Sunday, December 28, 2008

pergi jauh dariku biarkanku
jangan ganggu diriku hai silamku
berat sudah ku tanggung beban diri
kelak akan ku ganti dengan senyuman
walaupun pahitnya masih ku terasa

mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
bimbing jiwaku ini diri yang lemah
oh Kasih-ku
selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku

selamat tinggal silamku..

kelak akan ku ganti dengan senyuman
mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
bimbing jiwaku ini diri yang lemah
oh Kasih-ku
selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku

pergilah silamku
pergilah silamku
pergilah
pergilah silamku..

Di HaRi peRTaMa 1430 HiJRaH


Ya Allah Ya Tuhanku
Jika Kau kurniakan aku umur yang panjang
Tapi sepanjang usiaku, aku habiskan pada perkara-perkara yang sia-sia
Maka, Kau ambillah semula
Kau tinggalkanlah aku umur yang sedikit
Yang aku penuhkan dengan amalan-amalan yang takwa

Ya Allah Ya Tuhanku
Andai ditakdirkan ajalku sampai hari ini
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Kau matikanlah aku dalam keadaan beriman kepada-Mu Ya Allah
.
.

Amin ya rabbal alamin..
.
.
.
nota kaki:
azam? tak. ni bukan azam. tapi lebih kepada peringatan utk diri sendiri. moga tahun baru ni lebih baik dari tahun-tahun yg lepas. insya-Allah..
.
.

Saturday, December 27, 2008

Mimpi !!
malam tadi. indah.
ada bahagia di dalamnya.
tapi..
argghhhh..SHIT~
kau cuma mimpi.

p/s: hencik sesibu merah, kenapa dah hampir setawun aku tak tengok kau tiba2 malam tadi kau datang? datang dengan senyum manis. bagi aku harapan. jangan jadi kejam wahai hencik. ia buat aku sakit taw. walau cuma dalam mimpi.


dari isi otak si sengal ~A a D i I~: wahai hencik, pegi jao2 laa kalau da mati rasa tu dalam hati kau. aku da penat taw tak??

26122008

arini aku sakit hati.
dan bengang.
dan penat.
dan
.
titik.



ISO, KaU bUaT aKu beNganG!


kadang2..bila otak da x bole nk pusing..kadang-kala manusia akn hilang pertimbangan..

feel lonely..alone..loneliness..

hate dis feeling...

lost..missing....



rilex la..
kita ada kwn lg..
still got family..
pk from da positive part..
oke?
we r not alone..
we just feel that becoz we got nobody by our side..
ask how we doing n whatsoever..
rilex lady..



ni yg rs btul2 nk nangis ni..hailaa....


jgn la nangis..
nothing to be cried about
it not worth it
even a single tear
be strong ~!!



but.. things are easier said than done..

.
.
dari isi otak si sengal ~A a D i I~: tadi sebenanyer nak post menda laen. tapi da lupa. so, copy-paste je menda ni. apaper je laa.. ada aku kesah? ^_^

Friday, December 26, 2008

LaGu iNi DiPangGiL MiSi yG peNaT

we need some motivation fast
forever needed to the last
but after sometime we dont see
things could be better off to be

.

.
Sungguh! hencik masa tu bole membawa seribu satu perubahan bermacam gaya..
Bila aku duduk2 dok bawak renung2 dalam2 diri ni,teringat aku kenangan2 lalu. macam2 gaya ~ terbalik-terlungkup-terlentang-terbaring-terlingkup-tersungkur. macam2 rasa ~ masam-kelat-pahit-manis-payau-masin. macam2 cara ~ duduk-berdiri-sujud-berteleku-bertatih. hampir semua aku dah rasa. paling aku ingat kenangan masa kecik2. masa zaman2 aku baru nak kenal dunia. nak sebut ABC. nk kenal 123. nk tau Alif-Ba-Ta. nk belajar mengira-mengeja-menyebut. zaman2 aku 'suci bersih' dari segala ke'keji'an. hehe.. zaman2 aku cuma tau nk main jer. hepi riang ria spjg masa..
.
.
coz its what i believe!
not so simple as it seems to me
it's what i have to do
possibilities!
never makes me feel good anyway
thats why i have to stay
and move on, to carry on
.
.

