Sunday, June 14, 2009

spill 1: ini sekadar sampah.

dunia berubah. alam berubah. kehidupan berubah. manusia berubah.

"kenapa kamu dah berubah? perlu ke berubah?" tanya wartawan kepada artis baru yang pada asalnya berpakaian sopan tapi semenjak nama melonjak naik dah mula pakai seksi. dedah sana dedah sini. "saya tak berubah. saya masih macam dulu. cuma saya lebih matang sekarang dalam mengikuti perkembangan fesyen semasa. saya mau menjadi icon kepada remaja sekarang" jawap si artis dengan gaya konon2 naif. ("matang la sangat. tu namanya bingai!" kata si wartawan sekadar dalam hati.)

"icon yang macam mana yang kamu nak ketengahkan kepada remaja di luar sana?" tanya wartawan lagi. sambil gelak manja si artis membetul2kan baju dan rambutnya sambil kata,"icon remaja yang periang, matang dan berani. saya rasa dengan style pakaian saya yang dulu, saya nampak hambar dan bosan. tapi dengan gaya yang sekarang, saya nampak lebih hepi. ramai orang puji penampilan saya yang sekarang. abang, sebagai seorang public figure, kita kena berani bang. saya ubah fesyen ni pun kerana saya berani. berani mencuba. berani untuk buat sesuatu yang baru. yang lain dari kebiasaan. baru la orang respek kat kita. betul tak bang?". si wartawan buat muka bosan.

dah2. aku merepek! meh balik ke tajuk asal.

mesti ada yang pelik kenapa aku ubah layout ni semua. ni bukan tujuan publisiti. aku cuma dah bosan. aku saja buang column c-box. sebab aku jarang respond orang yang tego aku. aku tamau buat orang kecik hati so better aku delete. kaler yang aku pilih pun semua dull. saja bagi orang bosan nengok blog aku. haha! buruk perangai.

perubahan ni pun sempena bakal berubahnya life aku lepas2 ni. sebenarnya, aku dah dilamar dan aku dah pun selamat terima lamaran tu semalam. jadi, mulai hari ni.. i'm a full time worker and a part time student. ape ko ingat aku kena lamar untuk kawen ke? haha!

bulan julai ni aku start blaja. keje kat johor. study kat kl. bukan menda mudah. lots of sacrifices. tambah lagi aku tader penaja. ada sesape nak taja aku? duit keluar macam air. belum start blaja lagi pun duit laju jer abis. aku tau, ramai jer yang camni. keje sambil blaja. keje kat penang, study kat kl. study kat perak, keje kat pahang. mesti ada yang kata, "hek-ele..kecoh ar lu". dan aku pun jawap, "eh, sukati gua la nak tulis aper pun.." aduyai, merepek lagi.

kalau nak diikutkan, memula aku pikir nak delete jer blog yang ada ni. dah malas nak update plus nak jenguk blog orang lain. tapi bila pikir2 balik, sayang la pulak. sebab aku suka membebel. aku suka merapu-merepek-meraban. kalau aku delete, nanti aku gian pulak nak merepek. *ko tulis macam sampah*

mungkin gaya penulisan aku lepas2 ni pun akan berubah. aku nak buat blog ni macam diari. diari? haha..kelakar. *sejak zaman bila pulak ko ada diari?* oke lah, tarik balik. aku tak buat macam diari. tapi aku akan throw & spill apaper jer yang terlintas kat kepala aku. peduli la orang nak baca atau tak. kalau ada orang menyampah, sukati. kalau ada orang tak ske, sukati. kalau ada orang bosan, sukati. dan aku pun ikut sukati aku nak tulis ape pun. *lagi skali ko tulis macam sampah. sekadar sampah semata2. takde isi*.

sekian entry sampah untuk hari ni.




14 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

uh..ko pn dah nampak matang....kt dlm mimpi aku je la...

T.u.Y.a said...

berubah...
semoga ko akan berubah jadi lebih tinggi sket senget..pastu suara ubah jadi garau2 sket..mcm sore GB kat sek aku tu..ngeh ngeh

♥chentaMAYA™ said...

manusia!
sume ley berubah!
esk baek.
xmustahil luse jahat.
hee~

Lionel Azry said...

itu je kisah ko? :P

besi said...

hmmmm menarik,,,,,,,,,,,

eliza said...

tahniah2 atas lamaran yg ko terima tu.. blajar rajin2 ya dik...hehehe

Monkey D Luffy said...

hitam gak layout ni

Donut said...

lagi kuat merepek~
huhuh~

asis said...

throw aje
thats ur blog

KugiranJiwa said...

Semoga berjaya....cik dijot ..dia tak hot.. tapi dia kooooll....

the Jackal said...

nanti singgah blog amek award

ieNn ZaZa said...

nnt mai kl leh kit dating sesame..heeeee

A a D i I ? said...

a.k.u.p.e.n.t.o.i,
ko mimpi aku pentoi? uishh..ko jgn mcm2. haha!





T.u.Y.a,
cisss!!! kang jadik ala2 kingkong la pulak. hehe..





chentaMAYA,
hurhh? esok baek, lusa jahat, abis arini jadik ape? haha!






saruk,
ha-ah. tu je. so? :p





besi,
ko dah tukar jadik besi berani ke dok men tarik2? :p






eliza,
mekasih kakak. baek..adik akan blaja rajin2. hoho~






Monkey D Luffy,
ko nak kate tader perubahan la eh? bagus! ko memang peka la kepten. :p






Donut,
jom join makan kerepek!






asis,
baeklah!







KugiranJiwa,
mekasih.. mekasih.. :p







the Jackal,
hurhh? award apekah ditengah tawun?






ieNn ZaZa,
ko blanje!! aku on jer. haha!

bad said...

so every wiken ko gi kl ek?yg ko ckp de kursus tuh sbnrnye ko gi klas ek kat kl?