Tuesday, June 29, 2010

spill 47: sengih kerang.

Sengih 1: Ehwan dan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: “Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya" (seraya memberikan kadnya).
Pak Romee: “Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.”

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan…

Pak Romee: “Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini" (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).
Ehwan : “hantar ayam? Beres Tuan !”

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya.. ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa…

Orang yg bertanya : “Bang, abang tak apa-apa kan… ? Kepalanya tak sakit kan?”
Ehwan : “Ha… ha… ha… !”
Orang yang bertanya : “Bang, kenapa bang ?”
Ehwan: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”



——————————————————————————————

Sengih 2: Pemadam Api Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,”
pegawai itu menerangkan. “kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta. Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut.

Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat !, seperti bom tangan.”.

Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Demikianlah adanya…



——————————————————————————————

Sengih 3: Kisah Razak Membeli Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya, pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… Maaf ya Encik.”

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita… apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”

Razak terdiam beberapa minit… lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut…



true blue,

Monday, June 28, 2010

spill 46: cerita lama.

(tadi aku korek blog lama. ingat dah luput rupanya masih wujud. rasarasa macam dah penah delete tapi pelik macammana masih ada lagi. baca balik entryentry lama yang dah tak pernah teringatkan. quite nostalgic!)



Tajuk asal entry: Pempuan Mahal..


ha. ha. ha. . .

macam tak caye. semalam saya naek bas balek dari town ke kampung. setelah beberapa lama saya tak jejak tangga bas. seronok pulak rasa.. ^.^

tapi actually kat sini saya bukan nak citer pasal saya naek bas. tapi lebih kepada experience saya masa naek bas semalam. apa yg berlaku masa saya kat dalam perut bas tu.

semalam saya naek bas dalam pukul 1730h. saya rasa tu bas terakhir yg akan lalu ke kampung saya dari bandar batu pahat. setelah lebih kurang dalam setengah jam saya kat dalam bas, bas pon mula la terhegeh2 gerak keluar dari kawasan bus-stand. masa bas baru nak gerak, 3 orang budak pempuan naik. saya kira umur diorang dalam awal 20-an . mungkin la. or mungkin budak masih bawah umur. tak pasti. budak2 skang dah pandai dressing macam orang dewasa walaupon umur baru nak cecah 14 tahun. ah,tak kesah la berapa pon umur diorg. cumanya, yg saya nak citer kat sini.. masa diorang naek, driver bas terus halau penumpang lelaki yang dok kat tempat dok belakang dia. dia soh diorang dok tempat laen sebab ada budak pempuan nak duduk. memula tu saya agak kagum la ngan driver bas tu sebab dia utamakan pempuan. tapi lepas2 tu saya agak hilang respek dah kat dia bila driver tu buat derk je kat beberapa lagi org pempuan yg naek. sebab? rupa2nya dia ada affair dgn salah sorang budak pempuan bertiga tu. owhh..patutla dia beriya2 spare-kan seat kat depan untuk diorang. ok2..peduli lah kat dia. tak payah ambik kisah pasal driver bas tu sebab dia bukan point saya kat sini.

berbalik pada budak pempuan bertiga tu. mari saya kenalkan. yang berbaju belang hitam+putih namanya fatin. yang baju putih suar sekerat lutut pulak nama dia mimi dan yang sorg lagi rambut ekor kuda nama dia siti. haa..mesti pelik bukan macam mana saya bole tau nama diorang. takde apa nak pelik. sbb driver bas tu ada sebut nama diorg dan saya terdengar. tempat duduk saya selang 2 baris je dari diorang. salah sorang dari diorang bertiga..yang saya rasa sangat2 la dah hilang rasa malu dalam diri atau lebih tepat lagi yang namanya fatin, mula buat aksi dalam bas. terjerit2. suit orang sana. suit orang sini. nyanyi kuat2. bermesra liuk-lintuk macam sotong dengan si driver bas. cakap kuat2 yang mana suara ngalahkan bunyi petir. saya toleh belakang, bas penuh dengan orang. erkk? x malu ke pempuan ni? dalam hati saya membebel.