Sebab kehidupan ni tak adanya pernah sunyi dari segala macam benda susah senang, serba-serbi cukup nak bg hidup ni penuh warna-warni..
Fasa jadi student skola menengah sekaligus jadi budak hostel memang betul2 buat life aku tambah jdik colourful. segala suka-duka-pahit-manis life terkumpul kat sini. time ni la aku blaja solat berjemaah. kenal qiyamulail. ikut rutin baca surah yasin tiap2 malam jumaat yg kdg2 berselang ngn ceramah. blaja solat tarawikh bila tiba bulan ramadhan. kongsi sama2 makan nasi kawah. duduk-tinggal sebilik ramai2 satu dorm. prep. bilik tv. sick bay. study room. outing. inspection. fire drill. rentung. skodeng. fly. kat sini la aku blaja jadi orang. or sbnanyer tak bape nak jdik orang sangat la sbb kenakalan aku time tu. slalu jek langgar law skola ~ tak lipat tudung. kua hostel tak pakai stoking. cabut prep. cabut assembly pg esp. ari senin. tuang kelas (tapi aku x penah ponteng skola. cuma ada kelas2 yg aku menyampah abis jek aku tuang. lepak kat library sensorang). penah panjat pagar skola sebab nak ponteng latihan rentas desa. rosakkn reta skola ngan gunting buku library. tak buat keje skola. teringat masa zaman aku jatuh-tergolek-tersungkur. trial I-SPM. result: SAP~!!. gara2 tak lepas syarat 6 subjek lulus. subjek elektif aku hancus-bungkus abis. prinsip akaun jer lepas. add maths+fizik+kimia+bio ~ sume lauk-masak-kicap. failed tahap terbenam dalam tanah terus. dan yg buat lagi haru, bila nama aku jatuh kat no. 123 drp 126 org student form 5. ngeee...mmg tahap tergolek-tersungkur-terlungkup abis2an. tatau la ape nak jadi kat aku time tu. tapi lepas tu la aku rasa nyesal ngan ape yg aku dah buat kat diri sendiri. dan sket2 aku pelan2 tarik-paksa-bawak diri ni ke jalan yg btul. dan nasib baik masih sempat. masa result spm kua, aku still bole tarik senyum sampai lepas telinga sebab berjaya gak dapat pangkat 1 even aggregate angka belas2 la gak tapi still oke kot sbb x cecah puluh2. tp ada kesan gak la pada diri aku skang, sebab sampai skang aku still rasa ngeri kalau orang bagi high expectation or over-estimate kat aku. sebab aku ni bukan pandai mana pun. aku biasa2 jer. i don't hv any extra-ordinary things inside. juz paksa diri lebihkan usaha.
.
.

HERE WE GO AGAIN!
.
.

Dan tak ada benda yg predictable dalam dunia ni..
Msuk fasa jadi student college (tak dapat masuk U sbb aku tamau masuk matrik..2 kali offer matrik aku rejek sebab tak sanggup nak ngadap subjek fizik+kimia lagi. ngeee..mimpi ngeri kalau aku amik) wat aku btul2 blaja jdik org. susah senang blaja jimat duit-ikat perut sebab tamau susahkan famili dgn yuran kolej yg mahal gler. tiap2 sem cuma brgantung hidup ngan duit loan mara. sanggup jek jln kaki 45minit g kolej. makan sehari sekali pun aci redah jer. no entertainment pun harung jugak. dan masa ni la aku study sungguh2. tamau da rasa lagi jatuh-trgolek2-tersungkur-terlungkup cam dulu. serik. seksa wooo melingkup camtu. bukan senang nak bangun. dan at last, i got ma diploma on time. oke la tu kot. even blom ada rezeki nak further degree until now. but impian tu masih ada. dan masih cuba diusahakan.
.
.

