Saturday, August 15, 2009

spill 17: apdet.

lama tak apdet. sejak bila aku sendirik pun tak pasti. kalau ada pun takat copy-paste dari memane sumber. entah sebab tak cukup masa atau sememangnya malas. ah pedulik lah!

kalau tak silap, paling last tulis pasal diri sendirik awal bulan lepas. kot. yang pasal mabuk tiap kali naik bas. kalau tak silap la. kalau silap pun malas aku nak ambik kesah. kepala tengah serabut.

sepanjang lebih kurang sebulan ni banyak benda berlaku. takat rutin pegi keje-balik keje-makan-mandi-tido-basuh kain-pegi kl tetiap ujung minggu-study, tu tersangat biasa dah. nak citer menda yang sama tetiap hari pun karang ada yang muak. mau ada yang muntah darah bila baca. hehh!

alhamdulillah, awal bulan aritu aku dah berjaya lepas seksa probation period. sekarang ni aku dah selamat jadik staff. nak kata seksa tu tak la seksa pun sebenanyer. dan aku pun dah makin terbiasa dengan life baru. without y!m anymore time keje. dan kebiasaan tu dah makin menjadik2 sampaikan aku dah tak mencarik langsung y!m time kat umah. dah makin malas nak online. dah tak ambik pedulik hal keliling. wut da "jual-ikan" betul la aku ni!

2 minggu lepas, there's somebody nak kenal dengan aku. oke, i try to think positif. accept jer. sebelum2 ni aku terus tolak jer bulat2.. tak pun lonjong2.. lagi dahsyat, aku tolak persegi2. hehh! but still try to kawan2 jer buat masa ni. masih baru lagipun, kan? masih terlalu awal untuk nilai hati budi orang. lately ni aku dah mula untuk cuba terima kenalan2 baru dalam life. itu sesuatu yang positif, rite? ada kisah disebalik sebenarnya. yang buat aku rasa tak salah kalau aku cuba untuk bukak hati kat anybody else. dah tak patut dah nak duduk kat takuk lama lagi. dan i'm trying to realize that tak semua manusia tu sama. atau lebih tepat lagi, tak semua lelaki tu sama. even kesan kisah lama masih ada. malah kadang-kala terasa masih baru berlaku. masih terasa seriau untuk kenal dengan lelaki dgn lebih dekat. maksudnya kat sini, kenal yang lebih dari sorang kawan. setakat ni aku masih belum berani. hmmmm...

hujung minggu lepas, bestfren aku pegi. bukan pegi mana pun. takat pegi training jer. tapi aku rasa bosan. tabole nak contact dia. dalam utan tader line dowh! rasa sangat tak best. tatau nak sembang dengan sape. tatau nak mendengki-sakat siapa. tatau nak mengadu-report kat sape. tatau nak bising-bebel kat sape. bosan giler!

tengah minggu lepas, dapat surat dari kementerian. owh, aku dapat offer keje gomen. jadik TA. kepala mula kusut. tatau nak pegi atau tak. banyak menda nak kena pikir. pro and contra. aishhh.. serabut2. tambah lagi lepas bagitau kat bos, dia dah start main saiko. tak mau aku benti la tu. makin serabut rasa kepala otak. dan2 tu la jugak kepala otak jerit2 nak carik bestfren. mana aku nak contact dia time2 dia dok nun kat dalam utan nu? oitt, balik la cepat oit. aku blur dah ni!

skang2 ni kepala otak aku kuat berpihak ke yang menolak. maksudnya, tapayah pegi. tapayah accept offer tu. bodo tak ekk kalo tak accept? haihh..pening nak pikir. ah, ni kalau aku tak bagitau detail reason, musti sume orang akan kata aku ni bodo. tau sangat dah. mesti orang akan kata, "orang lain beriya2 apply nak masuk gomen tapi tak dapat2. yang kau ni dah dapat, nak tolak pulak. tak reti nak bersyukur langsung." betul kan? aku dah agak dah... ehehh!

aiseh..dah jem dah otak. tatau nak tulis ape. kepala betul2 tengah serabut. nak pikir pasal mamat yang nak kenal tu *entah apaper tah aku ni. macam tak perlu jek nak serabut pasal dia. buat biasa suda la. kan?*, nak pikir pasal offer keje gomen, nak pikir pasal bilik air yang sumbat tak reti nak surut2 tu *hangin petala kelapan dah nengok bilik air tu*, pikir pasal mana nak cekau duit nak buat bayar yuran skola, pikir nak beli bape pasang baju raya tawun ni, pikir bape balang kuih raya nak beli untuk raya nanti, pikir kat sape nak bagi kad raya nanti, pikir nak balik umah mak yang mana nanti time raya.. haha! merepek giler!

oke la, nampak sangat otak aku dah semakin tak dapat nak di-control skang ni. sebelum aku merepek lagi jauh, baik aku benti jek kat sini. aku nak pegi jenguk bilik air. dah surut ke belum banjir. kalau dah surut, bole la aku pegi mandi. basuh baju skali. baju dah dari malam semalam berendam tak berbasuh. kalau tak, aku lump skali dengan mandi besok pagi jer lah. haha!

errrrr..aku nak sambung pikir pasal offer keje gomen lah kejap!


6 comments:

sharamli said...

pk jgn x pk....

♥chentaMAYA™ said...

sllo2 la update!

ciK LyndaWawa igUana said...

ko pikirla mane yang terbaek jot......takpe la jot klu ko tolak pun...rezeki de banyak lagi jot, tunggu mase dan ketika je....

Donut said...

tapi kalo tolak gomen..diorang takkan hired smule eh?

khaLifah feDi said...

pikir semasaknye aadil..!!!

A a D i I ? said...

donut,
jgn la buat aku takoot weh.
aku dah blur giler dah ni..