dalam bas yang sama. ada sorang lelaki. kawan si driver bas. dia duduk paling belakang skali. nama dia fendi. apa kaitan dia dengan yang saya nak citer ni? mcm ni.. dlm beberapa minit bas bergerak, si driver masih jugak melayan kerenah si budak baju belang. tiba satu masa, si driver kata:

"fatin, tu abg fendi rindu kat fatin tu. pegi la duduk belakang dengan dia"

"eeiii..tanak laaa" si pempuan baju belang bersuara nyaring dengan gaya kekonon manja.

"pegi la. abg fendi panggil tu. dia rindu" si driver bas melayan lagi.

dan aksi si pempuan baju belang selepas tu, buat saya terkejut. tak semena2 si budak pempuan baju belang terus menjerit ke arah belakang bas tempat si lelaki nama fendi duduk.

"betul eh abg fendi? abg fendi rindu kat fatin eh?"

errkkk...gulp!

kau memang tak ada rasa malu la pempuan. kata hati saya.

lepas tu lagi skali si pempuan baju belang buat perangai tak malu. bas sampai kat trafik lite. merah. bas berenti. di sebelah kanan bas, berenti sebijik moto. sorang lelaki. tak pasti hensem ke tak. saya tak ambik peduli. tapi yang buat saya malu, si pempuan baju belang terus suit2 si lelaki bermotor dari tingkap sisi pemandu di atas bas sambil menjerit:

"awak..awak..bawak moto hati2 ea"

hurhh? time ni saya dah menyumpah dalam hati. malu nak mengaku dia se-kaum dengan saya. saya mengeluh. kat mana harga diri kau hai pempuan..

bas sampai separuh jalan. berenti. kawan si driver dah sampai destinasi. dia ke depan untuk turun. lagi sekali si pempuan baju belang buat aksi. hulur tangan pada kawan si driver. cium tangan. kawan si driver turun dari bas. si pempuan baju belang berteriak. nyaring.

"babai abg fendi. miss u.. muahhh..muahhh.."

kali ni saya mmg btol2 dah tak bole terima perangai si pempuan baju belang. tapi tak lama. sebab lepas tu si pempuan baju belang dan kawannya yang berambut ekor kuda bangun dan terus ke belakang bas. senyap. takde lagi suara2 nyaring dia terjerit2. saya aman. bas tenang kembali. driver bas masih juga teruskan perjalanan.

tapi dalam hati saya berdetik. kenapa mesti ada yang berkelakuan macam ni di khalayak ramai? tak ada rasa malu ke? kurang kasih sayang ke mereka2 ni? salah ajaran ke yang menyebabkan spesis2 ni jadi begini? saya tak pasti. cumanya, sekilas saya teringat satu ketika. seorang sahabat pernah menegur sahabatnya yg berkelakuan agak over. waktu tu saya berada dalam lingkungan mereka.

sahabat 1: rasa2nya mamat2 tu duduk tingkat bawah kita ni. tingkat 12.

sahabat 2: ye ke? mane? mane? (sambil beriya2 jenguk dari tingkat atas ke tingkat yg dimaksudkan dengan muka yg sgt excited)


sahabat 3: apa la kau ni sahabat 2. malu la. cuba la jadi pempuan mahal sket..

saya terkesima dengar ayat tu. walaupun ia bukan ditujukan kepada saya. tapi amat terkesan ke hati.

cuba jadi pempuan mahal.

jadi pempuan mahal.

pempuan mahal.

yea..sepanjang dalam bas tu, hati saya berdetik2..
kenapa dia tak cuba jadi pempuan mahal?
kenapa dia mesti nak menunjukkan tahap kemurahan diri?
kenapa?