we want it back we want it all
for no mistakes and lost control
i thought i said this all before
were running straight against the wall

.
.
Hidup ni sentiasa bergerak macam roda. samada kat atas atau kat bawah, kena teruskan selagi masih diberi peluang bernafas..
Bila aku mula belajar berjinak ngan fasa chenta-jiwa-raga-jiwang-karat, memang rasa nak tergelak-terguling2 bila diingat. mane taknyer, start msuk fasa tu ms form 5. yg memang sungguh2 tak patut. yg masa tu patut2 berchenta ngan buku2 dan syllabus spm jek. hehe.. biase la..budak2 baru nak kenal dunia. kira tu try n error laa. and mmg da error pun. 3 kali try n 3 kali error! failed terbenam dalam tanah smpai skang tak kua2. sudah2 laa tu. cukup2 la tu kot nak try n nak rs error. but it's oke la kot. tak perlu kot nak berciter2 panjang lebar pasal fasa ni. memang bole putus fius. buat kusut-serabut-haru biru-huru hara otak jek. past is past. da rest is history. and memory. maybe.
.
.

confusion, conviction
its too hard to take part
all the lies, alibies
its flowing inside my head

.
.

Ada orang kata, hidup ni macam cuaca. kalau semalam panas terik, tiba2 hari ni turun hujan lebat. dan dalam tak sedar juga, dalam kita basah lencun dengan hujan, tak disangka2 muncul pelangi yang cantik. dan waktu tu, kita tersenyum sendiri. gembira..
Dalam hidup aku, kadang2 aku rasa lost. lost in my own life. tak tau apa yg aku nak dlm hidup. aku nak apa sebenarnya? entah. tapi yang pasti, aku cuma nak rasa bahagia. bahagia dalam erti kata, rasa tenang dan lapang dalam hidup sehari-hari. gembira dengan apa yang aku buat. gembira dengan apa yang aku lalui. gembira dengan setiap takdir yang dah tertulis untuk aku di Loh-Mahfuz sana. gembira dengan apa yang aku terima. gembira dengan apa yang dah disediakan untuk aku. atau dalam kata pendeknya, bersyukur. aku mau jadi orang yg tau bersyukur dalam apa pun. tu aje. errr..ye ke? tak. ada lagi sebenarnya. aku tak nak jadi orang yang biasa2 je. tak nak jadi orang yang sederhana. aku nak jadi orang yang berjaya dalam hidup. bukan jadi orang glamer. tapi berjaya. berjaya tak semestinya glamer. kan?

.
.

coz i'm down on a mission,
to show our population,
to make sure that were getting enough
up to attraction to show our reputation,
to share what we have to say
.
.

Dan sebenarnya, yang namanya hidup tu tak pernah ada titik. kan?

Terlalu banyak yg aku nak kena fikir. macam2. dan sungguh ia terlalu memenatkan. dan rasa penat tu kadang2 buat aku macam nak mengaku kalah. menyesal dengan life ni? tak. aku tak menyesal. orang yang menyesal tu orang yang berputus asa. aku belum lagi nak putus asa. tamau. tamau jadi orang yg kalah. masti ada cara untuk lalui hidup ni. dan mesti ada pelangi dalam setiap penghujung hujan. kan? cuma kena sabar sikit jer lagi.
.
.
down to believing,
up to achieving,
something that we dont know
and try to believe what we did in the old days
IS ABOUT TO PAY!!!!
.
.

tak pasti apa yang akan berlaku kemudian.

tapi, tiap kesusahan pasti ada habuan di kemudian hari. kan?
pasti pelangi akan muncul jugak.
one fine day.
or maybe find one day.
hope so.
.
.


.
TIRED MISSION - BUNKFACE
dari isi otak si sengal ~A a D i I~: aku yang dalam fasa layan bengang bila terpaksa mem-burn-kan tiket train ke taman negara. chisstt~!!
.
.
.

