali try n 3 kali error! failed terbenam dalam tanah smpai skang tak kua2. sudah2 laa tu. cukup2 la tu kot nak try n nak rs error. but it's oke la kot. tak perlu kot nak berciter2 panjang lebar pasal fasa ni. memang bole putus fius. buat kusut-serabut-haru biru-huru hara otak jek. past is past. da rest is history. and memory. maybe.
.
.
confusion, conviction
its too hard to take part
all the lies, alibies
its flowing inside my head
.
.
Ada orang kata, hidup ni macam cuaca. kalau semalam panas terik, tiba2 hari ni turun hujan lebat. dan dalam tak sedar juga, dalam kita basah lencun dengan hujan, tak disangka2 muncul pelangi yang cantik. dan waktu tu, kita tersenyum sendiri. gembira..
Dalam hidup aku, kadang2 aku rasa lost. lost in my own life. tak tau apa yg aku nak dlm hidup. aku nak apa sebenarnya? entah. tapi yang pasti, aku cuma nak rasa bahagia. bahagia dalam erti kata, rasa tenang dan lapang dalam hidup sehari-hari. gembira dengan apa yang aku buat. gembira dengan apa yang aku lalui. gembira dengan setiap takdir yang dah tertulis untuk aku di Loh-Mahfuz sana. gembira dengan apa yang aku terima. gembira dengan apa yang dah disediakan untuk aku. atau dalam kata pendeknya, bersyukur. aku mau jadi orang yg tau bersyukur dalam apa pun. tu aje. errr..ye ke? tak. ada lagi sebenarnya. aku tak nak jadi orang yang biasa2 je. tak nak jadi orang yang sederhana. aku nak jadi orang yang berjaya dalam hidup. bukan jadi orang glamer. tapi berjaya. berjaya tak semestinya glamer. kan?
.
.
coz i'm down on a mission,
to show our population,
to make sure that were getting enough
up to attraction to show our reputation,
to share what we have to say
.
.
Dan sebenarnya, yang namanya hidup tu tak pernah ada titik. kan?
Terlalu banyak yg aku nak kena fikir. macam2. dan sungguh ia terlalu memenatkan. dan rasa penat tu kadang2 buat aku macam nak mengaku kalah. menyesal dengan life ni? tak. aku tak menyesal. orang yang menyesal tu orang yang berputus asa. aku belum lagi nak putus asa. tamau. tamau jadi orang yg kalah. masti ada cara untuk lalui hidup ni. dan mesti ada pelangi dalam setiap penghujung hujan. kan? cuma kena sabar sikit jer lagi.
.
.
down to believing,
up to achieving,
something that we dont know
and try to believe what we did in the old days
IS ABOUT TO PAY!!!!
.
.
tak pasti apa yang akan berlaku kemudian.
tapi, tiap kesusahan pasti ada habuan di kemudian hari. kan?
pasti pelangi akan muncul jugak.
one fine day.
or maybe find one day.
hope so.
.
.
.
TIRED MISSION - BUNKFACE
dari isi otak si sengal ~A a D i I~: aku yang dalam fasa layan bengang bila terpaksa mem-burn-kan tiket train ke taman negara. chisstt~!!
.
.
.
1 comment:
weh lepas ni kau take over blog jiwng dr aku lah.
blog aku dah nak tutup.
:)
Post a Comment