Wednesday, August 26, 2009

spill 19: sejarah hidup.

anda kenal P. Ramlee ??

dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip, etc.
dia seorang seniman agung yang terkenal. semua orang tahu itu.

tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik?
tiga daripadanya adalah artis.

inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar sejarah.
berikut adalah nama adik-beradiknya:

A. Ramlee, B. Ramlee, C. Ramlee, D. Ramlee,

E. Ramlee , F. Ramlee, G. Ramlee, H. Ramlee, I. Ramlee,

J. Ramlee, K. Ramlee, L. Ramlee, M. Ramlee, N. Ramlee , O. Ramlee,

P. Ramlee, Q. Ramlee, R. Ramlee, S. Ramlee, T. Ramlee, U. Ramlee,

V. Ramlee, W. Ramlee, X. Ramlee, Y. Ramlee, dan Z. Ramlee.


yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:
A. Ramlee, L. Ramlee, M. Ramlee dan P. Ramlee.

beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan..


iaitu Ramli Burger...




sekian, terima kasih.

Friday, August 21, 2009

spill 19: hari terakhir si-setan.

arini aku ambik cuti. saja2. tader motif. haha! buat membazir annual leave jer. ni kira pay-back la sebab aku dah buat big decision 2 hari lepas. hehh! pay-back la sgt. bukan-nyer company ada bagi cuti khas kat kau pun. hoho! tapi lebih tepat sebenarnya, setan dah berjaya la hasut aku membazir masa dan cuti secara sia2 di hari2 terakhir 'beliau' kena 'keje' ni. yer lah, aku bagi kau menang la setan! hehh.. :p

hmmm..tatau nak buat ape sebenanyer arini. plan nak pegi bayar saman kat trafik. bawak keta macam orang giler. mana tak kena saman. padan muka aku! haha! ader sesape mau derma? ehehh.. :p

minggu ni tader class lagi. weehhhooo~!! rasa aman dunia sebab tak payah nak kena turun kl. tapi assignment menimbun. dengan tutorial lagi. tambah lagi dengan keje studio. minggu depan ada test pulak. adeii! malas giler nak buat. tambah malas nak study. malas tahap giga! huhu! oke, kau menang lagi la setan. saja goda aku bagi aku malas. kan??

malam tadi pegi repair henpon yang rosak. tatau ape yang rosak. da la incoming call sama message masuk tader bunyik. vibrate jer yang kuar. dan2 la pulak tabole nak send message. perhh, memang hangin tahap giler meroyan la. buat kasi up bill tipon aku jer sebab nak kena call orang kalau sesape ada send message. tapi malam tadi amoi kedai tu takat kasi setel yang tabole send message tu jer. dia kasik re-format. abis hilang semua reta benda aku dalam tipon. part tipon dah hilang bunyik dia kata tabole buat ape. nak kena tukar barang kat dalam tipon. mahal dowh! bengang giler ah. pakai pun tak sampai stawun.

malas pikir punya pasal, aku sambar sebijik enpon. 2nd. siap dengan simcard baru. tanpa motif. perhh..gaya macam orang kaya jer aku ni. kan? duit banyak nak pakai tapi bole selambe buat beli enpon. gila nak mampos! haha! paling tabole blah yang sengal tahap dewa pegi beli nombor baru. langsung-langsung tader tujuan kenapa perlu beli nombor tu. nombor yang sebijik tu pun jarang nak ada orang contact. hehh! ni laa memang perangai buruk aku. aku kalau tension-serabut kat hal2 yang aku rasa penting, aku slalu jer buat keputusan tak pakai kepala otak. selamat la apa yang ada kat depan mata. memang betul2 buat keje ikut kepala lutut. huhu.. jadi, jangan bagi aku bengang kalau tamau aku buat keputusan merepek-meraban tak tentu hala. ehehh!