Thursday, December 25, 2008

TaMbaH LaGi saTu BuKu

mari baca sama2:
Doa Awal Dan Akhir Tahun
.
.
tinggal 3 hari
dah sedia nak terima BUKU baru?
.
.

Saturday, December 20, 2008


try to RECOVER~!!

saya mau GEMBIRA semula
macam duludulu
macam selaluselalu
GEMBIRA yang betulbetul
bukan mainmain
tak tiputipu



letih la main HUJAN. nanti sakit. nanti demam. nanti banjir.
nanti semua orang susah hati.
nanti semua orang lari.
harapharap saya boleh.
harapharap saya kuat.
.
saya tengah CUBA lah ni.
doakan saya kuat balek yea !!
.
=)

Thursday, December 18, 2008

cHe RoN: saTu maLam beRsaMa kaMu~

17 Disember 2008

malam ni malam last che ron kt jb. jadi kitorg abiskan satu mlm sama2. mari folo aktiviti satu malam kitorg kat danga~

~pia,dekchom & mas posing dlm kelaparan sementara tgg che ron sampai~


~masa utk makan. kitorg mkn kat tomyam thai. disebabkan memasing dh sgt lapa, jd cuma smpt amik gamba lps mkn je. masa mkn memasing pelahap ngalahkan org afrika. haha~

~amik gamba lagi lps makan. kali ni ada yani & kwn dia sbg pemenuh ruang. haha. tak sangka yani pun mkn kat cni gak~

~tak tau la apa yg besh kt pokok krismas ni. tp mcm sume org pon excited jer nk gambo kt cni. x kesah la..layan ajer laa.. mas control ayu ngan baju kurung. keke~

~perut da kenyang. mari kita teruskan aktiviti. haa..teka kitorg nk g mane? kitorg nk g karoke. mau ikut? jom2. lalala~

~benti jap kt tepi pokok buluh b4 sampai kat tempat karoke. posing lg. ntah ape gaya tah ni. layan ajer~

~sementara tunggu booking turn nak karoke, mari kita sabotaj keta hencik yani. syhh.. diam2 tau. jgn report kat yani. mau sebulan dia mengamuk karang. hoho~

~ku yg paling pendek. diikuti che ron. haha. weehoo~

~lepas tu buat posing edisi cover lobang idung la pulak. keke. erkk..apsal che ron ngan aina laen mcm je gaya tu? korang lari tajuk la weh~

~ok, da sampai turn ntok karoke. b4 tu sempat buat posing edisi cover album tak jdik. hurhh,sape la yg jadik cameraman ni. tak pro lgsung. kaka. jgn marah che ron~

~kali ni bole la nak kate jadik. cover album untuk band kitorg. haha. nak tau satu benda? yg paling pendek kat tengah tu la vokalist nya. hoho. lalala. bia arr nak perasan. weehoo!!~
.

.
ok. lepas karoke,terus balik. time ni bateri camera da abis. so x dapat nak amik gamba utk babak seterusnya.
.

che ron, jgn sedey2 yea.
.

.

p/s utk che ron: kamu jgn lupa daku taw.. ku sayang kamu.. ^_^

Monday, December 15, 2008

iT sTiLL RaiNinG. iNsiDe~

dia dah pergi. terus. tak toleh belakang lagi. mungkin~
.
bisik hati: cik otak, aku rindu dia..
.
bicara otak: cik jiwa, aku ingat dia..
.
rintih jiwa: cik iman, aku rasa sakit..
.
suara iman: cik hati, aku dah tak kuat..
.
.
jadi?
entah.

~i don't know why they called it HEARTBREAK. it feels like EVERY PART of my body is BROKEN too~

aKu pULaNg meNunAiKan jaNJi..


~been-nelly, walaupon aku sampai time korg tgh makan berdamai, tapi korg x ajak aku makan skali kat meja tu pon. aku kecik ati taw! tp x pe,wlupon kecik ati, aku btol2 hepi sbb korg da selamat kawen. hak.hak.hak :D~
.

