tadi gua pegi kwsp. check penyata. gua pegi sensorang. pegi sana tader masalah. sampai bangunan kwsp, gua masuk paking kat basement. lepas masuk paking, gua tuju kat lif. gua masuk. gua tengok kat butang lif.
kat bahagian atas sekali ada tulis, "KAUNTER UTAMA KWSP DI TINGKAT SATU".
oke. gua paham ayat tu. gua tengok lagi butang lif. bawah skali tulis CP1. pastu CP2, CP3, CP4. then ada satu lagi butang paling atas. gua tak tengok. gua dengan konfiden pegi tekan CP1. lif laju jer turun bawah. gua dah pelik. apsal bukan naik?
sampai CP1 lif terbukak. gua kua dengan konfiden. hurhh? apsal basement? gua dah start konfius. gua masuk balik. tengok balik butang. jadahh! gua nampak butang tulis "1" paling atas skali. bongok betul..
lepas gua setel apa yang patut kat kaunter, gua cari mesin bayar paking. gua nampak mesin deret2 kat lua kaunter. gua dengan muka konfiden tuju kat situ sambil pegang tiket. skali guard tego, "nak bayar tiket paking bukan kat situ. kat belah sana. jalan straight. mesin ada kat tepi sana. kaler ijau".
perhh! bengang giler gua. nasib baik orang tak ramai. gua terus buat korner lipat depan guard. sampai kat mesin, gua cucuk kad. harga tiket RM1.60. gua kua duit kertas singgit2 dua keping. gua cucuk2 kat tempat duit kertas. tak masuk. lampu tak nyala. haishh..ni dah kenapa pulak? gua try lagi dan lagi. duit tak masuk. gua tension.
gua toleh kiri-kanan kot2 ada orang bole gua panggil kasi tolong. gua nampak pakcik pakai baju guard. lagi skali dengan konfidennya gua panggil pacik tu. gua bajet dia guard kat situ. gua tanya. pacik tu buat muka blur. gua heran. kali ke-2 gua repeat soklan, pacik tu jawap dengan muka tak bersalah.. "saya tak tau. saya tak keje sini". aiseh..malu giler gua tahap kerajaan langit ayah pin..
mata gua melilau lagi carik orang. gua nampak guard pakai baju biru kat kaunter. gua panggil. dia datang. okeh, kali ni gua tak salah orang. gua tanya apsal tabole nak bayar. guard tu dengan selambanya kata tatau then suruh gua pegi kat mesin tingkat bawah - CP1. haihh..leceh.
gua pegi kat lif. ada 6 bijik semua. gua masuk lif yang terbukak. gua heran. apsal tader tulis CP? gua kua balik. masuk lif kedua. pun sama. lif ke-3 gua masuk pun macam tu jugak. gua dah start nak hangin. gua keluar. berdiri depan lif. lepas tenung satu2 baru gua paham. ada sebijik jer lif yang bole turun bawah. siot! bongok kali ke-4. gua masuk lif terus tekan CP1.
lepas bayar paking gua masuk lif semula. gua paking kat CP4. kua lif, gua tak jumpa keta. gua ingat keta gua park kat depan pintu masuk. tapi tader. gua dah gelabah. gua ada masa 15 minit jer untuk kua. gua masuk balik. try bukak emergency door. nasib baik. keta gua betul2 depan idung kalau lalu pintu tu. tapi gua heran. gua masuk ikut pintu lain tapi kua ikut entrance lain. heran betul. gua dah tak paham sistem bangunan kat situ.
gua masuk keta. start enjin. gostan sket. then jalan. sampai kat depan mesin nak exit, gua cucuk tiket paking. gua dah bajet sempat nak pegi tapau nasik sebab gua dah lapa giler. harapan gua berkecai. tiket paking gua kene rejek. card fault! gua try dekat 15 kali. dari macam2 sudut. tabole jugak. hangin gua dah start naik. gua gostan. masuk paking balik.
gua naik tingkat satu. jumpa guard tadi. gua tanya apsal tiket gua kena tendang? dia tanya, gua ada letak tiket gua dekat dengan henpon ke? hurhh?? gua buat muka tapaham. apa kaitan tiket gua fault dengan henpon gua?
hangin gua betul2 dah cecah lepas kepala bila guard tu cakap person yang bole setel pasal tiket paking tu tader. pegi semayang jumaat. gua tak hangin diorang pegi solat jumaat tapi yang buat gua hangin tu, takkan tader sesape cover? pempuan ke.. staff cina ke.. perut gua dah nyanyi lagu cromok berselang dengan dangdut raggae2 dah. terpaksa gua tunggu sampai diorang balik semayang. hati gua panas.
setel semua dalam pukul 2 lebih. kompem gua dah tak sempat nak tapau. kalau sempat pun, dah tak sempat nak makan. perjalanan dari kwsp ke opis makan masa setengah jam. lunch hour gua hari jumaat sampai pukul 2.30 jer. memang tak sempat. gua sampai opis ngam2 pukul 2.30. gua cuma sempat tapau air sama roti jer kat petronas masa on da way ke opis.
jadi kesimpulan yang bole gua kata..
GUA LAPARRR !!!