Sunday, May 31, 2009

HeY!

oit kamu!!

ko selalu ada time aku susah
kesuwon (terima kasih).

ko suka muncul tiba-tiba time aku dalam masalah (heran, macam mana ko bole tau time tu aku tengah ada masalah?)
kesuwon (terima kasih).

ko tak pernah penat dan merungut dengar aku membebel tak kira dalam sms atau y!m atau tepon
kesuwon (terima kasih).

ko kadang-kala 'timbang berat' aku (ambik berat lah!)
kesuwon (terima kasih).

ko tak pernah buat aku rasa kecik hati atau marah
kesuwon (terima kasih).

ko selalu sabar layan kerenah pelik2 aku
kesuwon (terima kasih).

ko layan-kan juga time aku merapu-meraban entah apa2 bila aku blank tak tau nak cakap apa
kesuwon (terima kasih).

ko suka bagi aku nasihat
kesuwon (terima kasih).

ko selalu buat aku lupa yang aku tengah sedih
kesuwon (terima kasih).

ko rajin teman aku stay-up
kesuwon (terima kasih).

ko buat aku ketawa sepanjang hari
kesuwon (terima kasih).

ko kadang-kala buli aku
wes ora opo2 (tak kesah).

ko selalu panggil aku budak kecik
wes ora opo2 (tak kesah).

ko suka menyakat & keji-kan aku
wes ora opo2 (tak kesah).

ko kata aku rendang. siap panggil aku 'dagu'
wes ora opo2 (tak kesah).

kalau aku ada buat salah kat ko
jaluk ngapuro (mintak maaf).

kalau ko geram dengan ke-bengong-an aku
jaluk ngapuro (mintak maaf).

kalau ko penat dengar aku membebel tapi tak sampai hati nak bagitau aku
jaluk ngapuro (mintak maaf).

kalau aku kuat menyakat ko
jaluk ngapuro (mintak maaf).

kalau aku suka carik pasal dengan ko
jaluk ngapuro (mintak maaf).

kalau ko tak suka aku selalu report problem aku kat ko
jaluk ngapuro (mintak maaf).

kalau ko rimas aku selalu sebok hal ko
jaluk ngapuro (mintak maaf).

kalau ko rasa aku dah banyak menyusahkan ko
jaluk ngapuro (mintak maaf).

senang kata..
ko memang kawan aku paling best lah! or omputih kate "best-fren" (errr...ko rasa aku best-fren ko tak? haha!)





tapi..
nanti lepas2 ni ko tader
kalau sekejap takpe tapi lama pulak tu
budak PLKN pun kalah
yer laa.. yer laa.. aritu aku kata padan muka kat ko sebab ko dok tercampak kat tempat tinggal big foot tu. tader internet. tader line tepon.
tapi sebena-nyer padan muka kat aku la jugak.
bak kata orang jawa, 'sami mawon' (sama ajer / padan muka)
nanti lepas2 ni sape nak dengar aku membebel?
sape nak layan aku merapu?
sape aku nak buat lawan bertekak?
sape nak bagi nasihat time aku rasa down?
sape aku nak rujuk kalau ada sum1 suka aku? (hehe..aku tau mesti ko tak setuju bila bab ni termasuk dalam job list ko. kan? aku memang saja nak dera ko. bia arr!)
sape nak teman aku stay-up buat part-time job?
sape nak ajar aku cakap jawa? (haha! oke, ini out-of-your-duty.. :p)


aku rasa aku nak buat mogok ah!
okeh, mulai arini aku mogok!!
sampai ko balik sini semula. amacam??

(errr..jgn tanya mogok ape sebab aku pun tatau. haha!)





nota-mogok: abaikan entry ni. takde pekdah!

Friday, May 29, 2009

mOTiF: keTa aKu ROsaK. aKu maU duiT uNtuK RepaiR keTa TerseBuT. aDa seSaPe MaU DeRma??

1. Kekasih saya adalah: sudah ditamatkan perkhidmatan beliau.

2. Saya sedang mendengar: bunyik mesin basuh tengah spin.

3. Mungkin saya patut: risau macam mana nak cari duit untuk bayar repair keta yang rosak. mana nak cekau weh!!

4. Saya baru sudah: balas message orang.

5. Beza rakan, sahabat dan kawan: ialah ejaan-nya. pasti! hik hik hik.. (kamu sendiri nilai)

6. Saya Tidak Faham: kenapa saya setuju buat part-time job walaupun saya tau yang life saya jadi tunggang-langgang sebab tak cukup masa.