lagi sekali aku berjaya digoda si setan di hari2 terakhir beliau. lepas ni beliau dah tabole nak buat overtime sebulan. memang dah dasar setan! :p

aishhh..ni yang aku rasa nak hangin ni. line tenet macam setan jer pagi2 ni. alamak aiii..masih awal pagi lagi ni pun. takkan nak bagi aku hangin kot pagi2 buta sejuk2 camni? hailaaa broadband..jangan bikin aku kusut-serabut tahap nak campak kau kat dalam lombong najis bole tak? dan kau setan, jangan ngengade nak goda aku jadik naik hangin pepagi buta ni. ada dengan kau2 karang aku libas guna broadband ni. hehh!


aiseh! bape kali da setan nak goda aku arini?







notasetan: selamat berpuasa buat korang semua. kitorang cuti sebulan bulan ni. nak rehat sket kasi tambah ilmu. baru power nak goda korang lepas bulan pose nanti. takpe, kitorang bagi chance kat korang. try tengok sket bape kerat jer yang bole tahan napsu karang sepanjang kitorang tader? hahaha!

Thursday, August 20, 2009

spill 18: enough said.

keputusan nak pegi atau tak dah selamat dibuat. lega. harapnya aku tak menyesal. noktah.

bilik air dah tak sumbat lagi. tengkiu kat rumet-punyer-fiance sebab tolong setelkan problem. lapang rasa kepala. dah tader la lagi mandi macam tak mandi sebab nak control tahap ke-banjir-an bilik air yang dah ngalahkan swimming pool. ada lega juga disitu.

'dia' yang aku katakan mau berkenalan, ada sikit perkembangan. sikit ajer. tak banyak. tapi kira oke la jugak. masih ditahap setakat kawan. dan mungkin jugak sekadar kawan. entah. tu kerja DIA. sekurang2-nya aku cuba usaha. walaupun tak usaha mana sangat pun. hehh.! ini tak sesuai nak dikata ada rasa lega. mungkin lebih better kalau kata, "alhamdulillah.."

dan yang ini tak rasa lega. tak langsung-langsung.

henpon rosak. baru pakai tak sampai 6 bulan. hangin. bengang. tension. hampir jer henpon selamat masuk dalam longkang depan rumah sebab dah mula hilang sabar. aishh..betul2 menguji tahap kesabaran.

errr...ada sesape mau derma henpon? tiga-tiga-sekupang pon bole laaaa....



Saturday, August 15, 2009

spill 17: apdet.

lama tak apdet. sejak bila aku sendirik pun tak pasti. kalau ada pun takat copy-paste dari memane sumber. entah sebab tak cukup masa atau sememangnya malas. ah pedulik lah!

kalau tak silap, paling last tulis pasal diri sendirik awal bulan lepas. kot. yang pasal mabuk tiap kali naik bas. kalau tak silap la. kalau silap pun malas aku nak ambik kesah. kepala tengah serabut.

sepanjang lebih kurang sebulan ni banyak benda berlaku. takat rutin pegi keje-balik keje-makan-mandi-tido-basuh kain-pegi kl tetiap ujung minggu-study, tu tersangat biasa dah. nak citer menda yang sama tetiap hari pun karang ada yang muak. mau ada yang muntah darah bila baca. hehh!

alhamdulillah, awal bulan aritu aku dah berjaya lepas seksa probation period. sekarang ni aku dah selamat jadik staff. nak kata seksa tu tak la seksa pun sebenanyer. dan aku pun dah makin terbiasa dengan life baru. without y!m anymore time keje. dan kebiasaan tu dah makin menjadik2 sampaikan aku dah tak mencarik langsung y!m time kat umah. dah makin malas nak online. dah tak ambik pedulik hal keliling. wut da "jual-ikan" betul la aku ni!

