Thursday, September 24, 2009

spill 23: rekod masih bertahan.

raya.
dah berlalu. eh, belum. belum habis lagi. tengah berlalu.

keadaan masih sama.
orang2 yang di-rai-kan masih sama.

makanan masih sama.
lemang. ketupat. rendang. kuah kacang. lodeh.

kuih2 masih sama. yang dulu yang lama.
bau-lu. bau-gua. bau-kau. bau-aku. bau-dia.
ah merepek!
baulu. dodol. samprit. rempeyek. maruku.
almond london. tart nenas. cornflakes madu. badam sugee.

rutin sebelum raya masih sama.
kemas rumah. pasang langsir. tukar sarung kusyen.
kacau dodol. anyam ketupat. sembelih ayam. potong daging.

aktiviti hari pertama raya masih sama.
pakai baju baru. bermaaf-maaf. ziarah kubur abah.



dan..


nasib aku juga masih sama tiap2 kali raya.
masih jugak dapat duit raya.
belum pernah miss.
belum pernah terlepas.
belum lagi pecah rekod.
selalu jer mereka2 salah agak umur aku.

"owh ini yang masih sekola tu kan?" kata makcik.
"haa.. ni la yang blajar lagi kat U tu" kata pakcik.
"blaja mana skang?" tanya sedara belah abah.
"ni dah keje ke blaja lagi?" tanya sedara belah emak.

yang pasti, duit raya tetap dihulur.
aku cuma senyum.
rezeki tu kan..
tak baek menolak.


ah, macam mana laa aku tak rasa bahagia tiap kali tiba hari raya.
walau umur dah nak beranjak ke senja.
jadi, senyummmmmmm jerrr lerrr.. =)



6 comments:

green said...

rezeki bulan Syawal..
Alhamdulillah~

besi said...

Aaadil...selamat hari raya

TuYa said...

salam senget..
selamat hari raya aidilfitri..

kira mmg rezeki ko la ekk..tetiap tahun raya dapat duit sbb kelebihan ko yang kekurangan inci kan?kan?kan?hehehehhehehe..mmg berbaloi2..

ko x nak beraya ngan aku ke?
tgk dapat duit raya ke x...huhuhu

Anonymous said...

raye....
best kan kalu dpt berhari raye
but.....
nvr mind
hv a nice day friend
im just stop by to view your blog..

ciK LyndaWawa said...

samela dijot..kerana muka mereke tertipu...
hehehe..
muka aku boleh jugak masuk golongan bawah umur.
heheh

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

ini tidak adil.


tensen gila raya,rase macam nak tadah je baldi mintak duit raya.ahahaha,kazen dah masuk uni still dpt lagi sebab badan kecik molek.huh,patutnye kan,time raye kena bawak kad ic.ahaha-->jeles sebenarnye ni! :)