7. Saya perlu mencari: someone yang sayang saya with all his heart dan boleh terima diri saya seadanya tapi sampai sekarang saya masih tak berjaya nak buka hati pada sesiapa pun.

8. Ayat terakhir yg dikatakan kepada saya : ialah "lepas hantar kau aku kena balik semula ke sini kan? tak kesah.." (tak perlu paham ayat ni sebab ni cuma ayat terakhir. bukan cerita penuh. hehe..)

9. Makna hidup?: takde makna-nya kalau kau bazirkan kepada perkara yang sia2.

10. Cinta itu?: kadang kala tak ada logika. bersih semua hasrat dalam hati. ku hanya ingin dapat memiliki. dirimu hanya untuk sesaat. wakaka!

11. Saya paling suka: bawak keta laju2 dengan kadar yang ganaz tapi lepas tu rasa menyesal bila keta rosak sana-sini disebabkan sikap sendirik. padan muka aku!

12. Saya akan cuba: berusaha dengan lebih kuat demi nak carik modal bayar duit repair keta. aminn..

13. Mengapa rakyat malaysia suke menggunakan LAH di akhir ayat mereka: kerana bekas perdana menteri mereka adalah pak LAH! hehe.. (jangan bagi pak lah sama kroni dia masuk blog ni!)

14. Telefon bimbit sy: yang lama sudah hilang kena curik.

15. Katil saya: belum dibeli lagi. saya tido atas tilam jer tanpa katil.

16.Soalan yg bagi sy tidak perlu ditanya: "bila nak kawin?" (sebok hal orang apehal?)

17. Teknologi adalah: satu tajuk yang saya malas nak fikirkan jawapannya. kamu cari jawapan sendiri la yer.. :p

18.Bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak?: mesti la masak guna api. mana ada orang masak makanan guna air. haha!

19. Semalam: saya plan nak bawak mak pegi jom heboh hujung minggu ni. insya-Allah, saya akan tunaikan plan saya.

20. Hari ini: saya hantar keta ke workshop untuk servis tapi nasib saya malang bila diberitau yang keta saya rosak teruk. kena overhaul beb! saya blank!!

21. Malam ini saya akan: tido lambat semata2 nak settle-kan part-time job yang dah berjaya buat life saya huru-hara sepanjang minggu ni!

22. Esok pula saya akan: balik kampung untuk ambik mak dan bawak jalan2 kat jom heboh. ada yang nak ikut ke?

23. Saya betul2 inginkan: duit! buat masa sekarang..

24. Badminton atau futsal: adalah jenis2 permainan. errr..bole ke jawap gitu? haha!

25. Karaoke: kat "karaoke jamban" memang syok. layannn.. hehe~

26. Makanan jepun adalah: mentah dan meloyakan. errr...entah. tak pasti pulak. ada aku kesah?

27. Bilik yg terang atau gelap.: tu tanda lampu bilik tu starter dia dah rosak. berkelip2. hoho~

28. Ayat terakhir yg nak anda ckp kat seseorg: "nanti lepas2 ni ko tader, sape nak dengar aku membebel?" (T_T)

29. kereta: aku kancil jer.

30. saya nk tag: sape ekk? tanak tag sesape ah!






nota-tag: tader sape suruh aku buat tag ni. aku jer yg gatai tangan nak buat. bia arr...!!

Tuesday, May 26, 2009

biRd-daY = haRi BuRuNg

arini besday one of staff kat sini. kitorang panggil dia pak ajis jer. umur dia dah tahap bapak2 yang ada anak sulung yang umurnya lebih kurang baya aku. so kira korang bole imejin kan berapa umur pak ajis tu? pak ajis ni kelakar orangnya. dan semua orang pun ske menyakat dia. nak jadik citer..pagi tadi lepas balik dari breakfast...

ina: pak ajis, dah breakfast?

pakajis: dah.

ina: pacik pegi makan tak tunggu saya pun. belanja pun tak. tengahari nanti belanja saya eh pacik.

pakajis: eleh, kau asyik nak mintak pacik belanja jer. hari ni bird-day pacik patutnya kau la yang belanja pacik.

ina: apa dia pacik? bird-day??

pak ajis: yer la. bird-day pacik arini. tanak nyanyi lagu hepi bird-day ke kat pacik?

ina: bird-day? hari burung?? pacik ada bela burung ke?




kitorang satu opis dah tergelak dengar pak ajis salah sebut besday. yang si ina ni pulak sengal pegi tanya soklan pelik2. tiba2 ada yang menyampuk..




ajak: bukan bird-day la pak ajis. bird-bird. ko tau tak ape bird-bird, ina? kalau tak tau, ko suruh jer pak ajis ni explain.

mamat: burung pak ajis pun ada hari ulang tahun jugak ek.. dasat ah pak ajis!




wakakaka! satu opis gelak lebih kuat dari tadi.. pak ajis.. pak ajis..





nota-sengal: dasar-spesis-pantang-dengar-orang-salah-cakap. laju ajer la otak pikir ke lain. iskh.. iskh.. iskh..