2 minggu lepas, there's somebody nak kenal dengan aku. oke, i try to think positif. accept jer. sebelum2 ni aku terus tolak jer bulat2.. tak pun lonjong2.. lagi dahsyat, aku tolak persegi2. hehh! but still try to kawan2 jer buat masa ni. masih baru lagipun, kan? masih terlalu awal untuk nilai hati budi orang. lately ni aku dah mula untuk cuba terima kenalan2 baru dalam life. itu sesuatu yang positif, rite? ada kisah disebalik sebenarnya. yang buat aku rasa tak salah kalau aku cuba untuk bukak hati kat anybody else. dah tak patut dah nak duduk kat takuk lama lagi. dan i'm trying to realize that tak semua manusia tu sama. atau lebih tepat lagi, tak semua lelaki tu sama. even kesan kisah lama masih ada. malah kadang-kala terasa masih baru berlaku. masih terasa seriau untuk kenal dengan lelaki dgn lebih dekat. maksudnya kat sini, kenal yang lebih dari sorang kawan. setakat ni aku masih belum berani. hmmmm...

hujung minggu lepas, bestfren aku pegi. bukan pegi mana pun. takat pegi training jer. tapi aku rasa bosan. tabole nak contact dia. dalam utan tader line dowh! rasa sangat tak best. tatau nak sembang dengan sape. tatau nak mendengki-sakat siapa. tatau nak mengadu-report kat sape. tatau nak bising-bebel kat sape. bosan giler!

tengah minggu lepas, dapat surat dari kementerian. owh, aku dapat offer keje gomen. jadik TA. kepala mula kusut. tatau nak pegi atau tak. banyak menda nak kena pikir. pro and contra. aishhh.. serabut2. tambah lagi lepas bagitau kat bos, dia dah start main saiko. tak mau aku benti la tu. makin serabut rasa kepala otak. dan2 tu la jugak kepala otak jerit2 nak carik bestfren. mana aku nak contact dia time2 dia dok nun kat dalam utan nu? oitt, balik la cepat oit. aku blur dah ni!

skang2 ni kepala otak aku kuat berpihak ke yang menolak. maksudnya, tapayah pegi. tapayah accept offer tu. bodo tak ekk kalo tak accept? haihh..pening nak pikir. ah, ni kalau aku tak bagitau detail reason, musti sume orang akan kata aku ni bodo. tau sangat dah. mesti orang akan kata, "orang lain beriya2 apply nak masuk gomen tapi tak dapat2. yang kau ni dah dapat, nak tolak pulak. tak reti nak bersyukur langsung." betul kan? aku dah agak dah... ehehh!

aiseh..dah jem dah otak. tatau nak tulis ape. kepala betul2 tengah serabut. nak pikir pasal mamat yang nak kenal tu *entah apaper tah aku ni. macam tak perlu jek nak serabut pasal dia. buat biasa suda la. kan?*, nak pikir pasal offer keje gomen, nak pikir pasal bilik air yang sumbat tak reti nak surut2 tu *hangin petala kelapan dah nengok bilik air tu*, pikir pasal mana nak cekau duit nak buat bayar yuran skola, pikir nak beli bape pasang baju raya tawun ni, pikir bape balang kuih raya nak beli untuk raya nanti, pikir kat sape nak bagi kad raya nanti, pikir nak balik umah mak yang mana nanti time raya.. haha! merepek giler!

oke la, nampak sangat otak aku dah semakin tak dapat nak di-control skang ni. sebelum aku merepek lagi jauh, baik aku benti jek kat sini. aku nak pegi jenguk bilik air. dah surut ke belum banjir. kalau dah surut, bole la aku pegi mandi. basuh baju skali. baju dah dari malam semalam berendam tak berbasuh. kalau tak, aku lump skali dengan mandi besok pagi jer lah. haha!

errrrr..aku nak sambung pikir pasal offer keje gomen lah kejap!


Thursday, August 6, 2009

spill 16: kentut itu bahagia.

Jarang sekali kita dengar pempuan kentut kuat-kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru-biru muka semata-mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pempuan terkentut. Adat la tu dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan kata ”Eh! Makan apa kentut busuk ni? Kuat pulak tu!" Dan secara otomatik lelaki dan pempuan tadi akan ketawa bersama-sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pempuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pempuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pempuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal-bakal ahli keluarga anda.




Kesimpulan:

Kentut itu membahagiakan… . anda setuju??? =)