~been-nelly, walaupon korg hepi potong kek tu, tapi aku kecik ati jugak taw! sebab korg x bagi aku sepotong kek tu pon. aku baru je ingt nak mintak sebijik,terpksa simpan dlm ati jer. tp x pe, walaupon da kecik ati, aku tetap btol2 hepi sbb korg da selamat kawen. ho.ho.ho. :D~
.

~been-nelly, walaupon sambil potong kek tu korg berdiskusi-diskusi, aku ingatkan korg tgh diskas bape potong kek nak bg kat aku. rerupanya tak. aku kecik ati lg skali taw! tp x pe, walaupon kecik ati, aku lg skali btol2 hepi sbb korg da slamat kawen. ka.ka.ka. :D~
.
~been, walaupon ko suap makan kat nelly je, x suap kat aku pon..tp x pe..aku tetap gak btol2 hepi sbb korang da selamat kawen. ke.ke.ke. :D~
.

~been-nelly, walaupon korg kedekut x bagi aku ngan che ron duduk kat pelamin korg tu, x pe la..aku bwat2 hepi dapat berdiri kt tepi jer walaupon sbnanyer aku da kecik ati sungguh2 taw! tp aku btol2 hepi lg skali sbb korg da selamat kawen. kuang. kuang. kuang. :D~
.
~been-nelly, walaupon aku da kecik ati banyak, tapi aku sungguh2 hepi utk korg. btol2 ni taw. tak tipu. btol2 gak doakan korg bahagia ke anak-cucu-cicit-ciut. tak main2. he. he. he. :D~
.
.
TAPI
walaupon aku datang majlis korg. walaupon aku da langgar janji yg patutnya aku nak boikot majlis korg sbb ko tak bagi souvenir 'tiang jamrah' tu kat aku, tu tak bermakna souvenir tu BURN camtu je taw! aku tak kira. aku nak tuntut gak. tak pedulik.
.
HA. HA. HA. :D
.
.
.
dari aku yg kejam;
~dijot jr da C Y A N I D E NaTriuM bRoMatE ~
.
dgn ucapan;
SELAMAT PENGANTIN BARU~!!
.
:D

Wednesday, December 10, 2008

Di LoPak aiR SeteRusnYa

dia tetap berjalan. daripada hujan turun lebat pada mulanya, sampailah dah berhenti. rintik-rintik yg tadinya kasar-kasar, kemudian makin halus dan kini dah tak ada lagsung. dia masih juga berjalan. tak berhenti.
.
masa hujan turun lebat tadi, dia redah juga. masa rintik-rintik dari lebat jadi halus tadipun dia tetap juga berjalan dan sekarang dia masih juga berjalan. dia tetap berjalan dan terus berjalan. tak ada tanda-tanda yg dia akan berhenti. tanpa payung. tanpa rain coat. dia berjalan juga. terus.
.
langkah diayun. dalam basah kuyup. sambil memijak lopak-lopak takung air yg terbentuk lepas hujan tadi. tak peduli pada mata yg memandang. tak hirau pada org keliling yg melihat pelik dirinya yg lencun. tak ambil kesah pada suara-suara yg mungkin kata dia gila. mereka cuma nampak basah dirinya diluar. tapi tak siapa nampak pada basah hatinya yg masih juga dilanda hujan. yg entah bila akan berhenti.
.
dan tak ada seorang pun yg sedar. sepanjang dia berjalan sejak dari hujan lebat tadi, air mata dia juga sama lebat. sama-sama berlumba turun dengan hujan. dan air matanya bersatu dengan hujan di pipi. turun beriring dari pipi ke dagu dan jatuh ke jalan. itu yg org tak nampak. yg org tak sedar. yg org tak perasan.
.
walaupun sekarang air mata dia sudah kering, sama kering dengan hujan yg sarat ditakung awan tadinya, tapi hujan itu sebenarnya tak pernah berhenti. tetap juga jatuh terus. cumanya air hujan itu turun dalam hati dia saja. cuma dia yg tahu. cuma dia yg rasa. cuma dia. dan dia tetap berjalan terus hingga lelah. atau hingga hujan dalam hati berhenti. mana satu tiba dulu. berjalan. terus. tak henti~

Tuesday, December 9, 2008

LosT iN a waY~


I look at the sky, it looks back at me
I can't hear the silent melodies
I know that i'm here yet i am lost
Blown in confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life i used to know



.
.
.
.