Monday, May 25, 2009

DaN..aKu TeRsaikO LaGiii..

"hello..assalamualaikum"

"hello mak..waalaikummussalam. mak sihat?"

"mak sihat. mak nak tanya ni, sabtu depan keje tak?"

"tak keje. nape mak?"

"tak keje eh.. minggu depan balik kampung boleh?"

"balik kampung? boleh jer.. nape mak? ada masalah ke?"

"takde masalah. ada laa.. balik sini dulu. nanti mak bagitau."

"alaa..kalau mak tak bagitau, orang tanak la balik."

"macam ni.. ahad depan ada orang nak datang meminang. balik tau."

"haaaa??? apa dia mak? meminang?????"











bedebup!!

adehhhh....selamat dahi aku tumbuh telur sebab terhantuk kat lantai. ni semua mimpi punya pasal. haishhh..nasib baik takat mimpi jer. bukan betul2. kalau betul2 jadik tadi memang jam ni jugak aku pack baju2 & lari bawak diri ke Guatemala. tak pun, lari ke Azerbaijan pun bunyik macam best jek. Hurhh?? Guatemala? Azerbaijan? ceruk mana pulak negara yg aku sebut ni? ah, apaper jer lah. yang penting, selamatkan diri anda!!

giler ape! zaman bila pulak aku ada plan dgn sesape nak soh dia (dia kat sini mewakili sesape yek. bukan spesifik kpd sorang manusia jek) masuk meminang? ni memang betul2 bikin night mare! kompem mimpi ni mau buat aku tersaiko untuk sepanjang tawun. alahaiiii....

errr....mimpi tu cuma mainan tido jer kan? takkan jadik betul2 kan? gua cuak seh..



Saturday, May 23, 2009

naK buaT iBadaH keNe seRiuS. jaNgan MemaIn!

.
.
.
.
senin nanti aku nak buat PUASA KHATAN
errrr.. maksud aku PUASA SUNAT
.
.
.
wakaka! =)
.
.
.
.
.
*khatan = sunat

Thursday, May 21, 2009

maLaS!


"syurga anak di bawah telapak kaki ibu
syurga isteri di bawah telapak kaki suami"

errr.. syurga duniawi?





tak bawak ke mati!

Tuesday, May 19, 2009

pLaTiPuS-OcToPuS-KomoLOniMBuS (sila beri perhatian: tajuk tader kaitan. ngeh ngeh ngeh..)

Scene 14 - take one - roll 12.
Ready.. action !

Aku sekarang masih dalam probation period. 3 bulan beb! Jadi untuk sepanjang tempoh tiga bulan ni aku kena jaga reputasi maupun prestasi kat depan mata supervisor aku merangkap hencik-senior-QS. Even ni dah masuk minggu ke-3 aku keje kat sini, aku still rasa macam aku ni budak praktikal. Skema giler life sekarang. 8.30-5.00 memang fully-totally-skemaly (erkkk..ada ke perkataan skemaly dalam kamus oxford? Haha!) mengadap keje semata2. Hehh! Maunya tak.. sikit tader curik tulang apatah lagi nak makan tulang. Hurhh?? Peribahasa apakah ‘makan tulang’ tu? Apaper jer laaaa… ditambah pulak lagi, tempat duduk senior aku tu kat belakang aku ni jer. Mana-nya tak mati kejung aku dibuatnya. Kalo laa ada award staff paling rajin, aku rasa aku bole masuk pencalonan la. Haha!

(Sebenarnya nak kata.. tu pasal laa aku jarang ngapdet blog maupun up entry baru. Apatah lagi nak buat blog marathon dan jugak blog hoping. Jadi, sila beri perhatian dan ambik kesah. Wakaka!)



Okeh, cut! Next scene..





Scene 28 – take 15 – roll 4.
Ready for take.. action!

