Sunday, June 14, 2009

spill 2: jamban bikin spoil.

aku rasa macam nak karate2 jer bilik air umah aku ni. dah jadik macam swimming pool dah dia punya tahap sumbat. geram betul! lagi tambah malang, tu jer la satu2nya bilik air yang ada kat umah aku. situ la tempat mandi. situ la tempat basuh baju *note: kitorang basuh baju guna tangan yer. sangat rajin kan kitorang? :p* situ la tempat berak. situ la tempat kencing. situ la tempat.. ah sukati lah nak buat aper pun dalam tu. cuma takat ni blom ada lagi yang masak or tido dalam tu. kalau ada, memang bingai!

petang tadi aku mandi plus basuh baju skali. tader la banyak mana pun baju nak dibasuh. tapi disebabkan bilik air yang sumbat tahap dewa19 tu, tak pasal2 daripada aku bole setel mandi dalam masa sejam, terpaksa abiskan 2 jam baru siap mandi. lagi sejam tu takat dok termenung jer dalam tu nunggu air turun. haishh..menggelegak jer rasa. nak2 bila tengok air turun macam belen2 baby punya kencing. aku syak kalau siput khinzir lalu kat sebelah air tu aku kompem dia pun bole senyum kalau tengok tahap air tu turun.

dengan rasa tak puas hati, lepas mandi tadi aku siap2. start enjin pastu bedesup pegi kedai hardware. round punya round aku jumpa asid untuk clearkan saluran sumbat. cantek. tak pikir panjang aku beli terus. pastu terus balik. dengan semangat berkobar2, aku terus jirus asid dalam floor trap. perhh..berasap floor trap tu aku kerjakan. tambah lagi dengan bau terbakar. makin cantek. aku dah start senyum2 sensorang.

aku tunggu 2 minit. lepas tu jirus air banyak. bajet bole clear. jirus pertama oke. jirus kedua aku dah mula nampak tanda2 usaha aku tak berjaya. jirus lagi separuh, terus jadik swimming pool. ciss! menyirap betul aku nengok. takpe2.. aku cuba lagi. baca lagi instruction kat botol. owhh, patut la tak jalan. kena tunggu 10-15 minit baru jirus air. okeh, semangat datang balik.

aku repeat semula yang aku buat tadi. lubang floor trap berasap2. yeahh! aku suka. lepas tu tunggu dalam 10-15 minit. eksaited aku tunggu jam. lepas dah 10 minit, aku suruh rumet tuang air. cukup 3 kali jirus pakai baldi, air naik balik. jadik kolah. haihh..tensen. formula tak jadik. aku fedap.

malas nak pikir lagi. aku on pc. cucuk broadband. masuk password. click connect. update blog. layan tenet lagi syok dari layan jamban!



18 comments:

asis said...

bwk bertenang ye cik adek

T.u.Y.a said...

bilik air ko dah expired kot senget..
sabo2..jngan marah2..
jamban itu memang jamban..mangkok betul..

eliza said...

tak apa,esok masih ada..bleh cuba lg..

selamat berjaya utk ko..hehe

aloy_paradoks said...

giler la lu,,,, stylo beb,,, kisah jamban pun jadi entry..

bEEdLE d' bARd said...

panggil la org dtg btolkan..huhu..

Dato Paduka Masri said...

woi... beli pump la.... pump floor trap tu... atau beli hand glove getah then ko korek pakai tangan... floor trap tu bukan kecik sangat pun....

mrblind said...

ceh..dengan jamban pun mengalah..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

jamban lagi.....

Monkey D Luffy said...

carilah abang2 plumber ker

najwa hazirah halmi said...

sokong kapten...carik plumber...;)

penjenayah merah jambu. said...

hahaha..samelaaaaaa!
ritu baru je buat projek gunting rambut adik2 dlm bilik air,rambut2 tu tak pungut men simbah je..amekkkk,skang klu nk mandi kene slow2.tensen gila,kalu tak air naiklah..adeh..mao dibuat apa ni?bek layan blog..kan..kan..

Donut said...

tue la..buang tisu merata-rata..kan da sumbat.
lalalal~

ayampinko said...

hari ini jamban telah mengalahkan nko.. tulis dalam diari k..
cari owang betulkan..ader yang sumbatla tu..bukan mahal pun paling mahal pun 100 jer..

A a D i I ? said...
This comment has been removed by the author.
osmet bilik sblah said...

sabo jela yer cik kak..tensen mmg tensen..dok ngadap jamban yg banjir stiap ari.lm2 blh jd kolam renang kt c2..hehe

A a D i I ? said...

asis,
ni da tahap bawak bertendang da ni. hoho~




T.u.Y.a,
memang jamban aku ada mangkuk. mangkuk tandas. terer la ko teka. wakaka!






eliza,
aku da malas nk cuba. besok2 aku bikin mandi swiming pul jak. haha!





aloy_paradoks,
ni namanya entry bengang kat jamban. haha!






bEEdLE d'bARd,
nggak ada ongkosnya pak!






Dato Paduka Masri,
ko tolong bikin la. bole? :p






mrblind,
ko la tolong setelkan masalah aku ni. tensen gilo da ni!






a.k.u.p.e.n.t.o.i,
aku syak skang tengah musim jamban la pentoi. haha!






Monkey D Luffy,
errr..ko pandai bab2 plumbing tak kepten? bole aku book ko. hehe~




najwa hazirah halmi,
meh, ko tolong aku setelkan malasah jamban aku nih. angkut skali ko punya kepten tu. haha!







penjenayah.merah.jambu,
haha! sama nasib la kita.. mandi swiming pul hari2..







Donut,
bukan tisu la. buang spender dlm floor trap. wakaka!







ayampinko,
ko sapot aku la ayam. amcam? :p






osmet bilik sblah,
jgn mandi guna byk air weh! haha!

eiza in the house.. said...

sabariah k..

apelah yg ko sumbat dlm tu la senget..

A a D i I ? said...

eiza,
aku sumbat SABARUDIN dalam tu la weh. tu pasal sumbat. haha!