MinGgu SeDEy SayE.. =(

masuk arini..dah 10 hari cik speedy tak bersama saya. dah 10 hari saya tinggalkan dia kat kg. sebab dia sakit. mungkin penat sangat sbb asyik kena ikut saya jalan sana-sini. kesian dia. kena masuk spital. saya harap dia cepat sembuh supaya saya boleh bawak dia jalan2. rindunyer sama cik speedy!! =(



mp3 saya..yg kaler putih tu. dia pon dah jatuh sakit. terlebih merajuk agaknyer. tak tau lah kenapa. mungkin sbb dah lama tak layan dia. hehari dok terperap kat opis je, dengar lelagu dlm mp3 kat lappy je la. sian kat dia. dah seminggu saya hantar dia masuk klinik. tapi sampai skg ni still blom ada apa2 berita pasal dia. cepat sembuh yer hencik mp3!! =(


lappy saya tu. dia pon da kena penyakit gak. mungkin jugak sbb dia dah penat. tak benti2 kena layan saya. tak tau la virus apa yg dah serang dia. tetiba sound dia ilang. mungkin gegendang telinga dia dah pecah kot. mati kutu jugak la saya bila tetiba idop x de hiburan. tapi saya dah anta dia g jumpa doktor. n skg dia da sehat. harap dia sehat terus n terus hiburkan saya.. kan hencik lappy kan!!


cik K750i saya ni pon da mula buat perangai mengada taik kuda dia. skg2 ni susah btol nak di-cas baterinya. geram btol. manja sungguh. nak kena godeh2 baru bole. malas saya nak layan perangai manja dia ni. lagi la malas nak bawak g jumpa doktor. sbb dia cuma berpenyakit manja!! bukan sakit kronik pon. tapi saya sedey la jugak. sbb dia da pandai merajuk. jgn la merajuk cik 750i. saya janji tak beli yg baru lah!!


modem ladybird tu. da lama tak jenguk dia. apa la khabar dia skg. harap2 dia tak majuk mcm hencik mp3 puteh sama cik K750i tuh. saya tau dia bukan spesis yg ske majuk. kan cik ladybird? tapi saya pon da x ingt kat mana saya simpan dia. last jenguk dia 4 minggu lepas kot? entahlah. alamak, balik nanti nak kena carik dia sebelum dia majuk!!





p/s: sedey laa.. barang2 saya suma da pandai majuk. da pandai kecik ati. da pandai mogok. adehh.. =(

Saturday, December 6, 2008

. . . . .

arini.. 06 Disember 2008
besday Kakak @ Fatini
yg ke - 7 tahun
.
.
HaPpY BirtHdaY KaKak~!!
.
.
.
love;
~makteh~

Friday, December 5, 2008

BiLa Kau NaK KawiN ??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia


Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (errrkk..boleh berkesan ke?)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
.

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga (haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(nyumm nyumm)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.


Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.


Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.





dari isi otak si sengal ~A a D i I~: copy-paste-edit. entry ni buat yg asyik dok tny. bosan. dgn ucapan: aku da penat la weh nk jwp soklan korang..

Heartless. Hopeless. Helpless.


Heartless.
mati hati.
mati jiwa.
mati raga.


Hopeless.
mati akal.
mati rasa.
mati cinta.


Helpless.
mati cara.
mati idea.
mati diri.

Wednesday, December 3, 2008

. . . . .

03 Disember 2008
hari nie besday si twin zahin & hazim..
HaPPy 1st yeaR BiRthDaY
.
special dedication to:
~ABANG AYIN & ADIK AZIM~

Love;

~mak teh~