Tetiap hari aku pegi & balik keje, aku akan lalu jambatan-rentas-muara-sungai-bertembung-laut (jambatan permas jaya jer pun sebenarnya). Takde ape yang canggih pun kat jambatan ni cumanya aku suke view dia. Bila toleh kiri, nampak muara sungai. Bila toleh kanan, nampak laut. Tiap2 pagi tengok dan hirup udara laut (nota: aku tak suke pakai air-cond tiap kali drive) memang feel lah. Rasa semangat jer nak mula keje. Bila balik keje pulak, tengah otak penuh-padat-sendat dengan keje, layan view laut-air-pasang-surut memang cool giler lah aku cakap. Hilang semua rasa sesak otak. Memang layannn…

(Sebenarnya nak kata, aku rajin pegi keje. wakaka!)



Cut! Last scene..





Scene Final – take 6 – roll (errr..roller coaster aci tak?)
Everybody take your position.. ready for take.. Action!!

Part ni aku tak berapa suke. B4 this aku penah bagitau kan yang aku dipanggil dgn nama Siti untuk urusan2 formal/keje. Tapi masalahnya, kat sini dah ada staff yang dipanggil dengan nama tu jadi terpaksa la panggil nama lain. Tapi aku tak tau nak suruh diorang panggil aku apa. Bila diorang tanya, aku sebut nama penuh then cakap, “panggil jer la apaper..” Aku memang jarang or hampir tak pernah dipanggil dengan nama secondeur (ape-ke-bahasa la ko guna ni weh?) aku tu. So, sekarang ni diorang panggil aku dgn macam2 nama. Ada panggil aku Siti. Ada panggil nama secondeur aku. Ada gelarkan Katt. Ada yang panggil Dijot. Ada gak yang nak bagi gelaran Katty. Adeii…tolong laa!! Aku sangat2 menyampah dengan nama Katty tu. Rasa macam nak sound jer orang2 yang panggil aku dengan nama tu. Tapi kalau tak, nama apa diorang nak panggil ekk?? Takkan nak suruh diorang panggil Aadii kot? Gilerr! Tu kat blog bole arr.. Tak pun Ija (wowowowoo..tolong ler.. aku takkan guna lagi dah nama ni). Deja moss? Dij? Jaja? Didi? Iti? Titi? Jarum Peniti? Haha! Tapi kalau panggil Hadi pun nampak macho gak ekk? Wakakaaa.. apaper jer laa labuuuu… :p

(Sebenarnya nak kata, cuba korang bagi idea sket apa nama panggilan yang seswai untuk aku. hoho~)



dah dah. pilem dah abis. pi buat keje.. :p

Thursday, May 14, 2009

buLaN 5 meManG buLaN guA peRioD taK beNTi2. Gua CepaT beRaNgiN. JaDi, GuA maLas caKaP banYaK..

.
.
.

melihat orang yang PERNAH lu sayang
dan MASIH lu taruh harapan
hidup bahagia dengan orang lain
DI DEPAN MATA
tanpa lu mampu memiliki dia

.

itu sakit yang paling sakit tahu!!

.
.

Monday, May 11, 2009

Oke, aKu taU ini daH agaK teRLaMbaT. Tapi..aDeR aKu keSaH??

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu......mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ?Selamat Hari Ibu?

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak





Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......






---------------------------



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.






nota-untuk-mak: selamat hari ibu, mak.. orang sayang mak.. (^_~)

Saturday, May 9, 2009

TiGa daLam SaTu

mimpi.

semua orang penah mimpi. macam tu jugak aku. tawun lepas aku dah mimpi. bulan lepas pun aku mimpi. minggu lepas aku mimpi jugak. semalam pun mimpi. malam sebelum semalam aku mimpi lagi skali. dan malam tadi aku mimpi lagi.

apa mimpi tu? ada orang kata mimpi tu cuma mainan tido. ada jugak yang kata mimpi tu betul2 akan jadik kenyataan satu hari nanti. ada yang kata apa yang kita mimpi tu sebenarnya bertentangan dengan apa yang akan berlaku dalam realiti kita. ada yang percaya mimpi tu satu petanda.
petanda apa? entah.

cuma bagi aku, kadang2 apa yang aku mimpi, mampu men-saiko life aku untuk sepanjang hari. kadang2 untuk tempoh 2-3 hari. kadang-kala berhari2. pernah jugak dia punya saiko sampai makan minggu. sampai laa aku mimpi yang lain pulak.

aku gila? entah.
aku percaya mimpi? entah.
aku taksub pada mimpi? entah.
apa maksud mimpi? entah.



dan..
mimpi tetap mimpi.



tapi kalau mimpi yang sama / yang hampir sama ulang banyak2 kali aper story??




