Friday, August 21, 2009

spill 19: hari terakhir si-setan.

arini aku ambik cuti. saja2. tader motif. haha! buat membazir annual leave jer. ni kira pay-back la sebab aku dah buat big decision 2 hari lepas. hehh! pay-back la sgt. bukan-nyer company ada bagi cuti khas kat kau pun. hoho! tapi lebih tepat sebenarnya, setan dah berjaya la hasut aku membazir masa dan cuti secara sia2 di hari2 terakhir 'beliau' kena 'keje' ni. yer lah, aku bagi kau menang la setan! hehh.. :p

hmmm..tatau nak buat ape sebenanyer arini. plan nak pegi bayar saman kat trafik. bawak keta macam orang giler. mana tak kena saman. padan muka aku! haha! ader sesape mau derma? ehehh.. :p

minggu ni tader class lagi. weehhhooo~!! rasa aman dunia sebab tak payah nak kena turun kl. tapi assignment menimbun. dengan tutorial lagi. tambah lagi dengan keje studio. minggu depan ada test pulak. adeii! malas giler nak buat. tambah malas nak study. malas tahap giga! huhu! oke, kau menang lagi la setan. saja goda aku bagi aku malas. kan??

malam tadi pegi repair henpon yang rosak. tatau ape yang rosak. da la incoming call sama message masuk tader bunyik. vibrate jer yang kuar. dan2 la pulak tabole nak send message. perhh, memang hangin tahap giler meroyan la. buat kasi up bill tipon aku jer sebab nak kena call orang kalau sesape ada send message. tapi malam tadi amoi kedai tu takat kasi setel yang tabole send message tu jer. dia kasik re-format. abis hilang semua reta benda aku dalam tipon. part tipon dah hilang bunyik dia kata tabole buat ape. nak kena tukar barang kat dalam tipon. mahal dowh! bengang giler ah. pakai pun tak sampai stawun.

malas pikir punya pasal, aku sambar sebijik enpon. 2nd. siap dengan simcard baru. tanpa motif. perhh..gaya macam orang kaya jer aku ni. kan? duit banyak nak pakai tapi bole selambe buat beli enpon. gila nak mampos! haha! paling tabole blah yang sengal tahap dewa pegi beli nombor baru. langsung-langsung tader tujuan kenapa perlu beli nombor tu. nombor yang sebijik tu pun jarang nak ada orang contact. hehh! ni laa memang perangai buruk aku. aku kalau tension-serabut kat hal2 yang aku rasa penting, aku slalu jer buat keputusan tak pakai kepala otak. selamat la apa yang ada kat depan mata. memang betul2 buat keje ikut kepala lutut. huhu.. jadi, jangan bagi aku bengang kalau tamau aku buat keputusan merepek-meraban tak tentu hala. ehehh!

lagi sekali aku berjaya digoda si setan di hari2 terakhir beliau. lepas ni beliau dah tabole nak buat overtime sebulan. memang dah dasar setan! :p

aishhh..ni yang aku rasa nak hangin ni. line tenet macam setan jer pagi2 ni. alamak aiii..masih awal pagi lagi ni pun. takkan nak bagi aku hangin kot pagi2 buta sejuk2 camni? hailaaa broadband..jangan bikin aku kusut-serabut tahap nak campak kau kat dalam lombong najis bole tak? dan kau setan, jangan ngengade nak goda aku jadik naik hangin pepagi buta ni. ada dengan kau2 karang aku libas guna broadband ni. hehh!


aiseh! bape kali da setan nak goda aku arini?







notasetan: selamat berpuasa buat korang semua. kitorang cuti sebulan bulan ni. nak rehat sket kasi tambah ilmu. baru power nak goda korang lepas bulan pose nanti. takpe, kitorang bagi chance kat korang. try tengok sket bape kerat jer yang bole tahan napsu karang sepanjang kitorang tader? hahaha!

6 comments:

green said...

selamat menyambut ramadhan nway

Monkey D Luffy said...

ko ni mudah digoda ler yer

ya goda dia

sharamli said...

ada jgk la sisetan ni...

Yern Ain said...

org kaya.. macam tu la.. bole bli henpon x kira masa.. len kali salur2 kan duit tu ke account maybank number 11******. eh nnt aku bg pribet mesej. eheh.


SELAMAT BERPUASSAAAAAAA!!! :)

cukup2 la bekawan dengan setan tu. da kena jail pon dorg. jgn rindu dorg plak eh. hahaha.

aloy_paradoks said...

Gua mewakili seluruh ahli PARADOKS mengucapkan selamat ber Ramadhan kepada kalian dan moga Ramadahan kali ini menjanjikan seribu kerahmatan buat kita semua. amin.
-Aloy Paradoks

khaLifah feDi said...

emm comel aje ka sebut setan Aadil..hee~