Tuesday, June 1, 2010

spill 41: salah diajar.

Kita ni kalau doktor cakap pasal penyakit pasti takut dan ikut nasihat doktor, nak panjang umurlah katakan, biar lambat mati.

Doktor kata jalan 10,000 langkah setiap hari untuk elak penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.

Walhal Nabi Muhammad SAW dah cakap lebih 1400 tahun dulu, jalan setiap hari 5 waktu ke masjid.

Cuba kira 10,000 langkah bahagi 5 waktu ialah 2,000 langkah setiap waktu. 1000 langkah pergi masjid , 1000 langkah balik rumah. Katakan 1 langkah 0.8 meter, jadi 1,000 langkah ialah 800 meter. Maknanya kalau rumah kita dari masjid ialah 0.8 km, baiklah berjalan ke masjid, tak payah nak penat-penat jogging 30 minit setiap hari.

Jogging 5 waktu ke masjid , setiap langkah diangkat satu darjat, digugur satu dosa dan diberi satu pahala. Bermakna setiap hari naik 5,000 darjat, gugur 5,000 dosa, dapat 5,000 pahala.

Kalau jogging saja-saja dapat apa ? Dapatlah keluar peluh, kurangkan lemak.

Patutlah Guru Tasauf Tuan Haji Basiron menegur dalam ceramah dia, buat apa jogging-jogging, ada orang tengah jogging pun mati. Dia suruh kita banyakkan solat dan pergi masjid awal.

Jangan lupa kita ni tiap lebih kurang 20 minit malaikat Maut datang ziarah kita , tengok jadual mati kita dah sampai belum.

Kalau Kementerian Kesihatan anjur kempen 10,000 Langkah maka Majlis Agama Islam atau JAKIM sepatutnya anjur Kempen 10,000 Langkah ke Masjid setiap hari untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

1 comment:

joven said...

hi, you have nice blog.. u can view also mine..http://akoniwares.blogspot.com