******************
.
.
kat meja aku.
budak praktikal: akak, jom makan. dah lunch hour ni.
.
aku: wokey.
.
.
kat pantry.
budak praktikal: bawak bekal apa?
.
aku: ikan masak kicap jer. ambikla. abiskan skali ikan tu.
.
budak praktikal: siti, ni lauk saya ni ambik la. eh salah, kak siti. tapi macam tak sesuai la panggil akak. sebab muka tak macam kakak pun. nampak muda. macam adik2 jer.
.
aku: @#$%^&*
.
.
.
.
******************
.
.
mak: macam mana tempat keje baru? oke tak? diorang semua macam mana?
.
aku: oke mak. staff2 kat sini semua mesra.
.
mak: alhamdulillah. mak doakan semua umat Muhammad suka anak2 mak.
.
aku: alahai... itu sangat comel mak.. (dalam hati)
.

.

Thursday, May 7, 2009

niE inTRo naManyA !

Aku rasa da lama aku tak sentuh pasal hal2 hati dan perasaan. Maksud aku hal hati aku dan perasaan aku laa.. takkan pasal perasaan jiran aku pulak. Haha! Eh, errr… perasaan ke perasan? Ke peras santan? Ah, apaper jer lah.. asalkan ada sebutan peras2 tu kira oke la kot.

Peras? Hmmm… secara logika-nya, perbuatan peras tu kalau dikaji-dengan-lebih-dalam, gerak lakunya ada iras2 macam ramas. Hurhhh? Ramas?? Peras = ramas? Hmmmmm…jadi maknanya perasaan or rasa perasan tu ada kaitan dengan ramas.

Eh, macam tu ke?

Owhhh.. sekarang baru aku tau kenapa orang2 yang tengah dilamun cinta or dalam perasaan asyik-mahsyuk bercinta selalu (aku tak maksudkan semua tapi kebanyakan) terbabas ke arah yang tak sihat. Terlajak ke perbuatan2 yang tak sepatutnya..macam raba2..ramas2..peras2.. Yer tak? Haihh..gila punya teori lah aku dah create. Aku rasa Darwin pun tak penah terpikir teori macam yang aku pikir ni. Haha!

Woii woii.. ape kao merepek ni woiii??



Oke, tu sekadar omong kosong semata2. Intro beb.. intro.. (^_~)








Errrr….aku sambung lenkali lah. Tader idea!

Haha! Lalala~

Saturday, May 2, 2009

LaNgiT paGi yaNg KeLabu aSaP

.

.
.


.
.


You still have time,
.....................So, better pegi solat..
.
.

.

.

.

LinTas LaNgsuNg daRi cYbeR-caFe kaMpung haJi waHid.. Hoho..

jumaat 2 minggu lepas..

aku pegi buat setting thumb-print kat company baru. aku dah janji dengan HR nak datang dalam pukul 10.30 pagi. aku sampai sana dalam pukul 10.40. oke la tu kot.. lewat 10 minit jer. huhu..
sampai jer kat company tu..

receptionist1: yer.. nak cari siapa?

aku: saya datang nak buat thumb-print. dah confirmed dengan HR.

receptionist1: kejap yer.. (buat panggilan intercom)

receptionist2: adik nak buat praktikal kat sini eh?

aku: hurhh? praktikal?? tak lah. staff baru. minggu depan start keje.


--------------------------


tadi. 1st day keje kat company baru.

HR (bukan HR yang buat setting thumb-print aku haritu): ni company punya terms & conditions hand-out dengan access card. nanti isi borang2 ni lepas tu return kat kak june eh.

aku: oke..


20 minit lepas tu (lama giler aku isi borang.. :D)


aku: kak june, ni borang..

HR: (tengok sambil lalu kat borang yang aku isi. berenti tengok kat "service part". kat item "position", aku isi QS) eh, awak bukan practical student eh?

senior QS: dia staff baru la. QS. (tolong jawap bagi pihak aku)

aku: (sengih jer..)

HR: laaaa...ingatkan student praktikal tadi..


------------------------------------


kan aku da kate.. aku memang ada pakej 'saya-budak-masih-skola' atau pakej 'saya-masih-student-lagi'..

hmmmmmmm.................................(^_~)








nota-rindu-gler: wei korang, rindu kat korang!!! paksa la jugak diri masuk CC. da dekat suku abad tak penah masuk CC. hoho.. [khas buat ab geldofg, rindu kao juga! =)]