petang tadi aku pegi ziarah rumah ofismate aku. dia ada kematian. abang dia meninggal petang tadi. kena langgar masa nak lintas jalan. aku rasa dia meninggal on da spot.
pertama kali aku pegi menziarah rumah yang ada kematian. tak penah sekali pun sebelum ni aku pegi menziarah. bukan sombong. bukan tak menghormati. dan bukan jugak tader adab. cumanya, aku rasa tak cukup kuat nak berdepan dengan menda2 camni. serius!
kali pertama aku berdepan dengan perkara berkaitan mati masa umur aku 13 tawun. abah meninggal. aku tengok sendiri abah dimandikan dan dikapankan. even dah berbelas2 tawun dia pegi, sampai sekarang aku masih ingat saat2 tu. dan jujurnya.. aku lemah semangat. darah rasa berderau. sendi terasa longgar. lutut menggigil. badan seram sejuk.
kali terakhir aku berdepan dengan kematian masa umur aku 20 tawun. nenek meninggal. lagi sekali aku mengadap saat2 nenek dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan. dan lagi sekali.. aku tak kuat semangat. lepas2 tu aku dah tak sanggup nak mengadap apa2 kematian lagi kat depan mata aku. tak sanggup. hadapkan la aku dengan benda apa sekalipun asalkan bukan yang ada kaitan dengan kematian. badi!
dan bila tadi aku diberi ruang dan peluang untuk menziarah kematian, aku betul2 rasa tader tenaga. time aku tengok keranda diangkat masuk ke kenderaan jenazah, aku rasa lemah. tetiba otometik aku terbayang diri aku yang berada kat tempat si-mati. ah, aku merepek! tapi kan.. kadang2 merepek yang macam tu pun bagus jugak. kan?
aku bayangkan aku dah meninggal. cuma roh yang melihat setiap perkara yang berlaku selepas tu. tengok mak meraung2. tengok abang2, kakak & adik2 teresak2 kat tepi pintu. tengok orang2 perempuan 3-4 orang sibuk mandikan jasad aku. tekan perut. gosok seluruh badan. ambilkan air sembahyang. kat sudut lain orang2 kampung tengah sibuk bacakan yasin. kat luar rumah, orang2 lelaki tengah sibuk buat persiapan untuk bawak jasad aku ke kuburan.
kemudian, jasad aku diangkat dari tempat mandi dan diletak atas beberapa helai kain putih yang dah siap dipotong. semua rongga hidung, telinga dan pusat disumbat dengan kapas. bau kemenyan, setanggi dan kapur barus menerawang keliling rumah. aku dibungkus dengan kain putih yang tadinya jadi alas jasad aku satu persatu berselang seli kanan dan kiri. hujung kaki diikat. naik ke bahagian peha. kemudian perut. seterusnya ikatan dikemaskan kat dada. tinggal muka yang masih belum ditutup. kalimah Allah ditulis atas dahi dengan wangian. pada masa ni ketua pengurusan jenazah bersuara..
"seluruh ahli keluarga dan saudara mara terdekat diberi peluang untuk beri penghormatan terakhir"
aku tengok mak yang paling dulu menerpa. setiap inci muka aku mak cium. seolah2 mak tak rela lepaskan aku. sampailah beberapa orang saudara mara terpaksa tarik mak. mak tersadai lemah di sudut ruang tamu sambil tersedu2. kemudian abang2, kakak dan adik2 sorang demi sorang cium muka aku. diikuti beberapa orang saudara mara. lepas tu, muka aku ditutup selapis demi selapis dan diikat dihujung kepala. jasad aku selesai dikapan.
selesai kapan, aku disembahyangkan. diketuai imam. urusan sembahyang selesai. jasad aku diangkat masuk ke dalam keranda dan bersedia untuk dibawa ke perkuburan. di awal perjalanan, 3 kali orang2 kampung berenti bila dengar imam sebut "al-fatihah".
aku nampak mak pengsan depan pintu rumah masa orang2 kampung angkat jenazah aku. nak jer aku peluk mak dan kata, "orang belum mati mak. orang masih ada kat sini. kat sebelah mak ni.." tapi aku cuma mampu tengok dari jauh. nak sentuh pun tak mampu. kakak2 dan abang2 cuba tenangkan mak masa mak dah sedar. aku semakin jauh dibawa ke tempat persemadian yang kekal..
di perkuburan, aku nampak jasad aku dibawa turun pelan2 ke dalam liang lahad. alhamdulillah, liang muat untuk semadikan aku. kemudian aku ditutup dengan sekeping papan. dan sikit demi sikit tanah dikambus memenuhi ruang kubur. aku kegelapan..
selesai pengkebumian, tok imam mula membacakan talkin..
.

Ya Siti Khadijah Binti Salmah
telah putus nikmat dunia kepadamu
bersemadilah kamu dengan tenang
sehingga tiba hari Qiamat
janganlah kamu lupa pengakuan
dan perjanjian kita di dunia
nanti akan datang kepadamu
dua malaikat mungkar dan nangkir
janganlah kamu gentar dan takut kepadanya
kerana mereka juga makhluk Allah sepertimu
jawablah dengan lidah yang fasih lagi jelas
.
.
.
Allah Tuhanku
Nabi Muhammad rasulku
Islam agamaku
Islam agamaku
Al-Quran peganganku
Kiblatullah kiblatku
Solat kewajipanku
Umat Islam saudaraku
Saidina Ibrahim bapaku
Hidup dan matiku dengan..
.
.
Laillahaillallah Muhammadurasulullah..
.
.
bahawasanya
mati itu benar
mungkar dan nangkir itu benar
kebangkitan manusia itu benar
hari pembalasan itu benar
.
.
.
.
kami serahkan kamu kepada Allah
semoga Allah menerima segala amalanmu..
innalillahiwainnailaihirojiunnnn... (aisehh..meremang segala bulu yang ada..)
9 comments:
inalillah.....
makin matang..
innalillahiwainnailaihiraji'un...
setiap yang hidup pasti akan mati..
hakikat hidup yang x leh di elak dan di sangkal..
al fatihah
baca tajuk pun gua dah insaf..al-fatihah
getak2...
al-fatihah utk arwah...
tragis la citer ko nie..teringat aku kisah2 lama..aku pun bukan kuat sgt harungi semua tu..tp aku terpaksa gagahkan juga diri nie..ceh..ape melalut nie..hehe
mcm mana pula perasaan org yg mmg dah bersedia utk mengadap ilahi??
subhanallah~
takziah..
aku raser aku dah banyak kali memaskkan owng meninggal ker liang lahat..still aku raser takut lagi..
ntry nko nie kira A la.. thank sebab mengingatkan tentang mati..ok dah.. jom sambung lepak..
a.k.u.p.e.n.t.o.i,
kan aku da kate. hua hua hua.. :p
T.u.Y.a,
al-fatihah..
asis,
aminn...
mrblind,
sila insaf bukan isap. wakaka!
Donut,
getak tu menatang ape weh?
eiza,
hua hua hua.. =)
green,
errr..tu kena tny kat orang yang dah ready la. aku blom kot.. :p
ayampinko,
gred A? macam jual telo ayam la pulak. kekeke.. :p
Post a Comment