dan sehingga saya turun dari bas, hati dan otak saya masih berlaga2 dengan macam2 rasa dan macam2 tanya. dan saya masih tak dapat apa2 jawapan.

entahlah.

moga saya tetap tergolong dalam golongan pempuan yang mahal.
mahal harga diri.
mahal maruah diri.
walaupon mungkin nanti wang hantaran tak semahal erra fazira mahupon siti nurhaliza..



true blue,

Sunday, June 27, 2010

spill 45: tader bakat.

aku suke.
suke sangatsangat.
suke ape?
gile!


ok, dah masuk exam week ni memang camni.
penyakit gile meroyan datang.
tak dapek den nak tolong.
huhu..
actually aku baru jer tengoktengok jengukjenguk selakselak web photographer.
aku suke!!!
semua gambagamba diorang amik cantikcantik.
aku sangat suke pose yang sempoi.
gilagila. kelakar. happy. riang ria.
nampak kreatif dan otometik buat diri sendirik pun jadik hepi.
even tak kenal pun diorang tu semua.
aku paling tak suke tengok gambagamba formal. wekk! bosan..

tibatiba semangat nak belaja teknikteknik amik gamba makin membuakbuak.
dah lama teringin tapi tader bakat.
bukan takat bakat tader tapi nak guna digital cam pun tak reti.
ape kess??
tengok orang laen buat, sendirik rasa nak buat.
tangan dah kaku tak payah berangan la dijot oii !!!


err...ada sesape yang terasa tahap kesabaran dia tinggi giler babun?
bole ajar aku tak?
huhu.. (^_~)


hek-elee..kecoh!!




true blue,

Saturday, June 26, 2010

spill 44: hoyeahh!!

hoyeahh!
aku dah berjaya melangkah ke sesuatu yang baru.
actually orang lain dah lama dah buat.
tapi disebabkan aku ni bodo sombong yang tak reti nak tanya orang,
makanya baru sekarang aku berjaya buat.
makan masa hampir setawun untuk aku fikir.
makan masa hampir setawun aku menggodeh.
akhirnya.....


aku dah ada akaun NUFFNANG!
hoooyeahhhh !!!



hek-elee..kecoh!





true blue,

Tuesday, June 22, 2010

spill 43: plus another one.

lagi lebih kurang 32 minit untuk tamat tarikh ini..

22hb Jun 2010

harap masih sempat. tak terlalu lambat.





28 tahun yang lalu..

22hb Jun 1982
happy birthday my dear me; A a D i I..







true blue,

Thursday, June 17, 2010

spill 42: terbang.

dah lama aku tak tulis secara serius dalam sini. eh, penah ke aku serius? ok, it's not about serious actually but lebih kepada dah lama aku tak tulis pasal diri sendirik secara total kat sini. most of aku punya latest post banyak yang setakat kopi dan pes (copy & paste) saja. dan it's totally not even aku suka memplagiat tapi bagi aku, apa2 yang interesting kat aku, aku simpan dia kat sini. supaya aku senang nak carik lain kali. supaya aku bole baca lagi lain kali. supaya aku tak hilang dia. tu reason aku yang paling kukuh aku rasa. apaper jer lah!

first thing first, setakat ni hidup aku sekadar datar. tak berapa happening dan tak berapa bosan. tak berapa bole dibanggakan tapi tak juga sia2. aku senang dengan life aku yang sekarang. tipula kalau aku tader rasa nak lebih. lebih dari apa yang biasa. manusia sifat dia memang tak pernah puas. itu normal. tapi bukan jugak aku tak puas hati dengan apa yang aku ada sekarang. life aku agak baik kalau nak banding dengan sesetengah orang yang lain.

aku ada kerjaya.
kerjaya aku sama dengan apa yang aku penah belajar dulu. maknanya aku gunakan sepenuhnya kualifikasi yang aku ada masa belajar dulu. itu dah cukup baik. kalau nak compare dengan certain orang yang mungkin ada degree holder dalam business study tapi terpaksa keje as receptionist dengan gaji level spm. kan?

aku ada harta sikit (kereta tu kira harta la kan?)
even keta aku kecik jer. sekadar 'binatang cerdik' tapi sekurang2nya aku tak perlu berkejar2 kerana sebuah bas. atau mungkin tak perlu berpeluh2 atau basah kuyup dalam perjalanan menurut rentak cuaca. dan sekurang2nya 'binatang cerdik' bole bawak aku ke mana aku nak pegi. tu dah cukup baik.

aku ada kualifikasi.
even level yang aku ada sekarang sekadar diploma. tapi aku bersyukur. ramai lagi kat luar sana yang tiada apa2. dan tak berjaya menjawat jawatan tinggi sebab takde kelulusan. walau mungkin dalam hati diorang, teringin nak duduk kat bilik ber-aircond dan berkerusi empuk dengan meja sebesar alam buatan dari kayu jati. aku pun teringin lah! tapi takpe, dalam masa sekarang aku tengah berusaha tingkatkan lagi level pendidikan. harap aku tak lelah separuh jalan. harap semua berjalan lancar macam yang aku dah usahakan. harap aku tak mati tersepit. haha!

aku dah ada sumone.
maksud aku disini, aku sudah punya dia. dia yang sangat2 faham aku. betapa aku sangat rasa bersyukur bagi nikmat yang ini. after i've had going through all the pain before this. dan aku tau kat luar sana masih ramai lagi yang tak pasti nasib jodoh mereka. yang masih lagi dikecewakan. yang masih lagi menderita. yang masih lagi tak pernah rasa diri dihargai oleh dia yang sepatutnya. yang masih lagi mencari2 dan tercari2. yang masih lagi sepi. sendiri.

eh, apa yang sebenanyer aku nak tulis tadi? intro terlalu panjang sampaikan otak dah jem dengan idea yang bersimpul ditambah dengan rasa yang lama terpendam.

takpelah, aku sambung esok jer.




true blue,

Tuesday, June 1, 2010

spill 41: salah diajar.

Kita ni kalau doktor cakap pasal penyakit pasti takut dan ikut nasihat doktor, nak panjang umurlah katakan, biar lambat mati.

Doktor kata jalan 10,000 langkah setiap hari untuk elak penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.

Walhal Nabi Muhammad SAW dah cakap lebih 1400 tahun dulu, jalan setiap hari 5 waktu ke masjid.

Cuba kira 10,000 langkah bahagi 5 waktu ialah 2,000 langkah setiap waktu. 1000 langkah pergi masjid , 1000 langkah balik rumah. Katakan 1 langkah 0.8 meter, jadi 1,000 langkah ialah 800 meter. Maknanya kalau rumah kita dari masjid ialah 0.8 km, baiklah berjalan ke masjid, tak payah nak penat-penat jogging 30 minit setiap hari.

Jogging 5 waktu ke masjid , setiap langkah diangkat satu darjat, digugur satu dosa dan diberi satu pahala. Bermakna setiap hari naik 5,000 darjat, gugur 5,000 dosa, dapat 5,000 pahala.

Kalau jogging saja-saja dapat apa ? Dapatlah keluar peluh, kurangkan lemak.

Patutlah Guru Tasauf Tuan Haji Basiron menegur dalam ceramah dia, buat apa jogging-jogging, ada orang tengah jogging pun mati. Dia suruh kita banyakkan solat dan pergi masjid awal.

Jangan lupa kita ni tiap lebih kurang 20 minit malaikat Maut datang ziarah kita , tengok jadual mati kita dah sampai belum.

Kalau Kementerian Kesihatan anjur kempen 10,000 Langkah maka Majlis Agama Islam atau JAKIM sepatutnya anjur Kempen 10,000 Langkah ke Masjid setiap hari untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).